Tuesday, May 20, 2014

I'M BACK!!!

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali.

Alhamdulillah... akhirnya I'm back!
Penantian saya berakhir juga.dan saya kembali rushing-rushing macam dolu-dolu. berkejar-kejaran dari pagi buta hingga malam gelap gelita. pergi kerja balik kerja ditambah dengan kerja2 rumah yang tak pernah habis tu.  Uruskan anak2 yang semakin membesar dan makin banyak ragamnya.
Diam tak diam dah dekat sebulan saya bekerja semula. But, please please please don't say that dua setengah tahun itu sekejap!
Apa pun saya bersyukur semuanya berjalan dengan baik walaupun terlalu banyak kisah disebaliknya. Yang baik InsyaAllah akan dikongsi, yang tak best biarlah disimpan sendiri.

Jadi, untuk permulaan hanya ini saja tulisan saya. Jumpa lagi InsyaAllah.

Bye bye & have a nice day!

~love~

Wednesday, October 23, 2013

disebalik sesuatu itu...

hampir 1 jam saya merenung blog hidup segan mati tak mahu ni...hampir 1 jam saya memikir apa benda yang nak di tulis kan. dalam hati kata memang saya nak menulis..saya nak menulis..saya nak jugak menulis walaupun dalam kepala...zero! hampir 1 jam juga saya membuang masa!!

teringat pula...
suatu petang saya membawa anak2 ke Bank Rakyat Seksyen 9, Shah Alam. tujuannya adalah untuk memberi pengalaman anak2 memasukkan duit syiling simpanan mereka yang berat tu ke dalam mesin syiling. sementara menunggu suami saya tiba kami berbual2 sesama sendiri. kebiasaannya, bila saya dan anak2 bercuti dan suami pula bekerja begini lah cara kami berjumpa. saya akan membawa anak2 dan kami akan bertemu di suatu destinasi yang telah ditetapkan.

saya telah memparkirkan kenderaan di tepi bank. dulu, di bahagian belakang bank hanyalah lorong2 kosong yang biasa. maksud saya tidak ada apa2 aktiviti disitu. tetapi, tempoh hari saya lihat sudah ada aktiviti cuci2 kereta pulak. dan hasil pemerhatian saya ia bukan hak milik orang melayu. mungkin juga ia sudah lama beroperasi. saya pun jarang2 benar datang ke situ. hmmmm.... (seperti ada sesuatu ingin diperkatakan tapi ini bukan masa yang tepat. mungkin lain kali saja).

tiba2, ada sebuah kenderaan mewah datang untuk dicuci di situ.

kakak: pemalasnya orang tu. basuh kereta pun hantar kedai.
saya: ish tak baik cakap orang cam tu. dia ada banyak duit, hantarlah kedai. kalau ummi banyak duit pun ummi hantar kedai jgk.  tak payah penat2 cuci sendiri. 

Dan.... 
kalau ummi banyak duit mungkin juga ummi akan jadi lebih pemalas. jangan kata cuci kereta orang kedai yang buat. nak makan pun beli saja. hari2 beli tak perlu susah2 penat2 masak. beli itu beli ini. ke sana ke sini membuang masa. kerja2 di rumah pun upah orang lain yang buat. 

sebab itu, Allah tak bagi duit banyak kat ummi...hahahaha

kakak: senyum saja. mungkin dia memikir sesuatu...

Sesungguhnya Allah swt itu Maha Mengetahui. Dia Mengetahui apa yang baik dan yang tidak baik kepada kita.

Ada Sesuatu...dan kita perlu berfikir...

p/s: petang itu kami pulang tanpa menyimpan syiling2 itu ke dalam bank sebab mesin syiling bank rosak. disebabkan nak mengelak kesesakan lalulintas....balik jer la...heeeee

Sekian. jumpa lagi tahun depan... eh???

Monday, July 8, 2013

menyeru semangat


Pagi:
sibuk ke sekolah anak2 untuk tandatangan kad prestasi.
selesai terus gerak ke melaka.

Tengahari:
mood & mind belum twist lagi. belum ready.
tetiba lecturer kata next week ada quiz 1.(nasib baik next week)
kalau hari ni memang....tak tahu nak jawab apa..

Petang:
2 kelas lagi cancel
uwaaaaaaa....
kalau ku tahu sok pagi jer aku balik melaka

Kesimpulan:
beriya aku tekan pedal dr meru ke melaka, kelas hari ni cuma 1 jam jer?
tensi tensi tensi
nak baliiiiikkk!!!

Kesan:
semangat ku hilang
tak tahu mana dia pergi
mungkin dia tersesat
atau mungkin dia mahu berehat seketika ditepi jalan
atau...
mungkin tertinggal di mana2

Harapan:
tolonglah kembali wahai semangat ku
jangan tinggalkan aku begini
masih jauh lagi perjalanan
masih banyak lagi cabaran dan dugaan
perjuangan ku belum selesai

kembalilah wahai semangat...
assignment aku banyak ni weeeyyy...
kuuuuuusssssemangat..

