Thursday, July 29, 2010

hip hip hoorrayyy!! Yippieee...!!!

Salam sayang uols...


hikhikhik...cik apple hijau tak betul ke hapa ni?dok sorak2 kat blog. Nak tau sebab apa? sebab....

layan gambar untuk mengetahui kisah selanjutnya...





Tangan kak Mai sedang berusaha memotong carrot cake yang ..... Ah! susah mau cerita la... Lu fikir la sendiri!

Tada.... inilah b'day girl untuk 30 Julai (hari ini). Kak Mai....i love u!muah muah! Panjang doa saya untuk kak Mai tau tapi tak yah la tulis kat sini erk. Cik apple hijau doa diam diam dalam hati semoga Allah mendengar dan memakbulkan doa itewww....Amin!

Menu hasil air tangan kak Mai si b'day girl PPS. Weh! ingat senang ker b'day girl nak masak sendiri jamu bos2 dan kawan2. K.Mai d' one & only...

my slice...nyum  nyum nyum....delicious! marvelles! superb! brabus! tebabooo...


Ucapan untuk Nuar : ko jgn nangis kat InED tu tengok kitorang dijamu dek k.Mai ko ni, haha!
(pe sal tetiba masuk nama budak ni?sebab hati dia ada kat PPS lagi)
Ucapan untuk K.Mai : N3 ini khas untuk k.Mai terchenta... ku gagahkan jua untuk membuat post ini. Ikhlas dari apple hijau yang manis..huhu!


p/s: sori! cik apple hijau sewel sikit pagi ni...ahaks! Semoga keriangan, kebahagiaan dan kasih sayang berpanjangan di PPS!

~Adios!~

Tuesday, July 27, 2010

Tuesday, July 20, 2010

Suatu waktu dahulu...

Salam sayang semua...

Cuci mata tengok ni la pulak...

yang merah  

atau yang hijau?? (gambar ehsan Google)


pernah menjadi impian
pernah berhangan hangan untuk menunggangnya
pernah tersenarai dalam short listed kereta 'hakmilik'

setelah diimbang imbangi dengan akal nan waras
setelah dikaji kaji antara kemahuan hati atau kepentingan poket
setelah dicapai kata pro dan kontra....

apakan daya
sekali dia meragam
mahu rabak akaun gua!


p/s: Encik Ghazaly!!!wa mau yang ini boleh ka? aiyaaaak...tatak boleh ka? boleh bawak balik kampung kasi angkat itu buah kelapa sawit ma...

~Adios!~

Sunday, July 18, 2010

Friday, July 16, 2010

makan luar jer la...

Hujung minggu ini pasti sungguh membosankan. Sebab? Big apple tak de. Out stesen lagi. Mana? Yang pasti keluar dari negeri Selangor. Nampak gayanya cik apple hijau lah kene masak lagi. Waaaaaa... Tak suka masak la...suka makan jer. hehehehe..

p/s: boleh lah baca Bagaikan Puteri.

~Adios!~

gambar tak menjadi

Salam sayang untuk semua...

gambar masa pekse hari tu semua tak menjadi. gelap jer...tak tahu mana silapnya. huhu..kamera murah dek non... jadinya tak de la post pasal pekse hari tu. huk huk huk...cuba tengok kat bawah ni...agak nya camera ni pun takut cam tuan dia jugak. berdegup jantung ku...


hmmm...nak kata dewan gelap tak lah jugak. cahaya memang cukup cukup untuk orang ambik pekse. tak ape lah...

p/s: terima kasih kepada kawan kawan yang turut mendoakan. lulus atau 'kurang lulus' itu belakang cerita yang penting...pantang menyerah sebelum ajal ekekekeke..keras sangat bunyi nyer erk? pantang menyerah kalah sebelum berjuang ok skit kot...

~Adios!~

Thursday, July 15, 2010

Golden

Salam semua...

Layan jer la gambar ni. Jangan terbawa bawa dalam tidur sudah la...hikhikhik.


Gambar bukan sebarang gambar. Gambar ada ungkapan emas lagi tu... Jadi? Fikir fikir kan dan selamat beramal...

p/s: terima kasih kepada pengirim emel.

~Adios!~

sedikit pengetahuan untuk menambah ilmu

Salam semua...n3 kali ni pun agak panjang. Jemputlah baca..
Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar


Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...

Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler. Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya. Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland , pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : " Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel . Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

Beliau juga telah memberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu menunggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...

Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.

Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :
(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang  ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Sekian. Dan Allah swt jua yang Maha Mengetahui. Wa Allah hu a'lam bi Sawab...

p/s: copy and paste dari emel cik apple hijau. rupa2nya ada n3 ni kat http://reformisjalanan.blogspot.com/?expref=next-blog untuk kisah selanjutnya.


~Adios!~

belajar vs bermain

Salam semua...

Ada baca paper Mega(paper lampiran) Utusan Malaysia hari Khamis 15 Julai 2010. Fokus berkenaan Anak semakin Stres; Ingin cemerlang,anak tertekan; Ibubapa kena jadi contoh terbaik. 3 mukasurat penuh artikel/huraian mengenai isu fokus kali ini. Sila lah baca. Memang sangat berguna untuk semua.

Cik apple hijau bukan nak turut serta menyebok dan memberikan pendapat atau apa apa cuma nak menyatakan sangat setuju dengan isu fokus tersebut. Cik apple hijau selalu suarakan kepada big apple untuk menghantar anak dara yang 2 orang tu ke kelas tambahan atau orang sekarang panggil tuisyen. Nak tahu apa jawapan big apple? Tidak setuju dan tidak perlu. Dia tidak mahu anak anaknya menghadiri mana mana kelas tambahan buat masa ini! Muktamad. Sebabnya?

Babah tidak mahu anak anaknya stress. Babah tidak mahu anak anaknya tidak puas merasa zaman kanak kanak mereka. Babah tidak mahu anak anaknya asyik 'diulit' buku setiap masa. Babah tidak mahu ada paksaan yang terlampau di usia yang terlalu muda. Babah tidak mahu anak anaknya mengalami masalah psikiatri bila dewasa kelak.     

Babah mahu anak anaknya puas merasa keseronokan zaman kanak kanak. Babah mahu anak anaknya membesar secara normal tanpa ada sekatan sekatan. Babah mahu anak anaknya belajar dan bermain (waktu belajar, belajar betul betul. Waktu main, main sepuas puasnya). Babah mahu anak anaknya berjaya dengan cemerlang tetapi bukan dengan menggunakan cara paksa rela yang akhirnya akan membunuh kasih sayang anak anak kepada kami sebagai ibu dan bapa.

Masa big apple menyatakan keputusannya cik apple hijau diam jer. Dan mula memikirkan apa yang big apple katakan itu. Betul juga. Sedangkan sekolah pagi dan petang sudah cukup membuatkan mereka rushing setiap hari. Nak tambah kelas malam yang balik sampai jam 10.00pm. Bila masa nak buat homework? Nak tidur jam berapa? Kapasiti stamina dan akal kanak kanak bukan macam orang dewasa.  Bukan maksud kami mahu menongkah arus era global tapi belum masanya mereka harus harungi semua itu.

Ini hanyalah pendapat dan cara kami berdua. Tak semestinya baik dan betul. Cik apple hijau sedar ramai ibubapa diluar sana yang menghantar anak anak ke pusat2 tuisyen. Teruskan. Kami tidak pernah menyatakan apa orang lain buat pada anak mereka itu adalah salah. Tidak pernah sekali pun. Masing masing ada cara sendiri untuk menaiktaraf pendidikan dalam keluarga dan pandangan masyarakat. Teruskan jika itu yang terbaik. Untuk masa depan anak anak juga kan. Ibu bapa mana yang mahu melihat anak anaknya gagal dan terkebelakang. Betul?

p/s: Tidak ada perkara mudah jika mahukan yang terbaik. Berkorban, terkorban dan pengorbanan adalah lumrah.

~Adios!~

hari ini

Dah berjam jam dah aku menghadap benda alah ni. New post ni la. Khonon2 nak update cerita terbaru tapi berjam jam jugak lah ia terbiar sepi. Taip taip...padam. Taip title...padam lagi. Ku pandang lama. Lama. Taip semula... A b c d e f g macam Ecah selalu sebut tu...aku padam semula. Kejap aku minimize kan. Kejap kejap lagi aku maximize kan tetingkap blog ini. Dalam kepala otak ni ada macam macam. Kat camera murah aku tu pun ada gambar gambar terbaru paling baru gambar dewan peperiksaan. huhu!

