Monday, May 31, 2010

Tua Mengejar Kita! part 2

Masa berlalu begitu pantas sekali. Tau tau aje umur dah ke angka 35. hmmmm...apa pencapaian yang membanggakan selama 35 tahun ini ye? Semuanya biasa biasa. Tiada yang luar biasa. Setiap kali tahun bertukar digit setiap kali itu juga azam pun bertukar atau pun bertambah dan tambah dan tambah...tapi tak pernah tercapai...hehehehe tak tercapai ker?

Jadinya, di umur 35 tahun ini seharusnya ada perubahan dalam diri dan hidup. Betul? Memohon kehadrat Illahi :

i. Menunaikan Rukun Islam yang 5 dan Meyakini sepenuhnya Rukun Iman yang 6 itu! Allah memanggil kita 3 kali sahaja. huwaaaaah...aku takut nak cerita bab ni weyyy...!

ii. Semoga jodoh bersama my dear hubby berpanjangan dunia dan akhirat. Walaupun cerita kami....fuuh!boleh buat novel gitu. Cinta di bawah Pokok Rambutan! Aaaahahahahaha...Doakan apple hijau & big apple ye..Kenapa apple? kenapa bukan green rambutan & rambutan gading??

iii. Menjadi kebanggaan suami dan keluarga (juga family MIL). Walaupun dalam sesetengah part kita tidak bagus tentu saja ada part yang kita ni bagus, kan? "dalam banyak banyak lipstik merah mesti ada satu yang sesuai ngan kita" eerrrrr....peribahasa apa ni?

iv. Menambahbaik sifat keibuan DAN menjadi contoh kepada anak2. Walaupun sudah punya 3 princess perangai kadang kadang mengalahkan anak anak! DAN Aku nak hafal balik surah surah yang dah banyak lupa tu..tolooong!

v. Memperbaiki kelemahan diri. Walaupun orang kata kalau dah sifat semula jadi itu susah nak ubah. errrmmm...belum cuba belum tau! No moody moody, think positif, jangan cepat marah, jangan cepat merajuk tak tentu pasal, jangan cepat ambik hati, kiranya buang semua sifat2 mazmumah lah!

p/s: Lima sudah la weiyyy! Tak de privacy la pulak hidup ku ini nanti..

Sunday, May 30, 2010

ZZzzzzzZZzZzzz...

12.55 pm

aku mengantuk....
sangat!
idea punya lah banyak pagi tadi (odw nak gi keje)
alih alih pkul 10.30 pagi....mataku
aaaahhhh! mengantuknyer....
hilang segala!
mood nak baca e-novel pun tak de


1.00 pm

hooraayyyy!
masa untuk tidoooo...
ZZzzzzzzZZzzzzZzzZzzzZZZZZzzzzzz....
tapi kat mana nak tido ni?????

Madah Berhelah. Ahaks!

"
Jangan Mudah Terleka dengan Pujian
Kerana
Pujian itu boleh MEMBUNUH!
"

Setuju??

i...love...

i love...cars
walaupun selalu kene kutuk dengan hubby sebab gayat bila tengok meter dah cecah ke angka yang tidak sepatutnya! tau lah dulu pernah kerja kat sepang circut tu tapi kat jalan raya tak payah lah bawak laju laju, bang oiii! hahahaha
dan
sejak dua menjak ini sudah tidak mengikuti perkembangan permotoran di Malaysia ni. wah! ayat...hehehehe dah tak de mood sebab dah tak boleh nak merempit pon!

i love...novel
walaupun terpaksa melupakan hajat nak beli baju kat Jakel dan Gulatis atau di mana mana kedai baju. sanggup tak bershopping bag dan kasut sebab tunggu Pesta pesta Buku!
dan
sejak dua menjak ini sering tak tidur malam sebab nak menghabiskan novel yang baru dibeli. hehehehe...juga terpaksa berulang alik ke kedai buku sebab novel yang dikehendaki sudah kehabisan stok atau belum sampai! alaaaahai....

