Monday, August 30, 2010

lagu raya...lagu raya...lagu raya apa???

Puasa ada 10 hari lagi. Hari tu janji ngan Prince Halilintar nak letak lagu raya kat belog cik apple hijau ni seminggu sebelum raya. Tapi.... nak letak lagu apa ni? any idea??

Tak jadi lah nak letak lagu raya yang sedih pilu syahdu syahdan tu. Hari Raya kan untuk kita semua bersenang senangkan hati setelah berjaya menjalankan ibadah puasa dan melawan nafsu. Tak kan nak letak lagu meratap ratap pulak di hari yang kita dituntut untuk bergumbira. kan?kan?kan?

Nak letak lagu apa ni weh???

~Adios!~

Sunday, August 29, 2010

dugaan Ramadhan # 1

Salam diambang kemerdekaan untuk semua...

Rasanya ini kali ke-2 hari kemerdekaan disambut pada bulan Ramadhan. Dan, Ramadhan sudah pun hari yang ke-20. Ada 10 hari lagi harus di harung. Alhamdulillah walaupun Ramadhan ini penuh dengan dugaan cik apple hijau masih lagi diberi kudrat untuk menjalankan ibadah ini. Bila lah nak sembuh ni??...

Tu sebabnya cik apple hijau suka sangat dengan lagu Raihan ni. Bait bait lirik macam...

"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna"

"Tuhan pimpinlah daku yang lemah "

"Mengharungi segalanya dengan sabar "
 
peeeergghhh...menusuk kalbu. Makin kita berharap dan berdoa makin kuat pulak dugaan Allah. Dugaan kesihatan, dugaan pekerjaan, dugaan dengan perangai manusia manusia yang mencabar kesabaran, dugaan itu, dugaan ini. fuuuuh! Ye laaaa...kalau tak de dugaan asik happy, sihat jer tak syok pulak hidup ni,kan? Allah sayang tu yang bagi sakit tu. (pujuk diri sendiri sebenar nya ni)
 
aku rasa alam ni berpusing pusing sejak pagi. pulaaak..
 
to be continued...
 
~Adios!~

Monday, August 23, 2010

bila bohsan

Salam semua...

i'm not in the mood. betul betul not in the mood. not in the mood to talking and writing. dalam keadaan yang tidak sihat semua nya jadi tak syok. dan, menjadikan semuanya bohsan. selalunya...bila bohsan cik apple hijau akan jumpa kawan kawan di SINI ataupun jumpa geng geng di SITU ataupun akan merayau ke tempat Cik Sue untuk bercakap cakap dengan Gorgon.

Tapi, hari ni....hukhukhuk sedih sob sob GORGON IS GONE. Gorgon dah tak de! semoga rohnya di cucuri rahmat. Amin...tak boleh nak cerita dan luah perasaan ngan Gorgon lagi. dah lama tak jumpa Gorgon. ye la, minggu lepas kan cik apple hijau MC. kesibukan (sibuk la sangat..) membuatkan cik apple hijau tak menjenguk jenguk nya. Al-Fatihah untuk Gorgon. Pergi mu tiada pengganti.

Gorgon dah meninggal.....


....meninggal kan aquarium kaca yang besar itewww..
...meninggal kan cik Sue nya...
...meninggal kan sahabat2 'baik'nya si burn dan adik burn
Gorgon si udang... udang apa erk? udang galah? udang harimau?apa apa ajer la.

p/s: kecoh lah kau nyiah. udang mati pun masuk belog? kan aku dah kata aku ni tengah bohsan! bohsan! tau tak? eh, bohsan bukan sebab takde keje, malas nak buat aje..hihi 

~Adios!~

Sunday, August 22, 2010

harapan dan doa ku...


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
~Adios!~

Tuesday, August 17, 2010

tidak beradab

Salam pagi rabu yang dingin membeku...

