Tuesday, June 1, 2010

Mood Malas

Disebabkan mood malas sudah melanda diri kita tengok gambar ajer la yer...tapi ada hati nak up-date blog. hehehe

Jom! Layanzzzz...

Ini namanya Baby Cheese Tart. 50pcs RM30. Sedap tapi my3princess dah tak nak makan sangat sebab dah selalu sangat ummi beli. Ummi lah yang makan sorang sorang. Sapa sapa berkenan boleh layari http://www.adnazthie-kek.blogspot.com/ okey?

 
Waktu bersantai di waktu petang. Ini lah kerja si Nina ngan Fawwaz (sepupu Nina) Ummi suruh baca buku sebab nak periksa dia pergi ambik buku mewarna Upin dan Ipin pulak.

Nina dah tak larat nak berposing. Terjelepuk dah. Iman steady lagi.
Senyum senyum...hehehehe senyum yang dibuat buat. Nina n Iman go to work!

Pakai baju merah. Sib baik tak de lembu. Yang ade lembu keras kejung kat tepi tangga tu. Eh! Mana Ummi?? takut kene kejar lembu la tu...

Hehehehe...ingat lagi pada set Ayam Penyet ini? Kunjungan kali ke2. Restoran ini letaknya di belakang bangunan Jakel Seksyen 7, Shah Alam. Jalan kaki dari Jakel tu pun boleh. Boleh pergi lepas ni ye kawan kawan...

Jus Soda Gembira yang berharga RM5.50 berlatar belakang kan K.June hehehehehhe....Kali ini kami duduk bersila pulak. Ala ala gadis melayu asli gitu! Auwwww...

Korang tergoda erk ngan Jus Soda gembira tu? hehehehe...lepas minum sure gembira. Restoran Gembira Seksyen 3 tu pun tak buat Jus Soda Gembira ni tau!


Pilihan K. Mai kali ini Nasi Goreng Ayam - RM14.00. Sedap katanya. Kalau yang special kene tambah RM5 lagi. Sesekali belanja diri sendiri apa salah nye dah kerja penat penat, kan?

Tu dia....kalau tak nampak gak haku tak tahu lah! Sempena cuti sekolah tu yang tak tahan tu...ape kene mengena cuti sekolah ngan beli kain??? Kalau baca diorang punya statement kat pintu masuk depan tu lagi lawak tapi masa tu tak terpikir nak snap plak. Kata bumiputera tapi Bahasa Melayu out!



Apa kes ni? Pembakaran terbuka ke? Bukan la... Ini kes kene fogging. Nyamuk aedes pun ada kat kampung. Hampir 'hilang' rumah orang sebelah ni gara gara kene fogging. Tapi bukan mereka yang kene denggi. Rumah depan nun hah...tak pasal pasal kami semua kene hidu asap busuk ni!


Novel terbaru! Nampak tu plastik tak bukak lagi. hihihi! Best buku ni. Banyak pengajaran yang ada. Secara peribadinya buku ini memberi...keinsafan, kesedaran, pengajaran, membawa kita berfikir sendiri tentang diri sendiri, mengenali apa itu cinta, zuhud, perjuangan ish....susah nak cakaplah! Buku ni memang best! JS Publishing, kan...

p/s: Rangkuman beberapa peristiwa di dalam satu entry sebab aku berada di dalam zon malas!

No comments:

kawan. oh. kawan.

Dalam dunia ni kita ada macam-macam jenis kawan. ada kawan menangis sama-sama. ada kawan makan sepinggan tidur sebantal. ada kawan yang ...