i love...green
walaupun orang kata warna ini sinonim dengan parti yang 'itu itu' tapi aku peduli apa! tidak ada kene mengena. Langsung! aaahahaha...hijau itu kan mendamaikan, betul?
dan
i love...red too! hmmmm....sejak bila pun tak tahu. Terpengaruh dengan si Nina puteri hidung merah itu mungkin. Segalanya nak kaler merah. Sampai kan hidung nyer pun cepat menjadi merah kalau menangis! Ader ker?? Nina nina...

AND

i...love...U!
Jangan malu jangan segan dan jangan silu untuk sentiasa membisikkan kata kata ini di telinga suami/isteri dan anak anak kita. Kalau lidah kelu sms ajer...Beritahu mereka sebelum terlewat! okey?

moral of the story: Ingatlah orang tersayang...

Wednesday, May 26, 2010

Bersantai...

Again! Lunch our time... Hajat utama sebenarnya saja saja nak melawat Kedai Buku dalam kawasan PTAR 1 tu.(pssst...nak gosip skit, PTAR 1 dapat Anugerah Perpustakaan Cemerlang tau, tahniah!). Ni asal cerita kerja sifu Wan ngan K.Shida la ni semalam si Wan ambik gambar novel novel yang ada kat kedai buku tu. Pastu saje je tunjuk kat aku...hehehehe...Tapi entry kali ni tak nak cerita pasal novel ye Joyah.. 
Membeli novel adalah agenda ke-1. Agenda ke-2nya ialah bersantai di tapak konvo. Kat UiTM kan sedang berlangsungnya Istiadat Konvokesyen kali ke 72. Jom lah kita layanzzz apa yang ada...

Inilah Dewan Sri Budiman, tempat berlangsungnya Istiadat. Dari luar memang la nampak tak lawa tapi dalam...wa cakap lu, babe! World Class University, kan?

 
 Khemah tambahan juga disediakan bagi menampung anggota keluarga yang turut hadir. TV besar pun ada Cik Tipah, abang Leman...siap dengan kipas air sekali. Hal Maklumlah kan, graduan yg grade untuk tahun ni jer seramai 15,115 orang.


Pengangkutan rasmi bagi ahli keluarga graduan. Anda tidak akan jumpa universiti yang menyediakan pengangkutan seperti di UiTM ini. Caya lah cakap mak ni nyiaaah!

Tempat/khemah untuk hadirin makan pun disediakan. Sebaik sahaja graduan keluar dari dewan, graduan dan ibu bapa juga disediakan dan dijamu dengan sedikit juadah (kuih muih jer la) di Foyer Menara SAAS. Ok la tu apa. 'U' lain mana ada bagi makan, betul? Khemah ini berdekatan dengan tempat bas tadi. So, sesiapa yang sidang pagi tengahari tu boleh lah menjamu selera di lapangan ini. Tak payah susah carik kat luar tu. Kelazzzz gitu UiTM. Ops! dustbin tu ter'enterprem' plak.

Di antara gerai yang menjual pelbagai jenis juadah. Pilih jer nak makan apa. Mereka akan melayan anda dengan ramah dan mesra gitu!

Aku rasa dah macam pekan sari/pasar/bazar pulak tempat ni. hehehehe...sukahati kau la labu..

Oh! I loike this! kalerpul nyiaaaah! Merah hitam coklat hijau oren kuning putih, hah! hambek kau Leha! Kau pilih aje nak warna apa.

Ingatkan mat saleh tadi. Rupanya Mat Salai...hehehe.. Food ala ala western la katakan. 


Cik abang ngan Cik kak kat atas ni aku hambik gambar diorang pun boleh tak perasan. Sedang leka menggubah bear dan munge munge...

Tak de sapa ke nak bangi munge kat i??? i nak munge kaler hijau, bley?