Pagi yang sejuk. Tengahari...tidak tahu lagi. hmmmm...apa punya intro lah. Sebenarnya aku tidak berniat untuk menaip entri hari ini. Cadangnya hari ini ingin melayari web2 automobil yang dah lama aku tinggalkan. Tapi insiden insiden orang tidak beradap memanggil manggil aku untuk menaip dengan pantas. (sementara idea masih ada).

Masa aku kecik kecik dulu ada satu subjek kat sekolah agama ustazah ajar iaitu subjek ADAB.  Dari adab makan ke adab masuk masjid ke adab dalam kelas @ pejabat juga adab masuk tandas. Segala macam adab ada. Dewasa ini aku lihat ramai yang tidak beradab. Contoh yang selalu kita lihat dijalan raya ialah potong que. But, no no no...aku bukan nak cerita pasal pemandu pemandu jalan raya di malaysia ni yang kebanyakan nya SENGAL!

Yang aku nak cerita ialah orang yang suka potong que orang lain. Contoh: Aku sedang bercakap dengan B. Tetiba datang C terus bercakap dengan B. Tak de salam tak de signal dan tanpa mengambil kira aku yang tengah bercakap dengan B. Sungguh kurang sopan dan kurang ajar bagi aku. (Bukan menyampuk. Aku tau bezakan antara potong que dengan menyampuk. Menyampuk pun kira tak beradab sebenarnya).

Begitu juga ketika sedang engaged di telifon. Dengan selambanya dia datang dan bertanya macam macam. Hello Cik Kak, tak nampak ke orang tengah bercakap di telifon? Bukan setakat kuli kuli batak yang tidak beradab, bos bos yang bossy pun begitu. Belajar tinggi tinggi tapi tak de ADAB!

It's simple man, dalam ofis kita hanya perlu mengamalkan adab bekerja bukan kene ada macam macam benda nak buat macam nak masuk masjid solat sunat iktikaf bagai. Belajarlah menghormati orang lain InsyaAllah orang juga akan menghormati kita. Susah sangat ker? Kalau lah aku jumpa balik buku tu memang aku dah fotocopy dan bagi kat semua orang! Tak kiralah diorang pandai baca jawi ke tidak, aku bagi jugak. huhu...

p/s: Ini hanyalah luahan rasa yang tidak puas hati yang dah lama di pendam juga setelah memerhati tingkah laku orang sekeliling.

~Adios!~

ku diserang rasa dot dot dot

Salam bermalas malasan di bulan yang mulia ini...

Cik apple hijau pun dah diserang penyakit Malas ni. Malas nak gi opis. Malas nak buat kerje. Malas nak berlawa lawaan (eh ada ker perkataan ni?) Malas nak kemas rumah. Malas nak masak (masak sahur apatah lagi). Malas nak gi komplex2 beli dan blah. Malas nak bukak FB. Malas nak itu. Malas nak ini. Malas serba serbi.

Hai anak Adam...apalah engkau ni! Ingat la pada 5 perkara sebelum datang 5 perkara.

1. Sihat sebelum sakit

2. Muda sebelum tua

3. Kaya sebelum miskin

4. Lapang sebelum sempit

5. Hidup sebelum mati.

Jadi, moral of the story: buat lah benda berfaedah sementara ada masa free. Sok dah suntuk...tak dapek den nolong do menyosal tak sudah.
 
~Adios!~

Monday, August 16, 2010

Gaji Nan 1! Siri Beraya # 1

Alhamdulillah, syukur kepada Allah, sudah 6 hari kita berpuasa. sudah hampir seminggu rupanya kita menjalankan ibadah ini. Pejam celik pejam celik tup tup takbir bergema. hahahaha....hangan hangan!baru 6 hari dek non! ada lagi 24 hari lagi.

Seperti biasa bila nak raya ni macam macam benda yang terlintas kat kepala ni. nak beli itu. nak beli ini. lagi lagi bila berbelanja ketika perut lapar. berbelanja atau bershopping memang syok wooo...lagi lagi ada anak dara 3orang yang dah pandai bergaya. pilih ajer apa yang berkenan dan bayar. Dan, yang lebih besss bila bayar guna kad kredit. hahahha...mampus!

