Thursday, April 29, 2010

Jeng jeng jeng....

Nanti kan kemunculan nya....

Apa?

Rahsia.... Tunggu jer la...

Hehehehhe...kene rajin bukak blog ini la nampaknya kalau nak tahu kisah selanjutnya.

Jangan marah....nanti kene jual!

Moral of the story: Jangan suka marah marah. Cool man...cool.... (mengingatkan diri sendiri jugak ni). 'ntah apa apa 'ntah...hahahhaha

Tuesday, April 27, 2010

Diet jangan tak diet...hahahahhaha

Lately, telingaku sering diasak dengan perkataan DIET. Orang tu nak diet. Orang ni nak diet. Si A ni nak diet. Si Z tu pun nak diet! hmmm..ramai betul orang nak berdiet ni ye...Suka suki jer nak diet.

Cerita pasal orang diet ni nak tergelak pun ada. Bukanlah nak mengejek. Jauh sekali. No! no! no! I dulu pun gemuk jugak lah. Tak caya? berat i dulu kalau tak cecah 60kg tak sah. Makan tido jer kerjanya . Balik sekolah dah penat makan lah dulu kan? Dah kenyang pi bantai tido sampai pukul 5.00. Mana tak bulat macam anak gajah!ngeh ngeh ngeh...

Macam macam ragam orang berdiet ni ye. Beratus ratus ('ntah 'ntah beribu!) duit habis untuk beli minuman diet dan ubat ubat diet. Tapi yang pasti bila berdiet mereka tidak mahu makan nasi. Langsung! (Ni ajaran sesat mana korang ikut ni?) Atau pun makan nasi dalam kuantiti yang....buat tahi gigi jer! (Lagi gila). Tapi dia punya lauk pauk ayam daging ikan sayur 3 4 jenis! umang aiiii.... I nengok pun ngeri!

Ada juga yang menggantikan nasi dengan makanan lain contoh roti, biskut, sepegeti, mee hoon atau makanan karbohidrat yang lain tapi penuh berlemak (tanpa disedari). Apa guna diet kalau makan roti (yang putih biasa bukan yang wholemeal) sampai 7 8 keping + air manis (milo/teh tarik la senang cakap) = baik tak payah diet Minah oiiii!!!!

I ni bukanlah pakar dalam bab makan makan ni tapi sedikit sebanyak kenalah ambik tau jugak kan? Bukan ke breakfast itu lebih penting? Bukan ke diet itu maknanya makanan seimbang? Makanan kita perlu ada nutrien, karbohidrat, protein, segala macam mak nenek punya zat, natrium bla bla bla...

Cakap banyak pun tak guna nak tahu lebih lanjut serve la internet...maklumat ada di hujung jari anda kan. Gunakan kemudahan yang ada sebaik mungkin, bley?

Moral of the story :
Buat baik berpada pada buat jahat sikit sikit sudah la
Orang diet awak pun nak diet orang kurus awak macam tu jugak...
hahahahha...apa da...

Monday, April 26, 2010

Satu Impian...

Korang ingat ape? den punyo impian ko? heheheh bukan lah...lirik lagu Juara Idola Kecil 2. Best lagu ni. I like!! Belum reti nak download tu bagi lirik jer...

Satu Impian - Dayana

Di sini aku mencari
Akhirnya aku temui
Kuntuman asmara berbunga di hati
Kau dan aku berjanji
Dan ternyata sudah bayang dicipta
Berbalas tanpa ada dusta
Menerusi hati
Berserak rasa
Sebalik udara
Inilah erti pengorbanan
Kasih yang kuberikan
Kisah hidup yang masih panjang
Kucari jalan kesudahan
Satu impian

Sunday, April 25, 2010

KeBerkatAn

Dalam kehidupan kita sehari hari ketika menjalankan tugas tak kira di mana dan apa tugasan kita KEBERKATAN itu amatlah penting. Senang cakap keberkatan rezeki' atau bahasa kitabnya upah kerja. Kerana dari rezeki inilah yang akan kita gunapakai untuk membeli barang barang keperluan rumah makanan terutamanya. Dimana, makanan akan menjadi darah daging kita dan anak anak kita sekeluarga!

Bagaimana kita tahu sama ada rezeki yang kita dapat itu berkat ke tak berkat?
Oh man! kalau 1 hari u kerje setakat 2-3 jam???? mana *berkat nya?
Dear, you get back what you give.

So, renung-renungkan dan selamat beramal....