"Kak, beli bunga kak? Masuk dulu kak. Kat dalam banyak lagi bunga kak. Cantik cantik. Beli lah kak.. Semua gerai baut dialog sama ke hapa ni? Senyum je la kan....dalam hati "bila masa pulak aku jadi kakak korang ni???" hahahaha...

Ofis ngan tempat di atas boleh dikatakan jauh la jgk. Bukit lain lain.. Well, u know UiTM ni penuh ngan bukit bukau. Memandangkan tak de transport, tumpang lah sorang pegawai (buat muka tak malu).

lebih kurang 12.30 pm

me : Kak, nanti nak tumpang naik Menara bleh?
pegawai 2 : Ok no problem. 12.50 (in English) tau!
me : thumbs up..(isyarat jer)

12.50 pm (depan pintu opis)

me : Kak, u said 12.50 kan? 12.45 i already waiting for you here! hahaha
pegawai 2 : hahaha...terrible!

Dah sampai tempat yang dituju

me : Kak, sampai sini nanti pukul berapa (dia nak gi ambik anak dari sekolah)
pegawai 2 : 1.55pm pun ok.
me : orait.

1.50pm

me : Kak, td u said 1.55 kan? 1.45 i already here, waiting for you..hahahahaha
pegawai iteewww : hahahahahaha terrible la U!

p/s 1: harap maap, english aku memang tunggang terbalik. Janji aku speaking ngan dia... practise make perfect, babe!
p/s 2: boleh lawati blog http://www.myesteam.blogspot.com/ juga kalau nak tambah info pasal Konvo UiTM.
p/s 3 : sebenarnya kan masa dok sibuk snap sana snap sini mata tu melilau jugak kot ternampak my dear dahling...dia pun sibuk gak masa musim musim konvo ni tapi idak lah 'sibuk' macam isteri dia ni. kalau la terjumpa... "Hai dahling, jom kita bergambar sama..hehehe".
p/s 4: entry paling panjang aku rasa kali ni. p/s pun sampai 4!hahahaha...





Tuesday, May 25, 2010

Kemeriahan Berterusan di PPS!

Bulan Mei adalah bulan makan kek di PPS! Mana tidak nyer bulan ni lah paling ramai yang menyambut hari lahir. Dimulai dengan sifu Wan - 2 Mei, Cik Yam - 5 Mei, Cik Sue - 8 Mei, PM Dr Yati - 17 Mei, myself - 18 Mei, PM Dr Nazip - 23 Mei dan Puan Dora - 26 Mei. Waah...marvelous..marvelous..!
Nak tengok gambar? Jom! Layanzzz...

PM Dr Yati sedang memotong kek Brownies nya. sedap sedap..

Semua sedang menyanyikan lagu selamat untuk Dr Yati. Best best...

Ni carrot cake untuk orang yang sambut b'day pada 18 Mei. Sapa 'ntah ??heheheh...

Besar betul kek ni. Tak tahu nama kek ni apa. Nantilah gi survey kat Secret Resepi.

Cuba teka yang mana satu b'day boy nyer? Boy? ekekekeke...

Tu dia... Dr Mat, harap bersabar yer...hahahaha.
Harap maaf, pentry ofis sedang dalam proses 5S ye. (Masa entry ini ditulis pentry kami dah lawa...)

Begitu bersemangat mereka bertiga ni. YM Raja Fikri, Reza n K.Mai sedang memalu pinggan sebagai background muzik...ya ampunnn mbak yuuu...