Tapi bagi cik apple hijau ramadhan dan syawal yang bakal menjelang untuk tahun ini begitu menguji. nak tahu sebab apa?? sebab... Gaji Nan 1! uwaaaaa.....hampeh betul. eh! korang ni faham ke tak Gaji Nan 1! ni apa? Gaji Nan 1! ni ialah....

perasan tak dulu dulu kalau nak raya kita (orang kerje gomen la) akan menerima gaji 2 kali. satu dalam bulan pose dan satu kali lagi masa dah dekat dekat nak raya seminggu sebelum raya la gitu. time tu boleh kita dok kaber kaber mana mana yang tak settle lagi. kan? tapi ini tahun...tunggu lah 25hb tak de tarikh lain dah. Ha!itulah maksudnya Gaji Nan 1! faham tak?

Waktu ni la teringat masa kerje swasta dulu. dah la dapat gaji, bos bagi duit raya sebulan gaji lagi pastu bos cina bagi duit raya jugak setengah bulan gaji (lebih kurang la) dapat kuih raya 5-6 jenis lagi berbalang balang. mewah siut... tapi time tu jer la haku mewah. bulan bulan lain cenggitu jugak la sebab bos tak nak naikkan gaji walaupun kerje dah bertahun tahun. maka jadilah haku seorang pekerja Gomen. ha ha ha.. nasib badan.

p/s: Apa sebenarnya yang kita dapat bila Ramadhan Al-Mubarak berakhir? Apa sebenarnya yang kita cari ketika Hari Raya Aidil Fitri menjelma?


~Adios!~

Sunday, August 15, 2010

moody

haku pelik sungguh lah.
apasal nak moody moody.
haku pun kekadang (selalu sebenarnya) moody tapi pandai pandailah cover.
tak payahlah nak tunjuk kat semua orang yang awak tu moody.
kenapa?
tak puas hati ke haper?
haku tau lah sekarang ni puasa.
kalau ada marah kat orang orang tertentu tak payah lah nak marah kat orang lain
@ semua orang yang tak de kene mengena.
hello...aku dah jumpa
ramai orang
bermacam macam pe'el
tak kan haku tak perasan dan kenal yang mana satu mood baik yang mana mood tak baik.
haku pun dah tua (isk isk isk...pengakuan yang pahit nak buat)
dah tau bezakan benda benda macam gitu!
kalau haku salah i'm soooooo sorry.

hati kecil ku terusik!

p/s: alin @ http://miszrossa.blogspot.com/ ciknab pun dah terikut ikut kau punya stail kat belog kau tu.heh!

~Adios!~

Kad Raya 2010

Salam berpuasa...

Bulan puasa ni malas pulak nak hup date belog 'rama2 dan bunga2' ni...tapi kalau tak hup date tak bess plak, kan?kan?kan? ker...haku jer yang syok sendiri...hikhikhik suka hati haku la labi..belog haku.

hmmm...nak cerita apa yer post kali ni?? kita cerita pasal kad raya nak? tetiba teringin plak nak terima kad raya. lawak tak? ye la masa jadi budak sekolah dulu kalau tiba bulan pose ni memasing sibuk nunggu abang posmen hantar kad raya. atau pun memasing sibuk gi cari kad raya dan beli setem kat pejabat pos. aduuuuh...rindunya saat itu.


