Tuesday, October 26, 2010

Tiga Tahun Masihi yang Lalu...

Selamat petang kepada pembaca dan pengunjung belog...

Halkisah...tiga tahun masihi yang lalu telah lahirlah seorang lagi umat Muhammad. Seorang puteri lebih tepat lagi. Seberat 3.4 kg. Pada jam 1.20 pagi. Malam Jumaat. Alhamdulillah sihat dan cukup sifatnya.

Itulah dia Nurul Aisyah Iman. Puteri hati CAH yang ke3. Dan, hari ini genaplah umurnya 3 tahun mengikut tahun masihi. 26 Oktober 2007.

Seperti biasa sebelum melelapkan mata dia akan mengulangkaji....

A B C..
lagi?

D E F..
lagi?

G H I..
lagi?
Memang tak boleh duduk diam.
Pandai merajuk.

Bersama kakak2nya. 
I love You!
terkejut ummi

I love U too baby...(yes! she is my 'baby' walaupun umur dah 3 tahun)

I love U too Ummi...

~Adios!~

Monday, October 25, 2010

Bila anak2 dah pandai bertanya

Salam hari Isnin...

Maniac monday, huh? Untuk mengelakkan anda dibelenggu suasana suram dihari Isnin, pakailah baju yg berwarna putih. Lebih tepat berasaskan warna putih. eg: tudung putih, baju latar belakang/tanah putih, kemeja jalur putih ker... InsyaAllah uols datang kerja dengan hati yg berbunga bunga...percaya lah cakap ahkak ni dek noon. okey okey. Kembali ke niat asal...melalut pulak.

Beberapa hari lepas, 1st princess CAH (umur 9 tahun) baru balik dari sekolah. Tiba tiba dia tanya soalan...

Ummi, cabul tu apa?

Nak cakap terkejut. Tidak juga. Nak cakap tak sangka pun  tidak juga. Sebab...perkataan tu selalu orang sebut terutamanya waktu Berita/Buletin dan juga di akhbar akhbar. Pada majalah kanak kanak pun ada. Suatu hari nanti anak anak pasti akan tanya benda/perkara macam ni. Ate banyak benor kes kes macam tu, kan? Na'uzubillah...Mintak dijauhkan.

Soalan 1st princess tidak habis selepas CAH memberikan jawapan dan menyelidiki kenapa dia bertanya soalan begitu. Ada soalan lain.

Ummi, raba tu apa?

Siap boleh tanya apa beza cabul dan raba! Waaaah...mencabar betul rasanya. CAH yg khonon khonon ummi mithali a.k.a ummi serbatahu pun bla bla bla bla...dengan panjang lebarnya. heh!

Itu dia belum tanya: Ummi, rogol tu apa???

Uwaaaa...kalau dia tanya yang ini...serius! CAH tak tahu nak jawab apa. Tak mustahil kan suatu hari nanti dia pasti tanya.

moral of d story: Orang orang dewasa di luar sana janganlah buat benda2 yang tidak senonoh dan tidak bermoral. Lindungilah anak2 kita dan anak2 orang lain juga.

~Adios!~

Friday, October 22, 2010

kenapalah aku sebegini cerewet???

Salam petang Jumaat....

Pagi yang membosankan telah membawa CAH ke JJ Bandar Baru Klang pada tengahari nya. Terus, petang yang memenatkan. Adeeeh...sakit kaki.

Hajat di hati nak cari kasut. Halmaklum dah berzaman rasanya tak beli kasut. Raya hari tu pun tak beli juga. Punyalah banyak kasut. Punyalah colorful kasut. Punyalah stylo kasut. Punyalah...punyalah... Kau cakap aje Bedah kasut macam mana yang kau ndak. Yang begini yang begitu. Semua ada.

Tapi.....apakan daya. Mak tak berkenan nyah. Itulah masalahnya. Sebab tu jugak lah Raya hari tu CAH tak de beli kasut. Kes yang sama la ni. TAK BERKENAN! Kalau ada yang berkenan harga mak datok...cecah RM200! Apa kejadahnya beli kasut letak kat kaki harga melampau gitu? Cuba tunjuk telekong harga RM150. Apa jawabnya. Mahal lah. uwaaaa....ada nak kene cili api mulut CAH ni..