* Berkat - dalam bahasa jawa maksudnya buah tangan dari tuan rumah untuk tetamu yg hadir majlis kenduri eg. nasi, lauk pauk dan bunga telur tapi zaman moden ni berkatnya jajan, gula2, kerepek @ pun sapu tangan!

Tuesday, April 20, 2010

sorri la erk...

Rakan rakan disekeliling ku hari ini...kalau tak tahan telinga tu mintak mahap la banyak banyak yer...
Tak tahu hari ni aku mood apa. Tak tahu malam tadi mimpi apa..
Kalau korang tengok aku macam tak betul je hari ni. Kalau tengok aku terkomat kamit sesorang hari ni...buat buat lah tak nampak, buat buat lah tak dengar...

sebab hari ni aku bukak radio louder and louder dari biasa....huhu! Sinar FM...muzik retro terbaik tuuuu....

terkenang zaman muda-muda dulu weiiiiiii......

Haila....Hati

seketul daging berasaskan darah cuma
punyai impak maha besar
dalam kehidupan manusiawi
kecil kecil cili padi sungguhpun kecil
bisa menguasai kehidupan insan-insani

Masakan Allah S.W.T memerintahkan
Masakan Jibril menjalankan tugas
Masakan Nabi S.A.W bersedia dan rela
Hatinya dicuci bersih

Susahnya ingin mendidik hati
susahnya ingin memujuk hati
susahnya ingin memurni hati

Haila...hati

Begitu popularnya kejadian Allah yang satu ini
Berhati-hati, sampai hati, jatuh hati, buah hati, cenderahati
luahan hati, besar hati, sakit hati, mengguris hati dan apa lagi???
hati batu, hati perut, hati mati....

hebat...hebat...

Oleh sebab itu....jangan makan hati! tak kira lah hati sendiri ke hati ayam ke hati lembu ke hati unta ke...ekekekekke dan juga organ dalaman haiwan....bley?

Monday, April 19, 2010

cont'd...

Usai majlis yang cemerlang gemilang terbilang tu memanda menteri kat rumah punyalah resah gelisah sebab pasti si comey akan mati esok. Ops!stop kejap…bila dah kawin si comey mestilah tukar jadi Queen kan? Ok tukar comey jadi Queen yer. Jangan confuse tau...

Di istana pulak….
Kedua mempelai diraja itu begitu gembira dan bahagia sekali. Tatkala bulan mengambang, King pun dah menguap nguap nak tidur Queen pun berkata pada King,

Queen : Dahling dahling…I ada story ni..nak dengar tak?
Dengan suara lunak merdu manja menggoda. Auww.. heheheh

Sambil tersengih sengih gatal.
King : . Yes dear, I love to hear your story.

King memang sangat suka mendengar dan juga membaca novel. (Macam i…ahaks!)

Queen pun mula lah berstory mory pada malam itu…..King mendengar dengan penuh khusyuk wa tawadhuk hingga tidak terasa mengantuk langsung. Bila sampai ke klimaks Queen pun menghentikan penstoryannya dan berjanji akan continue keesokan malamnya. King kata okey dan mereka pun….zzzzzzzz.

Keesokan harinya, King menjalankan tugas tugas pemerintahan seperti biasa. Pabila bulan menjenguk King sudah pun ready di tempat peraduan untuk mendengar kisah selanjutnya daripada Queen. Dengan asyik mahsyuknya lah King mendengar (macam lagu Asyik-Amelina tu..). Bila sampai je part klimaks, kisah berhenti dan akan bersambung malam berikutnya. Begitulah keadaannya sehinggalah tanpa disedari oleh King yang Queen telah pun bercerita sebanyak 1000 stories. Ini bermakna….1 tahun ada 365hari. Kalau 1000hari dekat 3 tahun jgk lah ye? Hehehe sori SPM paper Math i fail la.

Akhirnya, pada the end of kisah yang ke-1001, Queen mengingatkan sesuatu pada King, tentang perilaku King yang tidak baik dan kejam. King berasa menyesal akan tindakannya selama ini dan memohon maaf pada seluruh rakyat jelatanya. Rakyat juga memanda memanda menteri berasa sangat senang hati dengan keadaan King mereka. King kembali memerintah dengan adil dan bijak. And they lived happily ever after….

