Monday, July 5, 2010

kawan lama sahabat lama

Him : awak ada jumpa kawan kawan sekolah kita dulu?
Me : tak pernah
Him : saya adalah jugak jumpa... si polan tu bla bla bla.... pastu si polan bla bla bla bla..
Me : tak pernah jumpa pun...
hahahha...kalau aku nampak pun aku buat tak tahu jer...ahaks!(dalam hati)
Seronoknya la kawan cik apple hijau yang sorang ni bercerita tentang kawan kawan lama nya itu. Kawan kawan cik apple hijau jugak. Masa sekolah menengah la. Agaknya cik apple hijau ni ada penyakit kot. Tak suka jumpa kawan kawan lama. Bukan tak suka. Suka. Pengalaman dulu dulu bila jumpa kawan lama menyakitkan hati! Bukan semua. Tapi bila dah terkena. Sorry! Baik cik apple hijau lari sebelum hangin 1 hari 1 malam. Letih pulak big apple nak melayan..pot pet pot pet...

FYI, cik apple hijau bukan jenis yang tak suka berkawan. Cik apple hijau bila dah berkawan setia tau! Ingat betul betul SETIA. kelazz gitu! Cumanya bila dah lama sangat tak jumpa tu yang jadi takut. Halmaklum...sekali air bah sekali pantai berubah walaupun tak semua ombak sampai ke pantai...hehehehe...

Rindu dengan my BFF yang 2 orang tu - GG dan Ros. Bestfrend dari form 6. Lama tak buat gathering. Geng berpoya poya zaman bujang dulu. Family masing masing pun tak kisah sebab kenal satu sama lain. Anak anak kami pun rapat. Alhamdulillah, syukur dikurniakan sahabat seperti mereka. Aduuh...senyum sorang sorang teringat zaman iteww...

p/s: nanti cik apple hijau ambik gambar dengan mereka ber2 tu ye...susah nak jumpakan mereka ni sorang di bandar sinun, sorang lagi di bandar sinin, cik apple hijau kat tengah tengah..(yok yok oh je aku ni...)

~Adios!~

No comments:

kawan. oh. kawan.

Dalam dunia ni kita ada macam-macam jenis kawan. ada kawan menangis sama-sama. ada kawan makan sepinggan tidur sebantal. ada kawan yang ...