Wednesday, April 7, 2010

Nina Tak Naik Kelas????

Nak buat macam mana dah Cikgu tak arahkan untuk tukar kelas,kan? Babah cakap "Tak apa...asalkan dia nak belajar dan ada improvement dalam pelajaran dia". Tapi ummi pulak cakap "Bila tukar kelas yang lebih baik, pembelajaran dalam kelas akan berubah sekaligus murid akan lebih maju". Dan...seperti biasa ayat poyo ummi untuk menyokong benang yang hampir hampir tak boleh tegak tu..."Ummi tau lah, kan dulu Ummi pernah jadi cikgu". Poyo kan ayat ummi tu? Ngeh ngeh ngeh....depan babah dan anak anak jer la, depan orang  ummi tak cakap macam tu. 

Al kisahnya begini, Nina & kak Qin telah menjalani ujian bulanan pertama untuk tahun ini pada 23 - 25 Mac yang lalu. Ujian pertama ini adalah amat penting bagi murid Tahun 1 sebab pada ujian ini lah yang akan menentukan kelas tetap masing masing hingga akhir tahun.  Walaupun sebelum ini telah 2 kali dijalankan ujian saringan untuk menentukan kelas.

Kak Qin Ummi tak kisah sangat sebab dia dah Tahun 3 dan Alhamdulillah berada dalam kelas top 5 (kalau tak 'tengok betul betul' pun mau turun kelas). Nina....Ummi rasa sangat risau sebab...  'Ntahlah perasaan seorang ibu mungkin. Bila tanya Nina, "Best tak sekolah?" "Best!, Nina suka sekolah. Sekolah petang". Sekolah kebangsaan la tu maksud dia. Sekolah pagi (sekolah agama) tak berapa suka sebab dia tak suka tulis Jawi kot. Kalau tengok tulisan jawi dia....rasa macam nak ketuk ketuk jer jari dia! heheheheh...

Keputusan ujian Nina amat memeranjatkan. Semua dapat A, peratus dan kedudukan dalam kelas pun ok. Syukur Alhamdulillah.... Ala....biasalah budak budak Tahun 1, awal tahun pulak tu pelajaran semua senang senang. Cikgu pun tak berani nak buat soalan susah susah takut peratus kelulusan turun. Heheheheh...pandai pandai jer aku ni, kan? Tak tahulah esok lusa kot Cikgu bagi surat pemberitahuan pertukaran kelas. Kesian Nina masa nak ujian hari tu menangis nangis dia Ummi kerjakan untuk Spelling.

Ummi ni bukan apa, jangan salah faham ye. Saingan di SKSB memang sengit. Setiap tahun murid Tahun 1 yang mendaftar melebihi 600 pelajar. Kelas Tahun 1 setiap tahun akan ada 15 atau 16 buah kelas dengan kepadatan 40 hingga 45 pelajar dalam setiap kelas. Nina berada dalam kelas Seroja, kelas yang ke 8. Ummi pun tak hengat urutan kelas yang rasmi. Banyak sangat. Bayangkan lah... Jadi, kalau anak kita berada dalam kelas yang ke 10, 11, dan seterusnya apa maknanya? Dan kalau result ujian yang memberangsangkan tapi tak tukar kelas apa pulak maksudnya?

Maksudnya...kelas pertama, ke-2, ke-3 dan seterusnya lagilah hebat pelajar pelajarnya... Bukan ke ini sangat sangat menguji. Nina kene menambah usahanya 200 peratus! Bukan Nina sahaja Ummi pun. Berentap dengan ibubapa yang lain secara senyap. Bahaya betul! Hahahhaha... Ramai betul budak bijak pandai sekarang ni yer. Bukan di SKSB je saingan sengit di semua sekolah terutama di bandar bandar lebih lebih lagi. Cabaran ibubapa alaf ini cukup mencabar!

2 comments:

Ms Pearl said...

hihihih auntie hani lagi best balik rumah terus zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz lagi skang tulang belakang sakit nina oiiiii balqis tengok tv jer la atas katil ngan mommy nya boleh?

kak? rindu kat akak ler......
nina? belajar rajin rajin ye....jadi melayu yang berjaya insyallah

apple hijau said...

kak hani ada excuse dari tuan doktor ok la tu.hehehe nina tak boleh...balqis pun kene belajar dgn cara yg santai2 kalau tak nanti dia cepat bosan.

apple hijau pun rindu kat ms pearl la....
InsyaAllah ummi akan didik anak2 untuk menjadi Melayu yg berjaya!huh!bersemangat..go go go!

kawan. oh. kawan.

Dalam dunia ni kita ada macam-macam jenis kawan. ada kawan menangis sama-sama. ada kawan makan sepinggan tidur sebantal. ada kawan yang ...