The End.
Conclusion:
Keberanian + Kebijaksanaan = Kejayaan.
Keberanian dan kebijaksanaan permaisuri sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri dalam menangani seorang raja yang psycho sekaligus dapat melihat solusi masalah kerajaan. Menegur dengan cara yang begitu berhemah dan halus tanpa disedari oleh Raja itu sendiri akhirnya berjaya menyelamatkan sebuah negara. Apakah yang akan terjadi kepada seluruh rakyat dan juga negara jika permaisuri tidak menegur kesalahan Raja? Membiarkan terus Raja bermaharajalela melakukan kesalahan? Pastinya akan hancur sebuah kerajaan dalam sekelip mata.

Jika anda hanya mempunyai keberanian tapi tidak bijak – anda memang akan menemui kegagalan.
Jika anda hanya mempunyai kebijaksanaan tapi pengecut – anda hanya akan menjadi pengkritik tanpa berani bersuara.

Begitu juga hubungkaitnya dengan organisasi : Sesebuah organisasi/ seorang ketua memerlukan pembantu pembantu yang berani dan bijak untuk membangunkan organisasi yang dipimpin. Bukan yang akan menghancurkannya. Sanggup berkorban demi kejayaan dan kegemilangan organisasi yang telah diamanahkan bukan hanya setakat melepaskan batuk ditangga! Merebut kerusi dari yang sememangnya berhak. Mengharapkan nama dijulang dan disanjung. Sedangkan hasilnya?? Hampeh!

Moral of the story: Jangan jadi jaguh kampong! Hahahahahah…..

Sunday, April 18, 2010

'Mukabuku' ku....

Sure ada yang sengih sumbing bila membuka 'mukabuku' a.k.a facebook i kan...sebab my friends cuma ada tak sampai 40 orang untuk tika dan saat ini. hmmm....kenapa ye? i tak de kawan ke? i was not enough peramah n sombong jgk ke ye?

Ntah la! Iyer kot...Hahahahhahah....tak kenal maka tak cinta, babe! Don't judge a book by it's cover story. Macam novel la jugak tajuk sempoi jer isi dalam..umang aih....dasyat. Dah melalut dah...

Bukan lah....saje tak nak ramai ramai. Fans yg beratus2 tapi tak pernah nak communicate buat haper? tapi tak tahu lah kan kot esok lusa tulat berubah pulak prinsip ni mintak mahap la ye...manusia berubah...sekali air bah pantai pun berubah....bley?

Lagisatu yg tak berapa nak berkenan ada plak yg macam nak menunjuk2 plak kat 'mukabuku' tu. Betul lah cakap Ms Shadow. Haila...i dah cukup dewasa untuk membezakan yang mana ikhlas dan yang mana poyo la..ekekekekke. Hish...! not u la my friends...another person la....

Ok. Fikir-fikir kan....

Friday, April 16, 2010

Hikayat 1001 Malam. Alkisah…

Ini hari Ana mahu bercerita lah. Adakah anda semua ingin tahu?
Of course! Cerita dongeng apakah itu wahai penglipur lara?
Tahukah wahai all my dear decent redears asal bermulanya hikayat 1001 malam?
Ada yang mengangguk angguk dan ada juga yang menggeleng geleng kan kepala…
Hmmm…tidak mengapalah. Apa lagi teruslah scroll ke bawah.

Ha! Sila lah sila lah baca…

Al-kisah….cerita bermula dari seorang King yg mempunyai Queen yang tersangatlah cantik jelita ayu rupawan. Tetapi, sungguh kasihan sama itu King kerana Queen ada affair dengan Laksamana. Ceh!Sungguh kurang ajar ini Queen. Maka bila King mengetahui perkara ini, sudah tentulah King sangat murka. Lalu memerintahkan Queen dijatuhkan hukuman mati mandatori. Laksamana pun kene hukum mati jgk lah. Sapa suruh, kan?

Tragedi ini menyebabkan King menjadi sangat anti-wanita (sah sah tak bleh nyanyi lagu Aku Pencinta Wanita tu). Tetapi peliknya King tetap mahu berkahwin. Kawin tetap kawin beb…cumanya King akan membunuh new Queen sehari selepas mereka berkahwin. Ish…ish…ish…kejam King ni. Psycho tul! Perilaku King terus bermaharajalela sehingga beratus ratus anak dara yang menjadi mangsanya. Dato’ Bendahara dan memanda memanda menteri pun tak tahu nak buat macam mana dengan King ni. Semua fenin fenin lah memikirkan feel King mereka. Rakyat jelata apatah lagi, kan? Semuanya takut. Tak pasal pasal kene bom pulak, lagi naya.