Dah lah tak dapat kasut. Kaki plak sakit sebab dah pusing semua kedai kasut. Itulah padahnya kalau terhover cerewet. Bukan setakat bab beli kasut jer. Semua bab cerewet. Bab lipat kain pun cerewet jugak. Huh! Sapa suruh cerewet,kan? Macam mana nak buang sikap ni ye?

moral of the story: Bersederhanalah. Cerewet cerewet ni tak ke mana. Susah lagi ada.

~Adios!~

Wednesday, October 20, 2010

nekad 20.10.2010

Salam untuk pembaca belog ku tersayang....

Selesai zohor, make up ala kadar. Kembali ke tempat duduk. Buat kerja ala kadar(jugak) sikit. Klik My Computer. Klik CAH's Document. Klik lagi My Personal_CAH. Carik punya carik punya carik. Yeah itu dia. Surat_mohon tukar ke dot dot dot 2nd letter_disemak dan kompem hantar. hahahha...lawak tak tajuk surat tu CAH letak. sukahati la.. surat i bukan surat bos pun.

Dah jumpa surat tu apa lagi 'Open' la kan? lagi mau tanya. Tukar tarikh asal dari 25 Ogos 2010 kepada 20 Oktober 2010. Hah hambik kau! lama gila deraf surat tu dah. Tapi tak pernah keluar dari kepompong 'my personal' tu. Baru sekarang atau lebih sesuai hari ini 20.10.2010 berani Print Out. Kali ni memang CAH nekad. Betul betul nekad. Tak perlu nak fikir fikir lagi dah. Restu dari my lobely laling si big apple tu cukup memberi kekuatan kepada CAH untuk meneruskan permohonan ini.

Uwaaaaa....dub dab dub dab dub dab....berdebar debar jantung ku. ah ah ah...Seram seeeh nak mengadap bos. Kot la ditanya yg  bukan2. (takut tak kena tempat btul!) Tepat jam 3.00 petang di ngadap. apa yg terjadi di dalam bilik bos?? tak payah tau la... Pokoknya, CAH dah tunaikan apa yang memang sepatutnya. Berdoa dan bertawakkal. Mudah mudahan permohonan kali ini diperkenan. Amin...

p/s: pembaca belog Butterflies n Flowers pun tolong doakan juga yer....thanx!

~Adios!~

Monday, October 18, 2010

FB dah tak selamat bagi...

Salam...

Yes. FB dah tak selamat bagi C.A.H!
kenapa?
sebab...
FB tu boleh membahayakan C.A.H.
ipar duyai
biras beras
sepupu sepapan
jiran setangga
sedara sedari
mak ngah pak teh tok uda
semua ada
ex boy pren pun ada! muahahahahhahaha....















FB begitu terdedah.
kalau terlalu aktif
mau terdedah segala perbuatan C.A.H ni...
bahaya tuu...
ish ish ish....

~Adios!~

Thursday, October 14, 2010

sesekali merenung diri sendiri...

Lunch our tadi C.A.H (cik apple hijau) pergi la ke sebuah institusi kewangan. Disebabkan ramai benor yg sehati dgn C.A.H nak gi pada hari dan waktu yg sama maka nya penuh sesak la ruang menunggu yang tidak seberapa itu. C.A.H yang memang tak suka tempat2 sesak begitu mengambil keputusan untuk menunggu diluar sahaja. Sebenarnya nak cuci mata nengok orang lalu lalang. Hehehehhe…

Syok wooo cuci mata nengok ragam orang. Gelagat orang. Fesyen orang. Tudung orang. Baju orang. Kasut orang. Hand bag orang. Macam zaman muda2 dulu.(Eh! sekarang pun muda jgk hahaha… ) zaman ke hulu ke hilir naik bas dulu pun suka tengok ragam dan gelagat orang.

Tapi uols jgn salah sangka ye...melihat orang lain bukan bermakna C.A.H mahu mengutuk, mengeji, meng’kondem’ atau memburuk2kan orang tersebut. Samada dari segi gaya atau perbuatan atau apa sahaja.

Lihat. Renung. Dan fikir.

Bila C.A.H melihat seseorang yg berpakaian yg pada pendapatan C.A.H ia tidak sesuai dengan perawakan diri dan usia orang tersebut…hmmmm…if u say No. Don’t like it. Don’t shame urself. Please please and please jangan lakukan pada diri anda. Berhati hati lah dalam berfesyen. Waah…macam Norma Norell si image consultan tu pulak C.A.H ni. Hahaha…padahal kadang2 pakai tudung pun senget benget…

Dan yang paling penting sekali…Jenama nan mahal bukanlah segala2nya. Yang mahal dan yg berjenama tidak semestinya sesuai dengan penampilan kita. Ia cuma bonus jika kita mampu memilikinya. C.A.H tidak menafikan barang2 berjenama nan mahal ini memang shantek-shantek tak kira dari segi fesyennya, warna, rupa bentuk dan sebagainya. I like barang2 berjenama nan mahal ni ….uwaaaahahahahahha tapi tak mampu beb….anak dah 3!