Tetapi Allah SWT belum memberikan keizinan untuk aku menulis di sini. Aku kehilangan idea dan mood. Feel untuk meneruskan kalimah kalimah cinta belum ada.

moral of the story: Kun fayakun = Jadilah! Maka jadilah ia. Setiap yang berlaku dan akan berlaku itu semuanya atas kehendak dan keizinan Allah SWT.

~Adios!~

Monday, July 12, 2010

Kita Kongsi Bersama

Tengahari yang sejuk. Sangat sejuk. Sesejuk hati ku. huhuhu! Aku tidak menghabiskan masa dengan makan atau tidur atau membaca buku PKPA atau Pekeliling atau Amanat VC atau apa apa jua buku yang boleh membuat kepala ku berpusing. Tapi aku masih lagi menimba ilmu dari rakan rakan blogger yang aku sendiri pun tak kenal. Oh ho ho ho ho...bukan bukan bukan suruh baca e-novel. No no no...bacalah (kiranya sudi dan berkesempatan). Semoga kita sama sama boleh berfikir. Berfikir tentang diri sendiri.

http://www.sangpelangi.com/saat-terpetik-kenangan-lampau.html#comments

tapi aku belumlah sampai terus nak jadi follower blogger ini. aku harus berkenal kenalan dulu melalui penulisannya. Kalau ok. Tanpa segan dan silu pastinya aku kan jadi pengikut setia sangpelangi ini.

p/s: aku yang masih mencuba dan akan terus mencuba...fuuuh!

~Adios!~

Bila ko-chef di dapur

Hujung minggu jer chef overtime. Asal hujung minggu jer chef overtime. 2 kali ayat ni berulang menunjukkan betapa tak suka nya ko-chef ambik alih tugas chef. Bukan nya apa takut ko-chef lebih terror dari chef pulak! Ndak tak ndak terpaksa lah juga masak sebab perut sendiri pun nak di isi jugak. Marilah kita lihat apa yang ko-chef masak hujung hujung minggu ini.

Asik makan nasik jer kali ni kita makan bubur nasik pulak yer anak anak....hehehe masak nasik sikit jer buat syarat.

Sambal sotong. ups! Lupa plak chef tak makan sotong nanti penyakit kesayangan dia datang balik. sorilah dah termasak dah...

Sayur ni celup jer kat air mendidih tu. Malah nak menumis numis bagai.

Ikan ni jer yang tinggal dalam peti ais. Sekor plak tu. Goreng pun sodap.

Tahu yang disumbat dengan toge dan timun.

Sos untuk tahu yang telah disumbat tadi ye. Weh...bukan sos segera Aminah Hassan tu tau dek non. Tak main sos sos segera tu.

Bubur chacha + sedikit sagu bijik. Yang hijau tu daun pandan bukan daun pinang.

Hah!hambik kau. Betapa kemalasan tahap melampau. Masak tengahari plus minum petang plus manisan sekali tengahari iteww. Penat seh kat dapur jer.. tu belum cuci bilik air lagi...nak gosok baju sekolah lagi. Aduh...bisa patah pinggang guwe...

p/s: menjelang petang dah tak de apa yang boleh dimakan. Licin! ish ish ish...

~Adios!~


Aktiviti petang Sabtu

Aku tak nak baca buku...hukhukhuk...

Aku nak hup-date blog bley? hehehehe...

Suka hati kau la labi.

Jom kita tengok Iman & Nina gi playground ya..

Baby happy sebab babah & ummi nakbawak gi taman.

Sukanya baby ni sampai kecik mata dia..hikhik..k.nina menten.

Tu dia anak anak babah. Ke mana perginya kuah kalau tak masuk mulut...huwahahahaha...

Korang layan jer lah gelagat my2princess ni. K.Qin tak ikut sebab dia nak jaga TV dia kat rumah tu takut hilang!

p/s: Kepala aku dah sakit sebab dok tengok pekeliling2 yang ntah apa apa tu... bukak blog aku tak pening..heheh!


~Adios!~

Friday, July 9, 2010

Nasib kau lah Sutun..

Gara gara Piala Dunia ni Sutun pun diorang percaya. hahahahha...tak pasal pasal satu dunia memuja muja Paul si Sutun itewww..

