Wednesday, June 30, 2010

hai!

Hello....

Rasa macam lamanya tak hup-date blog terchenta ini...padahal baru 2 3 hari. hihihi... Ada 1001 macam rasa dan cerita nak dikongsi tapi...nanti lah! belum cari ayat ayat sesuai. Ye lah nyiah!nak tulis menda menda ni kene draft dulu macam nak draft surat bos. Hati pembaca nak kene jaga bak kata pepatah melayu "Cakap siang pandang pandang, cakap malam dengar dengar". Setuju? suka suka hati aku jer nak letak pepatah dan peribahasa ni, ntah releven ntah idak??

p/s: cik apple hijau ada banyak misi yang perlu diselesaikan. lain kali cik apple hijau sembang lagi ye! mission impossible ke cik apple hijau oiiii???

~Adios!~

Monday, June 28, 2010

cont'd..

Aku ingin bangun dari mimpi yang lama. Lama sekali…
Aku ingin berjaya seperti dia, dia dan dia….
Aku juga ingin mengecapi kepuasan dalam hidup yang sementara ini…
AKu ingin menebus kekalahan ku dulu lewati…

Adakah waktu lagi untuk aku?
Adakan keberanian itu milik aku?
Adakah malu itu akan terus membontoti aku?
Adakah ini hanya angan angan yang akan hilang ditelan masa. Lagi?

Bukan aku tidak berjaya. Berjaya yang setakat begitu begitu saja.
Bukan aku tidak bahagia. Bahagia dikelilingi keluarga dan rakan rakan saja.
Bukan juga aku tidak gembira. Gembira pada perkara biasa biasa saja.
Bukan aku tidak bersyukur. Bukan. Bukan. Bukan.

Akan berjayakah aku??


p/s: keazaman, cita cita dan impian itu tidak perlu diperagakan. Biarkan ia berada dalam hati dan minda. Semoga Allah merestui. Amin!


~Adios!~

Keyakinan!

*Sambungan dari ‘Apa yang perlu ada pada seorang blogger’. Isi kandungnya amatlah tidak sesuai untuk entri yang bertajuk sedemikian. Disebabkan blog ini ana yang punya....sukahati analah mau letak tajuk dan cerita apa..


Keberanian itu amat penting. Kalau takut sampai bila pun kita tidak akan ke mana mana! Takut di sini bukanlah seperti kita takut pada hantu jembalang atau pencuri perompak. Bukan juga takut akan polis bila berbuat salah. Takut di sini aku definisikan sebagai rasa tidak yakin, malu, segan, silu, atau apa saja yang seumpamanya. Perkara inilah yang akan membantutkan segala cita cita dan impian. Mungkin sudah lumrah, sikap dan sifat pemalu, penyegan dan penyilu itu adalah sikap segelintir orang orang Melayu. Huh!

Aku sering gagal. Aku sering kehilangan. Aku juga sering kalah! kerana sikap dan sifat ini. Malu. Segan. Silu. Sering melepaskan peluang yang ada didepan mata. Akhirnya aku juga yang gigit jari. Terkebil kebil melihat kejayaan, kebahagiaan, kegembiraan orang lain yang berani merebut peluang tanpa rasa malu, segan dan silu! Takut tidak tentu pasal! Sungguh. Aku begitu.

Self confident! Itu lah sebenarnya yang aku ingin katakan. Adakah sikap dan sifat ini perlu dididik? Perlu dilatih? Perlu dibina oleh ibu bapa, guru dan sebagainya? Atau… ia memang sudah ada dalam diri sejak azali? Cuma, kita(merujuk kepada aku) yang tidak pernah mahu cuba mempraktikkannya? Takut pada bayang bayang sendiri!

p/s: aku tidak mahu berada dalam kekaburan lagi…meskipun pandangan ku memang kabur…hihihihi
To be continued…

~Adios!~

Sunday, June 27, 2010

Imej baru.


Di suatu petang Sabtu yang redup.

Ummi : Adik, adik tak nak ikat rambut ye. Nanti babah balik, suruh babah potong rambut nak?
Adik : nak nak...yeyeah! nak otong abut...(biasalah....pelat). Kakak, kakak, baby nak otong abut...sambil meloncat loncat kegembiraan..(kecoh betul anak kecik ummi ni)

Selalunya bila cakap potong rambut terus geleng kepala dan jerit jerit kata tak nak. Tak tahulah mimpi apa terus setuju. Dan bila babah balik terus dia menagih janjinya.

Maka, selepas asar...operasi bermula dan hasilnya....


Senyum senyum...eh dia basah lagi!

Leka menonton The Chipmunks.

Comotnya adik ni!
dan setiap kali ummi snap gambarnya dia berbaju merah. I love red giant!hikhik..

Ummi terus memuji muji rambut barunya yang pendek itu sebab takut dia demam atau menangis tak boleh tidur. Kerana...suatu waktu dahulu ummi begitu..huhu!

p/s: teringat arwah abah la pulak...huk huk huk.