Barangan yang tidak kurang berjenama dan murah (ada ke barang murah sekarang ni???) pun akan kelihatan cantik dan mahal kalau betul dengan cara dan gayanya. Setuju? (Sesi pujuk diri sendiri).

moral of the story: tengok lah duit sendiri dalam poket/beg duit sendiri bukan tengok duit orag lain dalam poket/beg duit orang lain kompem kompem itu bukan duit kita dek noon...

~Adios!~

Wednesday, October 13, 2010

Tak sihat lagi...

Salam...

Haku ni tak abis abis dilanda masalah kesihatan.
Eh nanti nanti...baca sampai abis. Jangan serkap jarang.

Bukan tak sihat tubuh badan dan fizikal.

Kalau dah kene PENYAKIT M.A.L.A.S tu kiranya tak sihat lah kan? kan? kan?
Udah namanya penyakit malas tak sihat la tu kan?
Sakit dalaman. hehehehhe....

Ubat nya apa?
Apa ubatnya ye?
Boleh kah diubati dengan ....
Vitamin A B C D E F G H I J K L M atau N hingga Z??
hmmmmm....

~Adios!~

Tuesday, October 12, 2010

memaafkan sahabat

Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini. Begitu juga dengan anda mahupun sahabat karib anda. Ini adalah kenyataan hidup yang tidak dapat dinafikan.  Lantaran itu jangan terkejut apabila suatu ketika sahabat karib kita melakukan sesuatu atau melontarkan kata-kata yang membuatkan anda berkecil hati dan bersedih.

Memaafkan teman yang telah melukakan hati adalah suatu perbuatan yang cukup baik.  Namun sering kali kata maaf hanya di bibir sedangkan anda terus menyimpan di dalam hati rasa yang terbuku. Lalu apakah yang boleh anda lakukan agar benar-benar dapat memaafkan sahabat?? (MIDI bil.94)

p/s: huk huk huk....aku rindu kawan2 sahabat2 aku...banyak betul buat salah kat diorang tu.. uwwwaaaaaaaaaa.....

bersambung...

~Adios!~

Monday, October 11, 2010

Anak Raya

Ups! bukan nak cerita pasal raya lagi tau. cuma adalah sikit kaitan jer.

Layan pic dulu yer...

Ini adalah kek yang di ode khas untuk my3princess. Tertulis nama Qiqin, Nina & Iman di atas kek ini. Bear yang memegang belon2 dan angka 3 yang membawa erti 3princess.

Kerana....
kesemua princess Ummi ini lahir dalam bulan Islam - bulan Ramadhan & Syawal. Qiqin - 1 minggu lagi nak raya. Nina - 1 minggu raya. Iman - 2 minggu raya. Jadi nya....tahun ini tidak ada sambutan hari ulang tahun Masihi untuk mereka. Hal maklum hujung tahun banyak yuran nak kene bayar dek noon... 

Semoga anak anak Ummi akan berjaya di dunia dan di akhirat. Amin...

~Adios!~


sekilas...siri beraya #3

Salam...

okey. okey. mak tau la syawal dah lama abis. dah masuk musim orang naik haji pulak. ate gambarnya banyak benor tak larat nak menyimpan. sungguh rugi kalau tak dipamerkan. ha ha ha. jadik...layan ajer la yer...(inilah akibat tak hup-date belog udah nyer ketinggalan kapal terbang) hu hu hu..

sekilas...

 open haus rumah Pn Dora - ex bos.

 beraya rumah En. Apad - seremban. harap maap muka mak tak de dlm pic ni. tak payah nak tenung tenung pic ini. heh!

Memasing ceria sebab dah kenyang...Alhamdulillah. Bersedia untuk makan cendol Leman Dawi plak.

Makan makan di rumah my lobely boss - PM Dr Nazip - sijangkang. peeeerrrrgghhh....tidak terkata kelazatan makanan2 nya. psssstt...yg berbaju hitam itu lah tuan rumah.

PPS Raya 3.10.2010. happening. itu jer yang mampu dilafazkan.