Kalau lah Sutun boleh bercakap mesti dia dah gelak besar, Apalah punya bodoh manusia2 ni. Aku kelentong sikit pun diorang percaya. Bukan ke itu semua Tuhan punya kuasa.

p/s: Nasik lemak sambal sutun satuu!! hihihihi...

~Adios!~

pikir abis abis..

Yes! aku dah jumpa! Lama dah carik baru pagi ni jumpa. Sebenarnya sebelum ni pun carik gak cuma tak carik betul betul.huhu! Thanx Ya Rahman.

Masalah nyer sekarang...sudah tetap ke pendirian tu? fikir dulu abis abis. Se abis mungkin. Jangan menyesal nanti. Waaaa....Ya Rahim, tolonglah aku!

Istikharah? hikhikhik...aku tak pernah buat sebab...??? no answer.

p/s: satu jer tak jumpa lagi - kad staf. hikhikhik...berbulan dah jadi orang asing. Bila nak buat kad baru ni?!!!

~Adios!~

Thursday, July 8, 2010

Huwaaah...tolong lah! Camne ni?

Cik apple hijau dilanda kemalasan tahap gaban. Gaban pun tak malas macam ni.

Tanak lah baca buku PKPA dan Perintah Am tu weh....tak best. Langsung! Kalau bagi baca buku cerita tebal macam mana pun cik apple hijau sanggup. Ini??huwaaaah....tanak baca boleh tak? bawak buah dadu la. hikhikhik...

Aaaaarrgh! tak suka tak suka tak suka....

p/s: Ada soklan bocor tak? sapa ada? sila pm saya.

~Adios!~

cikgu oh cikgu part 2

Pada awalnya memang cik apple hijau nak sambung entri seperti yang dijanjikan. Dah draf dah pun apa benda yang nak ditulis pada entri ini. Bila fikir punya fikir...hmmm tak payah lah. Tak baik. Tau je lah cik apple hijau ni kalau marah segala benda yang tak sepatutnya akan terkeluar dari mulut cik apple hijau ni! dah nama pun apple hijau yang keluar pun masam semacam jer la (waktu marah jer le)...hikhikhik.
Sekolah cik apple hijau - SKSB. Sekarang my2princess sekolah di sini juga. Ni jer yang sempat disnap. Padahal bangunan baru dah siap. Cukup cukup la tu...buat syarat.

Cik apple hijau bukan tak mengenang jasa guru guru. Bukan nak mengutuk. No no no! Malahan cik apple hijau sangat sangat menyanjungi pekerjaan mulia ini dan jasa mereka. Cik apple hijau tau 3M (membaca menulis mengira) pun cikgu yang ajar. Sampai sekarang dah tua ni pun masih memerlukan seorang guru cuma sekarang ni tidak lah panggil guru/cikgu. Panggil sifu. Tunjuk ajar ku sifu! I banyak sifu kat opis ni.

Harus diingat ibu bapa menghantar anak anak ke sekolah dengan sejuta harapan (mungkin lebih) agar anak anaknya menjadi bijak pandai yang berguna. Walaupun cik apple hijau tahu guru guru hanya menyumbang 20% sahaja dalam kejayaan seseorang pelajar itu. Pelaburan ibu bapa juga bukannya sedikit silap silap haribulan boleh dapat Honda Jazz! Jangan hancurkan kepercayaan ibubapa.

Sekolah Agama my2princess.

Jadi, cikgu cikgi sekelian, sucikan lah hati mu. Janganlah dok komplen komplen anak murid. Akan memakan diri nanti. Cakap siang pandang pandang, cakap malam dengar dengar, cakap depan depan???buruk padahnya! Jangan pandang rendah pada orang lain. Cikgu tak semestinya betul! Sori statement ni memang melampau! Itulah hakikatnya. Boleh terima atau tidak…terpulang. Fikir fikirkan lah wahai cikgu cikgi sekelian.(ada ker cikgu baca blog ni???) kwang kwang kwang....

Don’t judge a book by its cover! Mungkin aku hanya anak seorang penoreh getah, mungkin juga aku anak seorang pekerja perbandaran. Rezeki yang halal akan membawa kejayaan. Anak seorang penoreh getah juga mampu menjadi seorang doctor. Anak seorang pekerja majlis perbandaran juga berhak menjadi seorang Naib Canselor! Anak cikgu pun tak semestinya jadi 'orang terpandang'. Huhu..

p/s: Rindu lah kat Yam. Yam, jadi cikgu elok elok ye. Jangan nakal nakal tau Yam...


