Thursday, December 13, 2012

malas nak bercakap


Diam seribu bahasa.
sejak kebelakangan ini rasa sangat malas nak bercakap.
i prefer untuk diam saja. itu lebih baik.
daripada i cakap yang boleh menyakitkan lebih baik diam saja.

dulu, saya pernah 'serumah' dengan rakan2 yang masing2 diam. tak bercakap sesama diorang pun. masing2 buat hal masing2. bukan bergaduh. cuma tak bercakap. tak bercerita. tak de gelak2. mula2 tu rasa pelik. lain macam. sebab saya bukan orang yang boleh diam seribu bahasa. mesti nak bercakap. nak mengomel. tapi dah dapat rakan 'serumah' yang begitu layan jer la kan...what else i can do. tapi lama2 rasa selesa pulak bila banyak diam. mengelak kan dosa pun iya juga..keh keh keh..

sekarang? heheheheh saya pulak yang malas nak bercakap. buat hal sendiri. kalau boleh nak duduk sendiri. it's more privacy and i'm free to do what i want. tapi apakan daya tak mampu bayar rumah sewa sendiri sendiri giteww...huhuhu...eh? tak waras ke aku ni tak nak bercakap sampai nak dok sorang2?heeeee....

******

minggu2 terakhir sebelum sekolah bermula. anak2 join aktiviti surau kawasan rumah. 3 hari dari jam 9:00am - 12:30noon jer pun. cuti sekolah yang lepas2 3 princess tak pernah berkesempatan join aktiviti2 surau tu sebab ada saja hal lain. Alhamdulillah cuti kali ini dapatlah pergi. itu pun sebenarnya kene paksa dengan nenek!

litle princess cukup excited. dia memang dah tak sabar nak kembali ke sekolah. asyik bertanya bila nak sekolah. nak jumpa cikgu. nak jumpa kawan2. huh! anak seorang ni memang la....
hari2 la ummi call tanya macam mana aktiviti? buat apa? seronok tak? makan apa? ramai kawan tak? baju pakai elok2. kemas2. comel2 jangan comot2. hiiiish..ummi pulak yang hover.

dan hari ni last day ada perarakan katanya. dari mana sampai mana pun ummi tak tahu. but the end of the story perarakan tu ada kaitan dengan Save GAZA! sangat teruja mereka bertiga bercerita dengan ummi siang tadi. sambung lagi malam ni. Alhamdulillah anak2 se kecil itu sudah didedahkan sudah tahu about GAZA, Palestin, Israel. and of course they are proud to be a part and help walaupun hanya dengan aktiviti kecil2an. anak2 kecil pun tahu pasal GAZA tapi ada juga orang dewasa yang tidak alert pasal isu ini.

moral of the story: tak daya membantu dengan kudrat 4 kerat membantu dalam diam pun memadai. diam itu pula bukan sembarangan diam. diam mulutnya tapi hati tidak pernah lupa untuk mendoakan saudara seIslam....

sekian. Wassalam.

p/s: tak sabar nak balik esok...Ya Allah selamatkanlah kami semua. Ameen...


Sunday, December 2, 2012

disember datang lagi, semoga saya kuat!


cuti saya dah abis sebaik saje saya menghidupkan enjin kereta pada jam 2.15petang tadi. perjalanan dari klang ke melaka tidak lah jauh mana tapi penatlah juga. sedih tetap ada walaupun dah setahun saya mengharungi situasi yang sama saban minggu. setiap jumaat habis je kelas saya akan rushing balik ke klang. pagi pagi buta hari isnin saya sama laju dan sibuknya memandu ke melaka macam orang nak pergi kerja je gayanya. rakan2 'serumah' saya yang lepas memang sedia maklum hari ahad dan isnin adalah hari 'mata merah' bagi saya...ha ha ha.

kesian anak2 kene tinggal lebih2 lagi time cuti sekolah.. hmmmm....tapi kadang2 saya terfikir juga...ada juga ibu bapa yang sibuk bekerja dari pagi hingga malam dan tak jumpa anak2 pun...sibuk mencari RM RM RM...senang cakap pegi bulan balik bulan (anak2 belum bangun tido dah pegi kerja, anak dah tido baru balik rumah) ramai je yang macam tu di luar sana. hujung minggu pula sibuk main golf! yang membezakan mereka ni fulusnya menimbun2 sedangkan saya??...hu hu hu.