Dulu, tau ajer kad raya fesyen baru tu macamana rupa dan harganya. tapi itulah...zaman dah berubah. nak jumpa kad raya pun dah susah. memasing ucap selamat hari raya melalui SMS ajer. ataupun hantar email kad raya. Dan, dah tak jumpa dah kad raya gantung kat pokok bunga atau dinding dinding rumah. Trajis sungguh haku rasa!


abang abang posmen sekarang pun sudah tidak sesibuk macam dulu dulu. Kalau dulu tak cukup kakitangan haku dengar pejabat pos tu sebab nak melayan kad raya yang berjuta juta tu. apo nak buek...peredaran zaman merubah segala...


haku sendiri pun dah tak layan kad kad raya ni sejak bertahun tahun yang lalu...sejak ada anak bersekolah barulah layan semula. itu pun sebab anak anak kata nak bagi kat cikgu diorang. apa kata tahun ini kita berutus utus kad raya, nak tak?hihihi...

p/s: kawan kawan lama cik apple hijau sekelian, awas!anda mungkin akan menerima kad raya daripada cik apple hijau tahun ini. huhu!

~Adios!~

Thursday, August 12, 2010

Kemeriahan dalam Kehilangan

Salam Ramadhan....

Agak agak uols la kan tajuk n3 cik apple hijau ni ada ala ala macam tajuk lagu shahir AF tu tak? Kebahagiaan dalam Perpisahan. har har har....

Layan gambar dulu erk...

Masing masing berpusu pusu menuju ke lif.

 Oleh kerana lif yang di tunggu tunggu tak juga kunjung tiba maka, kami pun menuruni anak anak tangga dari aras 5 ke aras 1.

Setibanya kami di aras 1 penuh dah lobby dengan warga canseleri.

Di antara TNC2 yang kelihatan sedang leka bersembang sementara menanti kedatangan Dato' VC.

Hissssh...lambek bonar Dato' ni moh kita berposing posing dulu lah.

Ceria. Itulah perkataan yang tepat untuk senario gambar ini.

Mari mari...cik apple hijau ambik gambar uols yang kepanasan tu..senyum senyum...

Sebahagian Ketua2 PPS bersama staf. Ada yang masam, ada yang manis, ada yang tak de perasaan...huhu!

Dia datang! Dia datang dengan senyum leretnya...

Ha! tiup dik tiup.



Dato', jangan lah berucap panjang2. Ramadhan ni. Panas plak tu kat luar ni walaupun masih pagi.

Pemimpin2 Malaysia terdahulu.


Apasal diorang dongak dongak ni??? 

Oooooo....bendera terjun rupanya...

Pelancaran dimulai dengan melekatkan bendera di kenderaan2 rasmi universiti.

Turn kenderaan TNC (P&I) pulak dilekat bendera dengan diperhatikan oleh big bos sendiri. Yeah!bravo Encik Mi.

Selesai lah sudah... sebelum bersurai ada shooting untuk Hari Raya. Nanti nak masuk dalam TV. Hihihi...jangan jeles.

MERDEKA!

Itulah Kemeriahan di Canseleri yang sarat dengan pelbagai event walaupun di bulan Ramadhan. Juga, ketika cik apple hijau kehilangan. Kehilangan idea dan mood untuk menulis di blog.

p/s: Adeeeeeh....sakit kepala sebab kene panas!

~Adios!~

Tuesday, August 10, 2010

Kata kata tanpa suara 2



"Mundurnya bangsa Melayu ialah kerana kita tidak berSATU,

bukan kerana tiada tempat tinggal." - Naib Canselor UiTM


p/s: baru pulang dari melawat belog politik tu yang intonasi bunyik lain macam sikit...haha! without prejudice yeah!


~Adios!~

Ramadhan Ya Ramadhan...

Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan...

Mana mana blog dan FB semua sibuk meng'wish' Selamat berpose. Termasuk lah cik apple hijau!

Tahun ini mengajar 2nd princess untuk berpuasa. ntah larat ntah tidak si kurus tu berpuasa. Dia punya impian dan hangan hangan nak berpuasa dan bersolat tarawikh punyalah besar. Tapi itulah...layan kan ajer la. Budak tengah bersemangat tu jangan ditegah tegah. Orang kata la....

Kita tinggalkan lah cerita budak kecik tu. Tau lah i nak buat camne. hihihi iyo la tu heh. Sempena hadirnya Ramadhan al-Mubarak marilah kita sama sama bermuhasabah. Syukur diberi kesempatan lagi dari Yang Maha Esa untuk mengerjakan ibadah ini bersama kaum keluarga dan rakan rakan. Tahun depan tak tahu lagi.