~Adios!~

Wednesday, July 7, 2010

Damai....

Orang kata...
Suaranya sedap.
Peminatnya ramai.
Lagunya pun hebat hebat belaka.
Evergreen.

Tarik nafas.... Hembus.... Relax... Layaannn...
Moga damai menerjah hati...



p/s: Selepas ini ada lagi lagu best. Tunggu!teruskan bersama cik apple hijau. huhu...
~Adios!~

ta daaaa....

Jangan terkezut.
Jangan alihkan blog ini ke blog seterusnya.
Anda memang berada di blog yang betul. Butterflies n Flowers by cik apple hijau.

Again! try & success. Bukan try 'n' take yer my dearest readers.

Tunggang langgang la pulak jadinya layout blog ni. hehehhe...akan diperbaiki dari masa ke semasa.

Sebenarnya cik apple hijau dah lama nak tukar template blog ni tapi tak berkesempatan. Nak cari template bukannya boleh jam jam tu. Aduh mau juling mata. Beberapa hari lepas ada berkenan satu template tu tapi hari ni carik balik tak jumpa. Jumpa yang ni cuba punya cuba...boleh lah. Nampaklah dewasa sikit. 

Tapi kan, template ni macam feminin nyer la hai. Ala ala gaya wanita melayu terakhir. Cakap kene sopan santun suara antara dengar tak dengar ajer. Muka pun tunduk ke bawah silu siluan gitu. hahahhaha...jauh panggang dari api! kalau nak dibandingkan dengan cik apple hijau ni. Eh!nanti jap, sesuai ke template yang keayu ayuan ini dengan gelaran cik apple hijau??hehehe suka hati aku la labi...blog aku.

moral of the story: Bukan semua yang kita suka orang lain pun akan suka. Begitulah juga sebaliknya. Terimalah seadanya dan bersyukurlah.

~Adios!~

Tuesday, July 6, 2010

Apa ni????

Pengunjung blog ni jangan lah cakap yang empunya blog ni tak de kerja pulak ye...hihihi...buat 'kerja' ni time tuan Dr. tak de. Dok snap snap...pastu ontok ontok jer kat tempat duduk... ye lah dulu cik apple hijau dok merayau kat tempat Puan Sri tu ada yang ber pssst pssst psst... jadinya, cik apple hijau sekarang buat lah kerja sendiri takkan itu pun tak boleh...jangan risau kerja cik apple hijau dah settle (buat masa ini).

Nak tayang gambar yang bagi cik apple hijau menarik. Kalau pengunjung blog kata tak menarik langsung @ ntah apa apa ntah @ boring jer.... ada aku kesah???(tiru sifu punya ayat).

Lollipop pemberian Prof Pau kepada Encik KMK. Gambar diambil time lunch tengahari semalam. Rasa macam cantik jer bila dua batang lollipop berbentuk hati warna biru dan hijau digandingkan di atas tray. Hati terus tertarik dan tangan pun terus tekan capture! Ssyyyy...jangan beritahu Encik KMK ye yang saya ambil gambar lollipop dia.

Hellloooo....ini bukan banner filem terbitan UiTM yg terbaru yer...ini adalah kad jemputan kahwin daripada kak Aziah - exEO PPS. Majlis walimah anak sulungnya Ku Intan. InsyaAllah kalau tak de apa apa hal kami warga PPS(bila dilantik jadi jurucakap PPS ni cik apple hijau?) akan hadir ke majlis yang pastinya grand & glam. Betul tak kak Aziah? hehehehehe....

Ini isi kandung kad tersebut. Nampak tak nama cik apple hijau? hikhik... Bila tengok kad ini memang rasa kad ni sangat cantik dan penuh simbolik. Ada cerita di sebalik kad yang istimewa ini. Lain dari yang lain. Ye lah...idea makin berkembang selari dengan zaman yang berjalan merentasi waktu. Apa aku tulis ni? hantam sajalah labi...aku pun tak faham!

p/s: sesekali kene kosongkan minda. Tu yang buat kerja yang bukan bukan ni... Benda benda yang tidak memerlukan otak untuk berfikir. Tapi....bila dah menulis mestilah kene gunakan otak untuk fikirkan ayat ayat cinta nyer, kan?apa apa ajer lah...