rasa rindu pula dengan rakan2 sekerja. cuti hari tu sekali jer saya menjenguk ofis. huh!bizi benar saya ni kan sampai nak jenguk rakan2 dan bos yang jauhnya cuma 15minit tu pun tak terpergi pergi. biasalah kerja rumah memang tak pernah abis. alasan! saya memang rindu rakan2 sekerja saya semua juga rakan2 di PPS tapi malangnya saya tak pernah rindu nak kembali bertugas semula!walaupun dugaan saya di sini sangat-sangat menggugat kesabaran dan kekuatan saya. sungguh tidak patut saya ni kan...ish ish ish.
  
Eh! apa sebenarnya yang saya nak cerita tadi ye? macam dah lari tajuk plak...maafkan la saya ye. halmaklum la lama tak berbelog...he he he.

sampai jumpa lagi...salam sayang dari persisiran selat melaka

p/s: kes pujuk hati sendiri & semoga saya kuat :(

Saturday, October 27, 2012

sebuah pengorbanan

salam

Salam Edul Adha untuk semua...

atau lebih dikenali sebagai hari raya haji. paling popular hari raya korban.
Istilah 'korban' itu sangat menarik perhatian saya.

korban.
berkorban.
pengorbanan.
terkorban.

memang mudah dilafazkan. macam kita makan gula-gula. manisnya akan terasa kalau gula-gula sudah berada dalam mulut.
selagi kita tidak diduga untuk sesuatu yang dipanggil 'korban' selagi itulah kita tidak akan faham maksud sebenarnya. korban itu sangat sinonim dengan sedih, sayu, airmata dan seumpamanya. Ubatnya cuma sabar dan doa.

kepada semua yang pernah atau sedang merasai sesuatu yang difikirkan sebagai korban, kuatkan semangat! tulus dan telus menghadapinya. kemanisan akan dirasai jua nanti. InsyaAllah.
kepada yang menjalankan ibadah korban (kibasy/kambing, lembu, unta) tahniah! semoga diterima Allah swt.
kepada yang balik kampung berhati-hati dijalanraya, awas jalan licin! semoga selamat sampai ke destinasi. Ameen.

p/s: "ummi....boleh tak kalau ummi tak payah balik melaka...." sob sob sob... :(


salam sayang dari kampung di pinggiran bandar     

Monday, October 8, 2012

suka suka hati

Salam semua...

apa agaknya mimpi makcik ni tetiba meng'update' blog...(makcik? yeah...i'm getting old and old and old..haha)
bukan la...ni release tension namanya..ate makcik baru abih exam paper BBM gitew...huhu. ada lagi 2 paper nak oiiii... nak cerita sikit pasal paper bbm ni...ate soklan mintak tulis karangan 450 patah perkataan tapi makcik dah terlebih lebih pulak sampai 900 patah perkataan wei... itu namanya syok sendiri ye anak anak... jangan ditiru aksi tersebut ye.

al-kekdahnya sebenornya udah lame bebenor makcik ni nak update belog tapi disebabkan punya lah lame tidak dibukanya menda ni tetiba makcik lupa cara-cara nak meng'update'... pulak??...
minggu dulu jenuhlah makcik menggodeh-godeh menda ni khonon nak tukar lagu...menjadilah juga... tu kuar lagu faizal tahir tu
lepah tu makcik cuba nak ubah apa ke name benda alah ni...background...udah tak menjadi kome...haih...
sampai lah la ni tak bertukar-tukar lagi...
nampak gayanya memang tak ubah la background ni sampai makcik jumpa sifu makcik tu....hmmmm....

ate sebenornya makcik ni memang teruja nak exam... pasal apa..lepas exam kan ada cuti sem...ha ha
walaupun sem ni cuti tak lama tapi kira ok la tu nak duduk diam-diam kat rumah layan anak2 sekolah plak...(musykil...boleh caya ke duk rumah diam-diam?)he he he...

udah la ye...makcik nak bukak buku OMT182 pulak.. kalau tak baca apa pulak la makcik nak buat dalam dewan 3 jam nanti nak oiii...

p/s: why i call myself as makcik? yessss...sudah tersedar dari lamunan yang panjang....huhu.. later la i story.. (itu tandanya belog ni tak akan sunyi sepi lagi atau apa????)

salam sayang dari persisiran selat melaka...