Tuesday, June 25, 2013

ada sesuatu


saya ingin menulis. ya. menulis macam dulu-dulu. apa yang terlintas, tulis. apa yang terfikir, tulis. tulis. tulis dan tulis apa saja. tulis entah apa-apa. nothing. tapi itu dulu. sekarang tidak lagi. bukan macam dulu. saya ingin menulis sesuatu yang berkualiti. sesuatu yang bermakna. hmmmm...berangan  nama nya tu.

memang saya ada terlintas ingin menulis tentang sesuatu. ya. sesuatu perkara benar. tapi saya takut. takut orang tidak boleh terima. saya takut ada yang terluka bila saya menulisnya. saya takut mereka akan menjauhkan diri dari saya. takut. takut. takut. hmmmm...pengecut nama nya tu.

mungkin saya yang terlalu berhati-hati ketika menulis. ya. terlalu ingin menjaga hati orang lain. terlalu risau pada sesuatu perkara yang tidak memberi kesan pun pada mereka. kalau begitu, saya menulis perkara yang baik baik saja lah. memuji dan menanam tebu di bibir sentiasa.  hmmmm...penipu nama nya tu.

menulis bukanlah untuk syok sendiri. ya. kalau boleh biarlah punya nilai. punya sifat. benar.  telus. berani.  atau...saya tulis sesuatu yang jawapannya iya iya, nehi nehi, angguk angguk, geleng geleng, senyum senyum. walhal sebenarnya di dalam hati tidak begitu pun. kan mudah begitu.  hmmmm...hipokrit nama nya tu.

p/s : Ya. ada sesuatu. 

salam sayang dari persisir laut melaka yang masih berjerebu,
apple hijau yang dah tak berapa nak hijau...ha ha

Sunday, February 24, 2013

mereka yang hilang


BFFs sy sgt happy go lucky orangnya.
saya sangat senang berada di samping mereka.
saya sangat terhibur dengan keletah dan gelagat mereka.
saya tidak pernah sedih bila bersama mereka.
dan, saya sangat sayang mereka.

but, now...
i'm lose!
i lost them.
i miss them a lot!
terpisah.
masing2 sibuk dgn dunia masing2.


mode: stress!

p/s: susahnya ingin mencari kekuatan diri di tempat orang....

video





Thursday, January 31, 2013

...kehidupan...


saya kebosanan petang ini. padahalnya esemen saya berlambak2. tapi hari ni saya nak rehat. tak nak tengok buku! tapi lain pula jadinya. cuba lelapkan mata. tak lena lena. akhirnya saya bangun makan roti, goreng naget, makan cecah sos minum air halia panas2 sambil menonton TV3 debunga lalang...not bad. layan je la kan. dah katanya tak nak bukak buku. drama dah habis bukak FB pulak. naik turun naik turun mata nengok FB. Ah bosan juga. buka blog pulak. tak de idea. gugel gugel pulak. cari resepi kek karot. sedapnya kek karot....tetiba ada rasa nak makan kek karot lagi. hmmmm...bosan lagi!akhirnya saya buat n3 ni.

sebenarnya saya sangat penat. penat hari rabu semalam masih belum hilang. kelas dari 8.30am-1.30pm. rehat sejam (itupun kalau boleh dinamakan rehat. berebut masa untuk makan dan solat). sambung lagi 2.30pm-6.30pm. sedangkan PC pun boleh heng inikan pula otak manusia. subjek semua tough2 belaka. huh! saya penat. saya stress hari itu. ditambah dengan sakit kepala saya. penat itu terbawa2 hingga hari ini. sakit kepala saya masih lagi setia. rasa macam nak telan sepapan pil tahan sakit tu! walaupun sebenarnya saya takut makan ubat tapi bila sakit....ditambah jauh dari orang2 tersayang...uwaaaaa.. :(

dan saya tidak sabar menunggu hari jumaat. ah! jumaat...saya harus bertemu dengan lecturer saya yang sarkastik itu. sebelum itu wajib bertemu miss yang garang tapi baik hati untuk menghantar outline termpaper pula. petang, clas note taking. susah rupanya note taking ni...haisssshh.. kemudian baru boleh balik...jumpa anak2 dan suami. cuti hujung minggu yang ditunggu2 setiap hari..heeee... semoga perjalanan saya dilindungi Allah swt dan selamat sampai. Ameen...

cukupla saya merepek petang yang bosan ini.

p/s: i am happy when u r happy..

note: nikmati kehidupan dengan sebaiknya. jangan disia2kan kehidupan yang indah ini. Allah swt with us.

Tuesday, January 29, 2013

kita. boleh ke? part II.

sambungan**

kita boleh jadi seperti dia
kita boleh berjaya seperti dia
kita boleh kaya seperti dia
kita juga boleh ada seperti yang dia ada

kalau kita mahu
kalau kita sanggup
kalau kita sabar
kalau kita rela

*tamat*

note: berusaha, berdoa dan bertawakkal. tak perlu nak berdengki, busuk hati bagai. setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. bersyukur lah dengan apa yang kita ada.