~Adios!~


cikgu oh cikgu

Tajuk entri kali ni macam tajuk cerita upin & ipin jer...sepy oh sepy (sori ejaan aku tak hengat) ala...yg kisah lembu hilang tu...

Cik apple hijau dapat ilham nak buat entri pasal cikgu ni bila baca blog sifu cik apple hijau tu (chepearl.blogspot). Jeng jeng jeng...Hani, nak tukar profesion ke dahling? kalau nak jadi cikgu boleh ajer. Mak setuju nyiahhh! hehehe...Hani memang ada talent jadi guru. Dia sangat sabar melayan karenah anak anak. Tengok aje lah bila dia layan PD dia tu. (Hani, ini bukan bodek or what tapi ini memang ikhlas).

Bila cerita bab cikgu ni kan, cik apple hijau sebenarnya nak komplen sikit pasal cikgu cikgu zaman sekarang. Bukan semua. Diulang, bukan semua. Dalam satu sekolah yang mempunyai 50 orang guru mungkin 5 - 10 orang yang begini. What you mean 'begini'?

Panjang kisahnya. Sebelum itu cik apple hijau mohon maaf la jika ada pembaca blog ini yang bergelar cikgu / guru yang mungkin akan membangkitkan rasa tidak puas hati. Ini adalah pandangan peribadi. Dan ia berdasarkan pengalaman cik apple hijau sebagai ibu dan juga bekas cikgu!(tanpa tauliah). Tanpa tauliah pun...4 tahun jugak lah cik apple hijau jadi cikgu.


to be continued....

~Adios!~

Monday, July 5, 2010

kawan lama sahabat lama

Him : awak ada jumpa kawan kawan sekolah kita dulu?
Me : tak pernah
Him : saya adalah jugak jumpa... si polan tu bla bla bla.... pastu si polan bla bla bla bla..
Me : tak pernah jumpa pun...
hahahha...kalau aku nampak pun aku buat tak tahu jer...ahaks!(dalam hati)
Seronoknya la kawan cik apple hijau yang sorang ni bercerita tentang kawan kawan lama nya itu. Kawan kawan cik apple hijau jugak. Masa sekolah menengah la. Agaknya cik apple hijau ni ada penyakit kot. Tak suka jumpa kawan kawan lama. Bukan tak suka. Suka. Pengalaman dulu dulu bila jumpa kawan lama menyakitkan hati! Bukan semua. Tapi bila dah terkena. Sorry! Baik cik apple hijau lari sebelum hangin 1 hari 1 malam. Letih pulak big apple nak melayan..pot pet pot pet...

FYI, cik apple hijau bukan jenis yang tak suka berkawan. Cik apple hijau bila dah berkawan setia tau! Ingat betul betul SETIA. kelazz gitu! Cumanya bila dah lama sangat tak jumpa tu yang jadi takut. Halmaklum...sekali air bah sekali pantai berubah walaupun tak semua ombak sampai ke pantai...hehehehe...

Rindu dengan my BFF yang 2 orang tu - GG dan Ros. Bestfrend dari form 6. Lama tak buat gathering. Geng berpoya poya zaman bujang dulu. Family masing masing pun tak kisah sebab kenal satu sama lain. Anak anak kami pun rapat. Alhamdulillah, syukur dikurniakan sahabat seperti mereka. Aduuh...senyum sorang sorang teringat zaman iteww...

p/s: nanti cik apple hijau ambik gambar dengan mereka ber2 tu ye...susah nak jumpakan mereka ni sorang di bandar sinun, sorang lagi di bandar sinin, cik apple hijau kat tengah tengah..(yok yok oh je aku ni...)