Monday, July 23, 2012

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan untuk semua!

Semoga Ramadhan kali ini akan lebih mendekatkan kita semua dengan Yang Maha Pencipta lagi Maha Agong.

Lebih sabar menghadapi ujian...(yang ni lebih kepada diri sendiri)

Ameen...

p/s: pertama kali puasa berjauhan dari keluarga. uwaaaaaa.....nak balik!!!!!

Tuesday, June 19, 2012

terima kasih, kawan!


Dalam keadaan blogger yang emosinya selalu tidak tenteram, bercelaru...
Dalam keadaan blogger yang terpaksa berebut2 masanya dengan kelas pagi, petang, malam...
lecturer and assignment,
membuatkan keadaan blog yang agak suam-suam kuku ini semakin hampir beku....
masih ada insan2/blogger lain yang sudi menjadi follower...
huh! terharu.
sungguh terharu dan sangat berterima kasih di atas sokongan anda.

saya masih berjalan2 membaca beberapa blog rakan2 cuma tidak mampu meninggalkan jejak.
sekadar membaca hasil nukilan rakan2 sekelian.
nantilah, andai keadaan sudah semakin baik dan baik (mungkin kah?untuk tempoh 2 tahun ini mungkin tidak)
InsyaAllah saya akan kembali aktif and talkative (eh?) hehehhehehhehehe...

hanya saya mohon rakan2 mendoakan agar
semoga hati saya kuat dan tabah di perantauan (jauh la sangat)
semoga diberi
1#kesihatan emosi - agar saya boleh mengawal kerinduan terhadap anak2 saya dan permasalahan yg selalu saja datang menepek;
2#kesihatan mental - boleh mengingati satu persatu pelajaran saya dan melawan aroma2 jahat;
3#kesihatan fizikal - supaya saya mampu travel setiap hujung minggu;dan
4#kesihatan kewangan - ulang alik setiap minggu...uwaaaaa..poket ku selalu robek!
semoga saya berjaya dalam pelajaran,Dean List setiap semester...hu3
semoga kita semua sentiasa diberkati Allah Yg Maha Esa! Ameeen...
 
TERIMA KASIH WAHAI KAWAN!

p/s: ku rindu kamu semua...rindu diri sendiri juga...

Tuesday, June 12, 2012

bikin hati wa makin sedih...

ummi : tiba2 teringat kat budak comel la

babah : ...semalam adik ambik baju ummi di cium2, sedapnya bau ummi...ecah sayang dan rindu ummi katanya...jangan nangis ya...ini betul2 kejadian bukan cobaan

ummi : uwaaaaa.....nak balikkkk!!!!!

babah : sabar2, dua hari je lagi

*budak comel = ecah. sebab dia sangat comel bila berbaju sekolah dan bertudung...sob2

Monday, June 11, 2012

ingin

ingin sekali ku bercerita
seperti dulu-dulu
ingin sekali ku berkongsi
seperti selalu
ingin sekali ku bersamamu
seperti waktu itu 

'mereka' begitu mengunci ku

p/s: maafkanlah saya ye..

Saturday, March 10, 2012

aku yang selalu lupa :(

salam...


"sesungguhnya janji Allah memang benar. apa yg pernah kita minta suatu ketika dulu rupanya sudah termakbul. sedarkah kita? maka mintalah lagi dariNya, kerana Dia suka kita meminta-minta dariNya."

kata2 ini di'post' oleh salah seorang anak buah saya di FB. membuatkan saya berfikir sejenak.
benar! sungguh benar!