Pada suatu hari, jeng jeng jeng….

King telah terjumpa dengan seorang perempuan yang sangat comey. Hatinya pun terpikat lah….rupa rupanya si comey tu anak seorang memanda menteri. King pun apalagi teruslah melamar si comey untuk dijadikan isterinya yg ke berapa ratus pun tak tahu lah. Memanda menteri berasa sangat sedih kerana apabila si comey berkahwin dengan King sure si comey tu akan mati. Dah lah si comey tu satu satunya anak yang dia ada. Jika pinangan ditolak dia dan si comey akan mati, diterima pun akan mati juga. Huh! Bingung bingung….

Dalam keadaan mengong mengong tu memanda menteri telah didatangi si comey.

Comey : Daddy, daddy terima sajalah pinangan King itu. Comey tidak kisah. Tahulah comey nanti nak buat macam mana kat King tu Daddy.

Memanda menteri: Oh my beloved dotter, benarkah begitu? Daddy tidak mahu kehilangan mu dear dahling. Kaulah satu satunya anak daddy.

Comey: Daddy, daddy cool…daddy cool...i can handle it daddy. Don’t worry.

Memanda menteri: Baiklah. I folloowwww…..

Maka, berkahwinlah King dan si comey dalam suasana yang amat gilang gemilang ala ala majlis kahwin Dato’ CT n Dato’ K hari tu…

…to be continued

Friday, April 9, 2010

relax jap....

renungan...kongsi bersama....


"Assalamualaikum w.b.t,


Haiwan paling top dan mendapat Anugerah Haiwan Paling Popular...tak lain tak bukan adalah nyamuk...
dewasa ini..penangannye memang hebat..tak perlu diperkatakan lagi...sorang demi sorang jadi mangsanye...
Boleh dikatakan semua orang tak suka ngan nyamuk ni...
masuk dalam keta...mental betul nk membunuhnya..
bunyi suaranye..wat ttekan je nk tarik selimut...marah betul kita kat dia...
tapi...Janji Allah...setiap ciptaannye..ada manfaat dan kelebihan...
kerana adanye nyamuk...maka adanye kilang-kilang ubat nyamuk...ridsect..fumakila dan byk lagi...di seluruh dunia...
dimana...manusia bekerja dan mencari rezeki dikilang tersebut...
ada orang keje hospital dpt jodoh kerana nyamuk...kebetulan pegi fogging umah anak dara..tah2 jadi bini..ish2...
Itu satu contoh ciptaan Allah...ramai manusia dpt manfaat....
yang penting kita memikirkan,setiap kejadian Allah ada kehebatan...wat kita jadi makin insaf...ehem.."
-by encik nizam a.k.a ustaz yg baru nak start...-


*dengan permission dari tuan ustaz sendiri...no plagiat at this universiti!

Wednesday, April 7, 2010

Nina Tak Naik Kelas????

Nak buat macam mana dah Cikgu tak arahkan untuk tukar kelas,kan? Babah cakap "Tak apa...asalkan dia nak belajar dan ada improvement dalam pelajaran dia". Tapi ummi pulak cakap "Bila tukar kelas yang lebih baik, pembelajaran dalam kelas akan berubah sekaligus murid akan lebih maju". Dan...seperti biasa ayat poyo ummi untuk menyokong benang yang hampir hampir tak boleh tegak tu..."Ummi tau lah, kan dulu Ummi pernah jadi cikgu". Poyo kan ayat ummi tu? Ngeh ngeh ngeh....depan babah dan anak anak jer la, depan orang  ummi tak cakap macam tu. 

Al kisahnya begini, Nina & kak Qin telah menjalani ujian bulanan pertama untuk tahun ini pada 23 - 25 Mac yang lalu. Ujian pertama ini adalah amat penting bagi murid Tahun 1 sebab pada ujian ini lah yang akan menentukan kelas tetap masing masing hingga akhir tahun.  Walaupun sebelum ini telah 2 kali dijalankan ujian saringan untuk menentukan kelas.

Kak Qin Ummi tak kisah sangat sebab dia dah Tahun 3 dan Alhamdulillah berada dalam kelas top 5 (kalau tak 'tengok betul betul' pun mau turun kelas). Nina....Ummi rasa sangat risau sebab...  'Ntahlah perasaan seorang ibu mungkin. Bila tanya Nina, "Best tak sekolah?" "Best!, Nina suka sekolah. Sekolah petang". Sekolah kebangsaan la tu maksud dia. Sekolah pagi (sekolah agama) tak berapa suka sebab dia tak suka tulis Jawi kot. Kalau tengok tulisan jawi dia....rasa macam nak ketuk ketuk jer jari dia! heheheheh...