Renung diri. Apa yang telah kita buat kepada diri sendiri, rakan rakan dan jiran tetangga. Atau, pada orang yang selalu kita pergauli. Ye lah, dalam kehidupan kita ni macam macam perkara yang berlaku dan terjadi. Kalau diikut ikutkan mau perang dunia meletus! Waktu inilah kita belajar untuk mendidik jiwa, hati dan mental untuk berubah. Jangan waktu bulan pose ajer kau baik cik ton, cik jah, abg mat, abg man...lepas raya aekau buek layi perangai burok tu...tak dapek den nolong do.

Bulan pose ni banyak dugaannya. Lebih2 lagi kalau ada sale sana sale sini. Bawak RM5ribu pun tak cukup bak kata myLaling. Halmaklum la..nak raya, nak bergaya. Bukan sajer baju baru. Kete baru, rumah baru, langsir baru, pinggan mangkok baru, perabot baru, gelang baru, rantai baru, serba serbi baru lah kak limah oii...ataupun dok tukar kete besar, rumah besar, gelang besar, rantai besar, suami besar (haha itu suami aku)...fuuuuh...panjang lebar mencecehnya cik Timah. Sabar sabar sabar....

Adeeeeh..udah udah la tu cik apple hijau. Bulan pose ni jangan dok menganyam ketupat palas bawak bawaklah join club tadarrus tu..

p/s: geng, kalau nak gi merayau kat PKNS ke SACC ke PAS ke...jangan lupokan den ni yo...ekekekkeke

~Adios!~

Lagi Lagi Kenduri

Salam menjelang sahur...hahaha suka hati aku jer..

cik apple hijau lemah betul bila nak buat n3 punya title. last last ciplak ajer tajuk filem senario tu Lagi lagi senario jadi Lagi lagi kenduri. Kali ni kenduri kat opis pulak. gambar tak banyak sebab segan seh ngan ustaz. i kan pemalu silu gitu...

Layan jer la...

Dah namanya kenduri mestilah ada makanan. kan?kan?kan? Nasik lemak nya ajer ada 3 jenis lauk, mee hoon spesel, bergedil, kuih keria, kuih itu kuih ini peeeergghh..mabeles.

Bos bos dan sebahagian staf lelaki bersama Ustaz Ghafarullah (yang bersongkok) sedang menanti big bos. Tak sabar sabar dah rasanya mereka ni nak mendengar tazkirah daripada ustaz sempena nak menyambut Ramadhan ni. haha..

Yang paling kanan ialah Encik Ipin. Yang paling kiri (nampak sebahagiannya jer) itu ialah big bos. Memasing khusyuk wa tawadduk mendengar penerangan uztaz. Sorang lagi yang juga mendengar dengan penuh semangat ialah Reza (yg pakai baju putih) haha...Jan, ko dengar ke ko berangan nak buat blog?

Encik Mi (baju hitam), Encik Nizam (imam muda PPS) dan Puan Sri Sari juga memberikan sepenuh perhatian dengan apa yang diperkatakan oleh ustaz.

Bila dah habis tazkirah...apa lagi? makan lah... tapi cik apple hijau tak join diorang makan kat bilik meting tu. Kami meluru terus ke pantry. Tak payah nak kontrol kontrol ayu makan kat sini. Bedal aje la...

Kak Sari punyer air teh memaaaaaang superb!

p/s: untuk Nuar a.k.a Anu, kat InED ada tak macam gini? huhu!

~Adios!~

Monday, August 9, 2010

Kenduri lagi

Salam hujung Sya'aban...

Ramadhan al-Mubarak semakin menghampiri kita. Seperti biasa bila Ramadhan hampir tiba banyaklah majlis kenduri. Senang cakap kenduri menyambut bulan puasa ataupun kenduri kesyukuran. Di rumah atau di surau atau di masjid atau di ofis. Bercerita pasal kenduri hari Sabtu yang lalu my lovely cousin juga telah mengadakan majlis kenduri aqiqah plus kenduri kesyukuran untuk puteri sulungnya.