dan ketika ini saya terkenangkan seorang kenalan saya, Ila (memang nama sebenar). dengan takdir Allah saya diketemukan dengan Ila pada hari2 terakhir MDS hujung bulan November yang lalu.  Perbualan singkat itu membuatkan saya tersedar dari kealpaan dan kesedihan. kata2nya  memberi kekuatan kepada saya juga membuatkan hati saya sedikit lega. lega banyak sebenarnya...ngeh3x

antara kata-kata Ila kepada saya...
"akak bertuah, akak dah dapat semua apa yang akak nak. akak sudah bekerja, sudah berkahwin, ada keluarga, dapat belajar lagi....walaupun lambat tapi akak  dah ada semua tu. tak perlu risau macam kami semua ni...saya ni nak dapat kerja pun susah. tu pasal saya apply belajar kat sini..." (saya dah tak berapa ingat sangat patah2 kata asal tapi lebih kurang beginilah ayat dan maksudnya..hehe)

ya. sepatutnya saya lebih bersyukur kerana apa yang saya hajati dan impikan memang telah Allah swt tunaikan. bila saya kenang-kenangkan memang semua yang saya hajati samada secara langsung dan tidak langsung sudah termakbul. cuma saya saje yang tidak sedar. lebih tepat tidak bersyukur! Oh Tuhan...

kadang2 saya rasa sangat malu kerana selalu dan kerap meminta sedangkan saya seringkali melupakan Nya. tapi pada siapa lagi harus kita meminta2 kalau bukan dari Dia?

**********************
tetiba hilang idea.

terkenangkan final exam isnin depan 1st paper tak abis lagi buat revision. rakan2 belog sekelian, mohon doakan kejayaan saya eh. semoga dipermudahkan Allah segala urusan. Ameen... (selalu mohon straight A's, cgpa 3.5 and anugerah dekan..tapi bila tengok carrymarks...macam...susah je.huhuhu!) apa2 pun itu Allah punya kuasa. kan? kan? kan? (pujuk hati :P)

nak sambung sikit pasal Ila. sungguh sedih sekali Ila telah meninggalkan saya dan institusi ini. Ila tidak kuat mengharungi cabaran di sini. pertemuan terakhir kami sudah terlewat kerana dia telah menarik diri terlebih dahulu sebelum saya memujuknya. masa itu saya sibuk dengan test dan assignment tak sempat nak jumpa Ila.

namun, beberapa minit selepas pertemua akhir itu...
"kak, Ila menyesal quit.." - sms

kesian Ila...tapi, apakan daya...bak lagu shidee (penyanyi zaman i mudo2 dulu) sayang semuanya sudah terlambat.. kad matrik pun dah kene tarik. abih camno? walau apa pun saya sentiasa mendoakan kesejahteraan Ila semoga dia mendapat pekerjaan yang sesuai dengannya. abis exam nanti akan saya hubungi dia. :D

moral of the story? carik sendiri ye...

salam sayang...dari bilik no. 2006 :)

Friday, January 20, 2012

alahai anak

Salam

beberapa hari yang lalu....

assalamualaikum...
waalaikum salam...
hari ni ecah sekolah tak mak?
suara dihujung talian bersuara lain macam
tu la...tadi dia mengamuk. tak nak pegi sekolah. mak pujuk pelan2...
kenapa dia tak nak pegi sekolah? ada kerja sekolah tak siap ke?
suara emak dikejauhan itu bersuara lain macam lagi
dia nak ummi yang hantar
saat itu...hati ku seperti direntap! sayu dan pilu...
alahai anak...kalau lah ummi mampu terbang saat itu...
apa yang mampu dilakukan hanyalah...
Ya Tuhan, berikan ku kekuatan Ya Rabb!
abis tu macamana?
dah pujuk2 baru lah nak gi sekolah tapi dia nak nenek (mak) yang hantar
owh...tak ape lah
tak terkata apa dah


wajah sekecil pada hari pertama persekolahannya.

adik sekolah elok-elok ye...jangan nakal2 ye...
kakak2 sekolah,adik sekolah, ummi pun kene pegi sekolah. 
sekolah ummi jauh. jumaat petang nanti ummi balik lagi ye.
ayat pujuk anak dan juga pujuk hati sendiri.. :(

salam dari persisiran selat....

Sunday, January 15, 2012

Salam


Maafkan aku
tidak pernah aku melupakan mu
keadaan sungguh tidak mengizinkan

Maafkan aku
bukan aku sengaja meninggalkan mu
situasi begitu tidakbersesuaian

begitu banyaknya airmata
begitu besarnya pengorbanan
semoga Allah memberikan aku kekuatan
semoga Dia memberikan aku ketabahan
semoga Yang Agung sentiasa menjadi pendampingku

di sini
di daerah asing
hati ku meruntun
sepi
sayu
berteman sedu....

*sahabat, tolong doakan ku di sini...TQ. :(

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...