~Adios!~




Apa yang perlu ada pada seorang blogger

Seperti yang dijanjikan.

Skima jer tajuk entri kali ni. Tak kisah lah…
1. PC/laptop*/notebook dan yang sewaktunya.
2. Kamera*/telefin bimbit yg boleh ambik gambar tu pun boleh…
3. Ilmu/idea/bahan cerita – cari maklumat sebelum menulis. Google kan ada. Lepas tu pandai pandai korang lah nak goreng pembaca macam mana.. Guna kan skill yang ada.

Tiga perkara di atas ini memang benda basic yang perlu ada. Orang tak abis sekolah pun tau. Jadi, apa menjadi perkara utamanya??

Ini bukan lah perkara besar bagi sesetengah orang. Tapi bagi aku ini amat penting.

4. Berani (Sikap malu itu perlu di kikis!)

*jeng jeng jeng part 2 – akan tiba tidak lama lagi.
Entri bersambung… dengan tajuk berbeza.

~Adios!~

Thursday, June 24, 2010

relax kan minda anda

Mari kita nyanyi sama sama lagu yang happening ni. Release release kan minda anda yang berserabut tu walaupun hari ni 24 Jun hari menuai bagi orang orang gomen. huhu!



nak lirik ke? tak payah lah... kalu nak jugak carik la sendiri yer...

TQ untuk c.Sue & love U!

p/s: kepala korang ke kepala aku yang berserabut?

~Adios!~

Wednesday, June 23, 2010

fikir fikirkan.

melihat orang di sekeliling. pasti hati berkata kata.
dari mata turun ke hati, dari hati terzahirlah kata kata.
kata-kata itu lah yang selalu menjadi mainan kita.
jadikan ikhtibar dari apa yg kita lafazkan.
belajar dari kesalahan orang lain. menuntut ilmu dari pengalaman orang lain.
kadangkala kisah orang lain boleh menginsafkan dan mendidik kita ke jalan yang lebih ikhlas.
lontari yang buruk warisi yang indah. itu lebih baik dari kita mendiamkan diri, bermain dengan hati dan perasaan sendiri, hingga merana diri! terkongkong hati dan nurani. jiwa mati!


p/s : membuat ketupat itu lebih baik dari mengumpat biarpun mengumpat itu lebih senang dari membuat ketupat... huhu!



~Adios!~

1st LOVE atau PUPPY love?

Anda pernah mengalaminya?

1st love!

Anda berjayakah dengan 1st love anda itu?

Pada sesetengah orang 1st love amat membahagiakan.

Betul ke?

Di pihak yang lain pula 1st love amat menyakitkan.

Entahlah!

Ataupun sebenarnya itu semua bukan 1st love tetapi itu hanyalah puppy love?

hmmmmm.... i dont know!

~Adios!~

Ummi,cuti sekolah ni kita balik kampung tak?


Huh? kenapolah anak anak den suko bonar nanyo soklan gini bila tibo eh cuti sekolah atau cuti yang panjang?? Nak tahu apo jawapan omak ae? Tak...babah keje tak boleh cuti. Padahal omak ae yang tak mau. hihihi..diorg tak tau kemarin berlinangan air mato den ni hah kalau diajak balik kampung! Muncung eh sebatu! Ponek balik kampung ni heh!

Apo apo pun korang layanzz la yo...apo yg ado kek ghumah MIL den ni hah...

Ini bukan kek dalam hutan yo. Nanti den zoom kasi dokek.

Dari pandangan tepi.

Hah!Inilah tompek ae di mana anak anak den menjalankan aktiviti aktiviti mengasah bakat panjat memanjat.

Koleksi pokok pokok bunga orkid kesayangan omak mertuo den.

Jangan diusik! Pot pet pot pet mulut dio nanti sampae ke malam kalau bungo dio ado yang losap!

Tak do kojo lain agak ae omak mertuo den ni...nanam bungo manjang.

Bungo matahari ae dah berkombang....suko bonar la tu.

Pokok dan buah betik. Pasu pocah pun ado tu ha...

Buah rambutan ni belom masak laie. Tunggulah sebulan duo laie yo...tu suruh cucu cucu dio balik kampung laie la tu...

Yang ini kalau tak tau buah apo...den tak tau la... Pasal rajo buah ni nanti den cerito kek entri lain pulak lah yo.

Itulah serba sedikit yang ado disekitar ghumah omak mertuo den. Bagi den tak do istimewa ae kek kampung. Samo macam kek kampung den yo cumo ae kek sano tu banyak bonar pokok kelapa sawit eh. Tapi itulah heh budak budak... 

p/s: yang aku ni dok cakap loghat nogori apasal pulak...sobab eh den tak roti cakap loghat pahang!heheh.
 
~Adios!~

Tuesday, June 22, 2010

kawin kawin @ cuti sekolah @ kampung


Lagi. Kisah kawin kawin @ cuti sekolah @ kampung. hehehe...layanzzz jer ler...