Gambar sambutan ulangtahun sifu Wan tiada dlm simpanan saya so, tak dapat lah nak masukkan kat sini. Rugi rugi... B'day Cik Sue jatuh pada hari kami semua ke Kem El-Azzhar, Teambuilding PPS. Tapi masa balik semua orang dalam bas nyanyikan lagu ucap selamat dengan begitu meriah dan gegak gempitanya untuk Cik Sue. Bukan sekali tau adalah 5 kali! Cayalah Sue! 26 Mei ni b'day Pn Dora...tapi sayangnya dia tidak dapat bersama kami semua sebab dia dah tak de.... Dia tak de kat opis sebab sedang berkursus untuk menyambung pelajarannya. Pn Dora tetap dihati warga PPS.


Ya. Begitulah meriah nya warga PPS, sama sama meraikan hari ulangtahun rakan rakan dan bos bos. Semoga ikatan kekeluargaan akan terus berkekalan dan kebahagian mengiringi perjalanan kerjaya kami semua. Amin...

Sunday, May 23, 2010

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010- Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai

Fuh! panjang tajuk entry kali ni. Heh! Esok, 24 Mei 2010...hari aku gaji...boleh beli novel lagi! aahahahahaha...tak lah..gurau jer yer.. hari pertama PPT untuk princess Qiqin dan Nina. Tak tahu lah. Cuti 2 hari ni penat ummi suruh bukak buku. Tak juga...dia bukak TV tu adalah. Tak tahu nak cakap macam mana lagi.

Last last terpaksa lah main kasar. Hah! ugut lah apa lagi. Kalau ada subject yang 'merah' jangan harap nak mintak apa apa dari Ummi. Hujung tahun tak naik kelas...no more TV n basikal! Duit belanja 50sen jer! Barulah pelan pelan bergerak masuk bilik ambik buku. Panjang lagi ugutan nya sebenarnya tapi tak yah tulis. Hal anak beranak...ngeh ngeh ngeh.

Hmmm...berdoa sahaja lah semoga semua nya berjalan lancar dan kejayaan menyebelahi anak anak ummi ni. Amin...

p/s: Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai ni sekolah saya jugak. Dari Darjah 1 sampai Darjah 6. Terlalu banyak perubahan yang berlaku kat sekolah ni. Hebat sekolah ni.... Kerana kawan kawan SKSB ni la saya ada 'mukabuku'. Menjejak jejak jejak bertapak....

Tua Mengejar Kita! part 1

Old at aged young at heart...hahaha ayat yg selalu aku send utk kawan kawan yang menyambut ulang tahun kelahiran..ye la umur semakin meningkat harap harap sentiasa berjiwa muda. Ahaks!. Tapi bila diri sendiri yang menyambut hari ulang tahun?? Gembira memang la gembira sebab masih diberi peluang menyambutnya.Pada waktu yg sama umur tua mengejar kita. Paham paham lah bila dah semakin tua...tak nak tulis lah...takut!


Kita layan kek la, jom!

***sori...gambar carrot cake belum transfer, kabel camera tertinggal kat ofis.akan di edit secepat mungkin...harap maklum***

Ini carrot cake yang asalnya diorder untuk dibawa pulang dan dimakan bersama family. Tapi akhirnya selamat dikendurikan di ofis sahaja.


Yang ini namanya Indulgence cake, pengganti carrot cake di atas. Order beberapa hari selepas hari ulangtahun. Not bad.

Kek kek di atas telah ditaja oleh Encik Mohd Ghazaly b. Aman. Siapa? My dear hubby la..TQ darling. I love U! muah muah muah...heheheee. So, kepada sesiapa yang ingin mengorder kek kek seperti diatas lawatilah lawan sesawang: http//www.adnazthie-kek.blogspot.com/ yer macam macam ada...

To be continued....

CINTA DAN RINDU INI

Baru ku sedar...
Cinta ini tidak pernah padam
Rindu ini juga tidak pernah hilang
Cinta ku bertemankan rindu yang tidak berpenghujung
Memoir itu....
Tidak pernah sekali dilupakan
Berdoa agar suatu hari nanti
Akan bersama kembali

Mungkinkan?
Kerana kami sudah dipunyai..