~Adios!~

Sunday, July 4, 2010

hmmm...nak buek camno!

beberapa minggu yang lalu...boleh juga kalau nak cakap beberapa bulan yang lepas...
di suatu petang yang nyaman...ketika menikmati makan malam lebih kurang jam 7.00...

nina : ummi, bila kita nak beli rumah baru?
there is something wrong somewhere!
ummi : kenapa?
nina : nenek tu...bla bla bla bla....
ummi pandang babah sekilas.
babah buat selamba. meneruskan makan seolah olah tidak mendengar apa yang nina cakap.
alahai...kesiannya lah anak anak ku ini.

malam tadi...ketika nina sibuk menyiapkan homework Englishnya...
kedengaran suara motosikal...

baby : tu babah ke? Ucu ke?
ummi : bukan lah by. tu bukan babah. bukan pok su jugak.
baby : bukan? bukan Ucu? Iman pandang ummi sambil kerut kerut kening.
ummi : bukan. Pok su kan dah tak duduk belakang lagi. Pok su dah ikut mak Su.
nina : iye Mi? kalau macam tu boleh lah kita balik belakang. ceria jer suara nina bila cakap nak balik belakang.
ummi : senyum aje la sambil mengusap rambut nina. kesian anak ummi ni...

Aduh Nina....ummi dan babah tak boleh. Kesian anak anak ummi. Kita terpaksa berkorban. Macam mana nak terangkan pada anak anak ni. Mungkin boleh cuba. Dan mungkin mereka akan faham. Tapi, orang lain? orang di luar sana? orang yang tak tahu apa apa? tak kan faham apa yang kita lalui. Apa yang kita rasa. Tapia kan terus terusan menyalahkan ummi dan babah. Ummi terutamanya yang akan menghadapinya!terpaksa berhadapan dengan situasi  yang menjengkelkan itu. Cukup lah....


~Adios!~

Friday, July 2, 2010

bile musim deghoyan...

Betul tak sekarang dah musim deghoyan? negeri lain cik apple hijau tak tau tapi yang pasti kat negeri asal big apple dah penuh kat pokok dan juga kat tepi tepi jalan. Kat kampung cik apple hijau deghoyan kat tepi jalan tu sepanjang tahun ada!

Nak bukti ker?ha...layan gambar jer ler. mana bleh letak betul2 bau deghoyan la blog cik apple hijau ni...heheh!

cik apple hijau: Bang, stop stop...nak ambik gambar deghoyan. Boleh masuk dalam blog.

Tiba tiba dia berhentikan kereta tepi jalan betul betul bawah pokok deghoyan.

Big apple: ambik lah yang banyak buahnya. Hah! yang tu, yang tu.
Sporting pulak big apple aku ni!

Di sepanjang jalan dari rumah MIL menuju Karak pokok deghoyan penuh ngan buah deghoyan. Rasa macam nak panjat panjat jer pokok tu. Ingat buah deghoyan tu macam buah rambutan ker boleh main petik petik?hehehe...

Sori lah cik kak dan cik bang tak maksud nak ambik gambar uols ni. I tirgoda dengan lambakan deghoyan tu jer..

Tengok jer gambar tak best. Pe kata kita nyanyi sama lagu pasal deghoyan ni. Tak tau?? ceh!carik la sendrik kat youtube....
Mr. Os - Durian Dah Berbunga

Oh kome, deghoyan dah berbunge
(dah berbunge)
Moh kite minang anok dare
(anok dare)
Anok dare, anok dare kote
(dare kote)
Teman jumpe di Padang Tenggale
(iye)
Kate deme, sakit jatuh cinte
(jatuh cinte)
Sakit lagi bile jatuh tangge
(jatuh tangge)
Kate deme, cinte itu bute
(cinte bute)
Nasib baik teman tak merabe-rabe
(rabe-rabe)

* Bile musim deghoyan
Deme mule bengkeng
Jangan silap sikit
Nanti deme tengking
Kalau musim deghoyan
Ramey berani nampor
Ape deme nak heran
Saman boleh bayor
Oh kome, dengoyan udah luroh
(udah luroh)
Lebih baik cepat pegi suloh
(pegi suloh)
Lambat sikit kome dapat habuk
(dapat habuk)
Kalau tido jawabnye tinggey pokok
(padan muke)
Duit deghoyan, yang tue nak ke mekoh
(nak ke mekoh)
Yang mude gatey nak menikoh
(nak menikoh)
Musim deghoyan banyok sedare mare
(ramey-ramey)
Bila nebas, seko tak nampak muke
(memang gitu)

p/s: anak dara cik apple hijau sibuk gak nak deghoyan tu tapi dok pujuk pujuk kita beli kat meru aje lah kakak. abis bau deghoyan kete kita ni nanti. kalau boleh hilang bau tu 2 3 hari tak per gak....

~Adios!~

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...