Wednesday, October 6, 2010

bukan salah ibu mengandung

Salam dan selamat sejahtera tetamu belog ini....

Di pagi yg indah berjerebu ini (dari penglihatan mata kasar cik apple hijau yg rabun ni ler...) mari lah kita renung dan fikirkan bersama2 perbualan dibawah ini ye.

Perbualan antara seorang anak bujang berusia 12 tahun dengan ibunya.

anak bujang : ibu, malam tadi kan kawan2 abang racing motor dekat *tuuutt tuuuuutt (nama tempat dirahsiakan)
ibu : lumba motor?
anak bujang : iyer bu. yang menang dapat RM 1000!
ibu : dapat RM 1000? macam mana boleh dapat RM 1000?
anak bujang : setiap orang yang nak masuk perlumbaan tu kene la bayar RM 100 dulu.  memang lah ada yg kalah, jatuh jatuh, luka luka, berdarah darah pun ada. Tapi sapa menang dapat RM 1000...

perbualan tidak terhenti di situ ate si ibu seorang kaunselor panjang lah soaljawabnya ngalahkan polis pencen. haha...tapi cik apple hijau buat sampai sini ajer la yer.

hmmm...budak berusia 12 tahun maksudnya tahun/darjah 6, kan?
rakan2nya yang berlumba pastinya seumur dan seusia dengan nya. Betul?
mempunyai sebuah motorsikal.
mempunyai wang sebanyak RM100.
perlumbaan pastinya diadakan pada waktu malam. tengah malam lebih tepat. Setuju?
apa lagi?
bagi mereka sakit ke jatuh ke motosikal rosak ke itu tak menjadi hal. yg penting dapat RM 1000.
budak2 umur sebegitu nak buat apa duit banyak banyak macam tu? banyak tu 1000!
anak anak ini berbangsa Melayu. kawan2nya juga pastinya sebangsa dengannya.

Cik apple hijau tidak mahu bercerita panjang. tidak mahu menyalahkan dan menuding jari pada ibu bapa, anak2 itu atau pun pada guru, masyarakat, pihak berkuasa dan sesiapa saja. bukan tidak mahu memperbetulkan yang salah. bukan mahu lepas tangan. tidak. tidak. dan tidak.

Semoga kisah ini memberi sedikit keinsafan dan kesedaran kepada kita semua yang bergelar ibu, bapa, abang, kakak, mak cik pak cik atau sesiapa saja. Renung dan fikirkan sejenak DI MANA SILAPNYA?

p/s: cik apple hijau ada 3 orang anak dara. Kata orang "Menjaga 10 ekor lembu lebih senang dari menjaga seorang anak perempuan" lebih kurang la...

~ADIOS!~

2 comments:

Prince Halilintar said...

ish3x dak2 zaman skrg ni..mgkn parent turutkan saje kate ank2 tu..

3 dara cik apple hijau tu baik2..tgk la sape ibu die..hehe

apple hijau said...

budak2 zaman sekarang ni...ish3x...susah mau cerita.

3 dara tu....ish3x...seram jer...

kawan. oh. kawan.

Dalam dunia ni kita ada macam-macam jenis kawan. ada kawan menangis sama-sama. ada kawan makan sepinggan tidur sebantal. ada kawan yang ...