Oh SATRIA NEO...
Aku rindu!
Weiy...tolonglah weiy..
aku rindu nak merempit ni....
Huwaaaaah...tolonglah! ketagih dah ni...

p/s: special dedicated to ex-Satria Neo ku - BJE6654 dalam kenangan...

Friday, May 21, 2010

Kerja Gila!

Bila dah gila memang lah boleh saje nak buat kerja gila. Betul tak? Tapi sebelum ni memang aku tak pernah buat kerja gila ni. Kalau my dear hubby tahu aku buat kerja gila ni....hihihihi tak tahu lah apa anggapan dia kat aku ni. Malu pun ada. Oh ya sebab my dear hubby tak de lah aku berani buat kerja gila ni.

Baca novel Sweet Sour tu sepanjang malam tanpa henti dan tanpa tidur! Waah...gila sungguh! Kalau tak tidur sebab Qiamullail ke baca Al-Quran sampai khatam ke... tak pe lah jugak. Ini baca...NOVEL! Ustaz ngan usatazah aku masa sekolah dulu mesti beristighfar panjang kalau dia tahu anak didik dia ni buat kerja gila macam ni.

p/s: Helloooo... start baca lebih kurang jam 11.00 malam. Tunggu 3princess tido. I told u...Sweet Sour tu memang best! Bagi 4.85 star.

Thursday, May 20, 2010

Yes! At last i Found It & It's Mine now...Huhu!


Lunch our time. Cuaca panas. Sangat sangat panas di luar sana. Ku gagahkan jua kaki melangkah. Arah tuju pertama ke Bebe's Home. Nak beli puting little princess. 5 minit...10 minit. Hmmm..okey settle!

Teruskan perjalanan ke SACC Mall. Arah tuju ke MPH Bookstore. Nak cari apa? Apa lagi...novel lah! Lama tak beli novel baru. Yang ada dah baca 2 - 3 kali. Ku belek belek. Ku jengah jengah. Umang aiii...semua novel yang aku ndak tu ada la! Wah...ini sudah cukup bagus. Yang tak bagusnya fulus tak cukup...hehehehe. Sib baik belum gaji kalau tak....RM ku terbaaaang... Novel apa?
Layanzzz...

Hahaha...bukti. Plastik pun nak tunjuk ke?

Ni la novelnya. Plastik pembalut pun tak bukak lagi. Sweet Sour. Dah baca online tapi tak de result nya. Apa lagi beli la.. Novel keluaran Jemari Seni Publishing memang beeest! tapi biasanya kene baca online dulu kat web atau blog JS. Kalau ok baru beli. Kalau tak rugi duit jer Minah oii!

Di antara novel yang ada dalam laci kat ofis(tapi hari ni dah nak bawak balik dah). Sebahagiannya lagi ada kat rumah.

Disebabkan dah dapat apa yang dihajati. hehehe...keluar dari MPH dengan hati yang happy dan tersenyum senyum. Kat cashier tadi pun rasanya terlebih senyum. Heee...Tak sabar nak baca!

Kriuuuuk kriuuuuk kriuuuuk la pulak.... Cheezy Wedges! hahaha....KFC here i come...jalan kaki pun jalan kaki lah! Panas pun panas lah! Nak jugak...bukan jauh pun..kat Komplex PKNS tu jer...Ceeeh! Masa bayar kat cashier KFC tu pun aku senyum lebih. Bukan kene bayar pun kan kalau senyum lebih lebih. Masa bayar parking pun aku senyum lagi. Kali ni tambah lagi 150megawatt senyuman kat orang jaga mesin tu. hehehe... Penangan novel...

Sila abaikan background tu ye. Meja aku tu memang tak pernah nya kemas! Tray tu pun sentiasa tunggang langgang.