Dari jauh ku lihat cantik sungguh pelamin ini. Ku fikirkan mawar merah putih segar, rupa rupanya pelesu! Tertifu mak, nyiaaah!

Hah!nampak tak kawan mak tu? hikhik...ala yang tengah syok berkipas dengan gaya lentuk gemalai tu... tu namanya pak andam.
guest : Hei... Deris, apasal kau jadi gini Deris?
Deris : Syyyyy...jgnlah cakap kuat kuat. Jgnlah panggil aku Deris. Nama aku Mas la... (dengan gaya gedix gedix nye iteewww)
guest : hah?  Deris...Deris...
big apple : hahahahhaha...

Lauk pengantin. Biasalah nyiah kat kampung masih lagi guna cucuk itu cucuk ini mana ada set pinggan mangkuk Queen Anne Queen Anne tu de...

Tok Ngah (kemeja kuning kiri) dan konco konco nya. Diimport khas dari Simpang Pelangai. Agaknya kalau big apple tak berhijrah ke kotaraya dia pun join d club. Tapi, kalau big apple tak berhijrah....hihihihihi...

hmmmm...macamana lah majlis kawin ecah nanti??

Dibawah sinaran mentari tengahari nan panas terik...anak dara ini berposing di cerunan pulak tu. Sukahati kau lah kakak... Tetiba plak kat kampung tak nak pakai baju kurung. Penat ummi jer ngangkut dari Meru.

Dengan asyik mahsyuk nyer mengerjakan telur dari rumah pengantin. Habis satu rumah bau telur tau baby!

Habis lah sudah episode kawin kawin @ cuti sekolah ni....korang yang bujang bujang ni boleh tak kalau nak buat kenduri kawin tu jangan musim cuti sekolah? heh!susah nak 'e-jah' masa seh... (suka suka hati aku jer).

~Adios!~

Bidadari bidadari ku


Hahahha...melampau tak tajuk entri ni untuk my3princess?











Ada sesapa yang nak jadikan menantu?atau calon isteri? hehehehe...boleh isi borang dari sekarang ye.

Bidadari bidadari ini akan diasuh menjadi bidadari yang penuh dengan ciri ciri ketimuran, pandai mengaji dan juga dalam hal ehwal agama Islam, bab masak memasak akan dilatih sendiri oleh bapa tersayang, menjahit dan mengemas, menghias rumah akan dicontohi dari ummi terchenta, bijak dalam pelajaran (kurang kurang ada degree) dan menjadi melayu yang tidak mudah lupa!

moral of the story: Ibubapa mana yang tidak mahu melihat anak2nya berjaya dalam hidup dan kerjaya. Setiap waktu mendoakan agar keselamatan, keberkatan hidup dan kesenangan mengiringi perjalanan anak2 tersayang.  Kasih ibu membawa ke syurga, Kasih bapa berkorban nyawa...hukhuk..macam cerita sedih P.Ramlee pulak!

~Adios!~

Monday, June 21, 2010

lifeguard n 3princess part 2


Layanzzz gambar tanpa kata kata. Lagi. Mood belum sampai 100%.

Lifeguard yang ini bukan saja kene bertugas di pantai dan swimming pool. Kat playground pun kene bertugas juga. Kalau tidak...bulat mata 'mem' nanti.

 
Lifeguard membawa selipar littleprincess. Lap U laling! hihi..

Lifeguard yang tudung hitam tu tak boleh pakai. Curi tulang.





Lifeguard kene excersize sebab nanti tak larat nak kejar 3princess tu. Khonon! berenang tak sampai 50m dah semput Laling ni. heh!

The End.

~Adios!~

Buai ku Laju....

Pohon beringin, tegaknya tinggi,
Kalau rendah, menyapu bumi,
Penghibur aku, menolong aku,
Bertiuplah oh angin bayu,
Laju-laju, Buaiku laju,
Akulah anak, yatim piatu.

Laju, laju, Buaiku laju.
Pohon beringin, daunnya rendang,
Akar berjalur cecah kebumi,
Hatiku ingin, hidup gemilang,
Nasib malang, suratan diri,
Hidup aku, tidak beribu,
Akulah anak, yatim piatu.

Laju,laju, Buaiku laju...
buailah buailah
Aku nak kawin dengan anak raja...
buailah...

Lagu sedih tapi dia boleh sengih sengih pulak!hehe..enjoy!

~Adios!~

Sunday, June 20, 2010

liveguard n 3princess part 1


Boleh tak kalau korang layanzzz jer sendrik sendrik. Kemalasan untuk menaip sudah melanda diri.








I'm sleepy babah...

Babah...kokong! Baby tired.


Iman terlebih telan air masin. Perut dah sama macam perut babah. hahaha...sorry laling!

to be continued...
~Adios!~


kawan. oh. kawan.

Dalam dunia ni kita ada macam-macam jenis kawan. ada kawan menangis sama-sama. ada kawan makan sepinggan tidur sebantal. ada kawan yang ...