Keputusan ujian Nina amat memeranjatkan. Semua dapat A, peratus dan kedudukan dalam kelas pun ok. Syukur Alhamdulillah.... Ala....biasalah budak budak Tahun 1, awal tahun pulak tu pelajaran semua senang senang. Cikgu pun tak berani nak buat soalan susah susah takut peratus kelulusan turun. Heheheheh...pandai pandai jer aku ni, kan? Tak tahulah esok lusa kot Cikgu bagi surat pemberitahuan pertukaran kelas. Kesian Nina masa nak ujian hari tu menangis nangis dia Ummi kerjakan untuk Spelling.

Ummi ni bukan apa, jangan salah faham ye. Saingan di SKSB memang sengit. Setiap tahun murid Tahun 1 yang mendaftar melebihi 600 pelajar. Kelas Tahun 1 setiap tahun akan ada 15 atau 16 buah kelas dengan kepadatan 40 hingga 45 pelajar dalam setiap kelas. Nina berada dalam kelas Seroja, kelas yang ke 8. Ummi pun tak hengat urutan kelas yang rasmi. Banyak sangat. Bayangkan lah... Jadi, kalau anak kita berada dalam kelas yang ke 10, 11, dan seterusnya apa maknanya? Dan kalau result ujian yang memberangsangkan tapi tak tukar kelas apa pulak maksudnya?

Maksudnya...kelas pertama, ke-2, ke-3 dan seterusnya lagilah hebat pelajar pelajarnya... Bukan ke ini sangat sangat menguji. Nina kene menambah usahanya 200 peratus! Bukan Nina sahaja Ummi pun. Berentap dengan ibubapa yang lain secara senyap. Bahaya betul! Hahahhaha... Ramai betul budak bijak pandai sekarang ni yer. Bukan di SKSB je saingan sengit di semua sekolah terutama di bandar bandar lebih lebih lagi. Cabaran ibubapa alaf ini cukup mencabar!

Tuesday, April 6, 2010

Persediaan untuk Hari Raya Aidilfitri sudah bermula....

Wah wah wah...ko biar benar Jenab puasa pun belum dah sibuk nak raya? Puasa dah habis ganti ke? Sihat ke tak ko ni? Hey Tipah, sekarang dah bulan April. Bulan 'Lapan' ni dah posa tau. Haa...anak aku 3!anak dara plak tu semuanya. Baju kurung nak kene tempah awal Tipah oiii...

Setuju tak kalau kita kene bersiap sedia dari sekarang? Memang la...benda benda tu semua tak penting macam ustaz cakap bulan Ramadhan bulan untuk beramal ibadat dan Aidil Fitri disambut sebagai tanda kemenangan kita menjalani ibadat puasa selama sebulan. Kita dilarang untuk membazir dan berlebih lebihan di kala ini.

Yeah....i know it very well dahling...! Dulu kan mak mengaji kat sekolah ala ala sekolah pondok. Hahahahah... Tapi mak tak kuasa nak cari taylor last last minit, terpaksa beli baju ready made yg ntah apa apa size tu nyiah oiii! Berasak asak kat kompleks PKNS tu dok cari baju melayu babah dalam bulan bulan posa tu satu penyiksaan tau!

Tu pasal lah sekarang cuba kumpul sikit sikit kain yang nak kene tempah. Taylor tu plak walaupun mak ni regular costumer tapi kalau dah banyak jahitan dia nak buat tak nak juga dia terima. Anak dara bertiga tu takkan nak pakai baju kurung jer kan? Kesian budak budak... Mestilah nak kene ada baju gaun la, baju blouse la, tudungnya la, seluar jeans nye lagi. Aduyaiiii....rabak poket kalau semua nak kene beli dalam satu waktu! Dan tahu lah rege baju budak budak ni mengalahkan baju orang dewasa! Kadang kadang tak masuk akal sungguh bila tengok tag price kat baju baju tu. Baju kecik harga besar....waahhh!!!

But, don't worry my dear dahling....mak siap buat bajet list untuk persiapan raya. InsyaAllah tak over bajet. Mak ukur baju kat badan sendiri okey... Gitu lah ceritanya dek non dek non sekelian (ni dah tiru gaya sifu hani berceloteh hehehehhe...sifu, tumpang lalu...).

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...