Tu lah kisahnya. Kisah tengahari ku. Novel ku. Oh ye..hari ni keluar sendiri jer tu yang boleh pergi 3 tempat dalam masa 1 jam. Ikut kemahuan hati...eh eh macam nama blog k.shida pulak.

p/s: Macam diary kehidupan jer la pulak aku rasa entry blog aku kali ni....

Wednesday, May 19, 2010

Jalan Jalan Carik Makan..


Sejuk...sejuk... Semua mengeluh kesejukan kat ofis ni. Apa tak nya semua dah macam ikan kembung. Biasalah bila dah sejuk cepatlah rasa laparnya,kan? Jam pulak dah hampir menunjuk ke angka 1. Semua dah angkat angkat kening dan mengangguk angguk kan kepala tanda setuju. Itu tandanya dah masuk waktu makan. Layanzzz Jom!...
  
 Haa! Dah sampai...Best best..hehe

Nak tunjuk baris pertama tengah atas sekali kat menu air tu. Nampak tak? Ada ke nama jus tu Jus Poligami!! Macam mana boleh dapat nama cam tu? Sukahati korang la...

Air mineral 4, percuma handphone, kunci kereta(kunci sahaja kereta tak) dan beg duit(beg sahaja duit tak). Nampak tak ada tangan tunjuk tu? Haa..betul la tu. Air mineral itu adalah percuma ya tuan2 dan puan2. Harap maklum. Heeee...

Ahli korum tetap. Anak anak bedah. Ups!...

Thank you kak Mai sebab bawak saya... gedix..gedix...

Set Ayam Penyet. Peerrrgh...marvelous! Serius.

Teh O Panas. Sedaaap.... Ikhlas ni.

Macam sedap jer air Sirap Limau si Sue ni.... Tengoklah dia minum pun dengan penuh bergaya.

Dah kenyang...pe lagi balik lah. Sapa sapa baca blog ni dan ternampak kereta bernombor plat seperti di atas sila bunyikan hon anda! Hahaha...TQ Kenari Merah!(dan tuannya).

Hari masih muda. Korang agak kitorang terus balik ke? ngeh ngeh ngeh...duduk dah tegak dah tapi ada yang mengidam nak makan ice cream McD la pisang goreng la. Hahahaha...fuhhh...

Pisang Goreng dan Cekodok Pisang Terhebat! Made in Seksyen 8, Shah Alam.
Gambar di ambil bila dah sampai ofis. Kejap lagi adalah orang buat air kopi kat ofis ni...ekekekeke.
Keropok ikan pure made in Ganu (sponsored by Datin) pun ada tapi dah tak larat nak ambik gambar dah...
K.June...sy dah surrender ambik gambar.

Ni resit makan untuk 4 orang. Kira okey la tu kan? hujung hujung bulan sementara nak dapat gaji ni.

Moral of d story: Waktu makan kita makan. Waktu kerja kita kerja. Waktu bergurau kita bergurau. Waktu tidur kita tidur. Semua nya kene ikut prosedure yer... Huh? apa aku tulis ni? Korang faham ke? aku tak faham...kwang kwang kwang.

p/s: Blog aku ni dah jadi macam blog Ms Pearl n Ms Jade plak..hehehe.. Well...dia kan sifu saya!

Monday, May 17, 2010

Inilah akibatnya bila chef dan ko-chef malas masak..aaahahaha

Hari Ahad 16 Mei yang sungguh panas. Huh? buat apa kerje pun rasa tak selesa. Semua serba tak kene. Sementelah kami pun sebenarnya ingin keluar mencari hadiah sempena Teacher's Day...alang alang dah keluar rumah suruh lah orang kedai masakkan dinner untuk kami hehehehe...

Bonzer malu malu harimau pulak!

Kita posing dulu lah sementara tunggu makanan.

Nina, sopan sikit. Anak dara kene sopan! Don't make me feel shame with you darling.

Little princess Aishah Iman.

  Amboi! merahnya lipstik Ummi...heheh!