Big boss kata...kaki dan tangan yang mencari rezeki di PPS sahaja.
 suka this pic. tapi ada 'slack' skit. he he he...

nak selit gak pic ni. hi hi hi...Ecah dapat duit raya dari big boss...

Bujang PPS. Malu malu tapi mau... wow!

Banyak lagi pic yang menarik tertarik memang deboom. tapi...udah2 le tu...tunggu le raya tahun depan plak. Kebanyakan pic ini adalah belas ehsan En. Yimm dan jurugambar2 profesional & amatur PPS. mak tumpang sekaki jer. langsung tak keluarkan kamera mak yang murah itu. Dan, raya tahun ini semua beraya jauh jauh... Maap, tak dapat join gi rumah En. Yimm, En. Kamal &  Cik Mai - Perak. Ate mak kene join konvensyen kaunseling daa... 

Siri Beraya habis di sini. Ambil air kosong buang teh tarik...ambil yang jernih buang yang keruh la tu maksudnya..... Sekian, terima kasih.

~Adios!~


Wednesday, October 6, 2010

bukan salah ibu mengandung

Salam dan selamat sejahtera tetamu belog ini....

Di pagi yg indah berjerebu ini (dari penglihatan mata kasar cik apple hijau yg rabun ni ler...) mari lah kita renung dan fikirkan bersama2 perbualan dibawah ini ye.

Perbualan antara seorang anak bujang berusia 12 tahun dengan ibunya.

anak bujang : ibu, malam tadi kan kawan2 abang racing motor dekat *tuuutt tuuuuutt (nama tempat dirahsiakan)
ibu : lumba motor?
anak bujang : iyer bu. yang menang dapat RM 1000!
ibu : dapat RM 1000? macam mana boleh dapat RM 1000?
anak bujang : setiap orang yang nak masuk perlumbaan tu kene la bayar RM 100 dulu.  memang lah ada yg kalah, jatuh jatuh, luka luka, berdarah darah pun ada. Tapi sapa menang dapat RM 1000...

perbualan tidak terhenti di situ ate si ibu seorang kaunselor panjang lah soaljawabnya ngalahkan polis pencen. haha...tapi cik apple hijau buat sampai sini ajer la yer.

hmmm...budak berusia 12 tahun maksudnya tahun/darjah 6, kan?
rakan2nya yang berlumba pastinya seumur dan seusia dengan nya. Betul?
mempunyai sebuah motorsikal.
mempunyai wang sebanyak RM100.
perlumbaan pastinya diadakan pada waktu malam. tengah malam lebih tepat. Setuju?
apa lagi?
bagi mereka sakit ke jatuh ke motosikal rosak ke itu tak menjadi hal. yg penting dapat RM 1000.
budak2 umur sebegitu nak buat apa duit banyak banyak macam tu? banyak tu 1000!
anak anak ini berbangsa Melayu. kawan2nya juga pastinya sebangsa dengannya.

Cik apple hijau tidak mahu bercerita panjang. tidak mahu menyalahkan dan menuding jari pada ibu bapa, anak2 itu atau pun pada guru, masyarakat, pihak berkuasa dan sesiapa saja. bukan tidak mahu memperbetulkan yang salah. bukan mahu lepas tangan. tidak. tidak. dan tidak.

Semoga kisah ini memberi sedikit keinsafan dan kesedaran kepada kita semua yang bergelar ibu, bapa, abang, kakak, mak cik pak cik atau sesiapa saja. Renung dan fikirkan sejenak DI MANA SILAPNYA?

p/s: cik apple hijau ada 3 orang anak dara. Kata orang "Menjaga 10 ekor lembu lebih senang dari menjaga seorang anak perempuan" lebih kurang la...

~ADIOS!~

Tuesday, October 5, 2010

hai..apa kabar?

Lamanya tak mengetuk papan kekunci untuk membuat entri kat sini. Belog terchenta ini. Khonon!
Bukannya tak ader cerita. Ada. Banyak. hehehe...
Bukannya tak de mood. Ada. Banyak. errrr..mood boleh dikira ke?
Bukannya tak de masa. Ada. Banyak. 24jam tu Allah bagi sehari semalam pandai pandai lah adjust, kan?
Bukannya tak de semangat. Ada. Banyak. Kuuuuussss semangat! haha..

Alamak!!!
nampaknya terpaksa berhenti sini dulu. kepala PENING tiba tiba. dok tengok PC atas bawah atas bawah dari tadi. Time nak berbolog bolog pening pulak....sambung nanti la bila bila yer ... ~ADIOS!~

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...