Sori la erk...tak ambik gambar makanan nyer la pulak...hihihi..ala biasa biasa jer. Sesekali makan kat luar seronok jugak sebab tak payah sibuk sibuk cuci pinggan mangkuk dan periuk belanga bersih jer dapur,kan?...ngeh ngeh ngeh. Tapi kalau selalu makan luar...tak boleh tak boleh kene ajar anak anak berjimat cermat. Sebulan 1 atau 2 kali saja.  

Sunday, May 16, 2010

Babah a.k.a Chef d Mission.

Dear hubby a.k.a babah a.k.a bonzer 3princess. Itulah chef d mission kami sekeluarga. Errmmmm...kadang kadang ada jugak suara suara sumbang yang mengejek dan juga mengutuk aku sebab suami yang masak. Secara tak langsung ngutuk suami aku jugak sebab dia sanggup buat kerja pompuan a.k.a isteri! Sukahati korang la nak cakap aper, kan? Abis, dah rezeki aku dapat suami rajin dan pandai masak nak wat camne,kan? Sakit hati lah jugak sebenarnya tapi malas nak balas cakap. Paling kuat pun aku buat muka kerang 'wangi' dan terus blah....kwang kwang kwang... Malas nak layan orang yang perasan bagus ni! Dia ajer la yang betul. Ceh!

So, apa yang chef d mission masak? Mari kita tengok...

Ni rendang kerang. Babah masak. Kurang garing sikit, katanya. Kitorang makan okey jer rasanye tapi chef kata, kureeeeng... Dia masak dia komplen tak pe. Kita jangan banyak komplen. Tak baik.

Ni telur dadar. Ummi masak. heee...

Ni sayur kobis + lobak. Ummi yang masak jugak.

Ni air sirap terlebih merah tapi kurang manis. Ummi buat. Jugak!

Inilah hidangan makan malam sabtu hari tu. Ringkas jer kan? Balik kerja dah petang badan pun dah penat tak larat nak masak yang bukan bukan. Apa yang ada dalam fridge jer la...hehehehe.

p/s: Bukan semua babah masak okey? 1 lauk jer... Well, frenzz....apa yang penting? KERJASAMA....hihihi pinjam kata kata hikmat Wonder Pets.



Menganyam Ketupat Palas 2 - 3 Talam...

Bukan selalu dapat keluar jalan jalan dengan ofismate. Hari Jumaat lah yang paling sesuai untuk berpoya poya sambil menganyam ketupat palas barang dua tiga talam...hahahahahaha... So, geng menganyam untuk tengahari Jumaat kali ini ialah....jeng jeng jeng..

Cik Sue n Kak June...ya ampun....aku masukkan gambar korang kat blog aku ni!

Me n sifu..heheheh K.Sari

Korang cerita tau..aku dengar jer

Hausnya....asik membedah jer ni...

Pastu kan june...ko nak tau...bla bla bla....

Membedah tu membedah lah jugak makan tetap makan...

Alhamdulillah...habis licin! Sambil membedah sambil makan..

 Serius! dah tak larat. Duduk pun dah tegak jer.


Gendang gendut tali kecapi kenyang perut senang hati....
Perjalanan yang ditaja oleh X-trail k.sari. TQ x-trail!hahahahahaha..

HEY! Frenz out there, korang caya ker kitorang ni menganyam ketupat palas sampai dua tiga talam? Tak baik betul la korang ni. hahaha...Tak kuasa nak membedah bedah depan rezeki ni oiiii....Dosa yang ada pun berlambak lambak lagipun ape kelazz nak bagi pahala free kat orang, kan? Hari Jumaat tu me n sifu dapat duit terpijak so apa lagi ajak lah sue n k.june join d party! bayar sendrik sendrik la tapi...hehehehe.. 

Moral of the story: Jangan mudah percaya pada tajuk entry! Baca sampai habis dulu barulah tau kisah yang sebenarnya. Okey?

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...