Moh le kita layan gambar yang ada....

Mummy, Alaisyah dah penat lah mummy. Bila show nak mula ni?

Hah!show marhaban dah start.

Tu Alaisyah dah buat pusingan. Jaga jaga... 

Pusing dan pusing. Mari kita lihat siapa yang kena...

Abislah...rambut anak mummy ni baru nak tumbuh dah kene gunting... 

Alaisyah: Auntie Erly tak baik tau. Patutnya auntie potong rambut abang Muzaffar tu...bukan rambut Alaisyah..

Anak sapa lah ni mintak kokong ajer... errrr....ni kakak ke abang ni?ekekekeke...

Iman dan Muzaffar. Mama Muzaffar dan Ummi Iman sepupu. Jadinya mereka ni dua pupu lah kan? Haku pun tak tahulah. Budak berdua ni orang sibuk berdoa dia sibuk main plak. 

Iman : Ummi, tengok ni! Tinggi kan ummi.
Muzaffar : Ala...muzaffar buat keretapi banyak tayar.

Pandang sini. Ummi nak ambik gambar korang ni. Bukan senang nak jumpakan budak berdua ni.

Inilah gambar yang sempat di snap. Gambar tuan rumah (daddy si Alaisyah) pun tak tersnap. Hal maklumlah tuan rumah berlari lah dia ke sana dan ke sini melayan tetamu. Didoakan kepada daddy, mummy and Alaisyah dimurahkan rezeki tahun depan boleh buat kenduri lagi untuk adik Alaisyah pulak. hahahha...


~Adios!~

Thursday, August 5, 2010

Kongsi Bersama Ilmu yang Sedikit Ini

Salam Pagi Jumaat uols...

Big apple pernah menguji cik apple hijau dengan soalan begini. Dia nak test isteri dia tau ke tak tau. aiyaaak Laling...
Jadi, di hari jumaat yang mulia ini cik apple hijau saje nak berkongsi ilmu. Cik apple hijau ambil dari segmen soal jawab web JAIS.

Layan....

"Kucupan Terakhir Buat Jenazah


Soalan :

Ciuman terakhir buat jenazah
' Dari Allah S.w.t. kita datang dan padaNya kita akan kembali'
Setelah disempurnakan mandi jenazah maka dipanggillah ahli keluarga yang terdekat untuk menatap dan selalunya akan mencium dahi yang meninggal itu..persoalannya.. siapa yang boleh menyentuh/menciumnya... kerana ada suara-suara dibelakang yang mengatakan mayat itu didalam keadaan berwudhu'..maka sekiranya isteri,anak menantu (lelaki bagi jenazah perempuan dan sebaliknya)dan yang bukan muhrim melakukannya maka terbatallah wudhu' jenazah berkenaan dan jenazah akan dikebumikan tanpa wudhu'.

Jawapan :

Sesiapapun tidak dihalang dari mencium jenazah. Tidak timbul persoalan wudhu' jenazah itu terbatal kerana apabila seorang anak adam itu telah meninggal maka hilanglah tanggungjawabnya.Walaubagaimanapun, sekiranya yang mencium itu bukan mahramnya, maka wudhu' pencium itu terbatal. "

Sekian, semoga semua mendapat manfaat dari ilmu di atas.

~Adios!~

reading...

... Lily buat Najah ~ Nazurah Aisyah

sedih siut cerita ni... itulah kehidupan...

p/s: aku ingin meluahkan sesuatu dalam blog terchenta ini tapi aku masih belum menemui ayat ayat terindah untuk merungkaikan isi hati. Tarik nafas .... dan ... hembus.... pelan pelan. Astaghfirullah .... Ya Allah ampun kan aku...

~Adios!~

Parenting Day 2010

Salam sayang untuk semua pengunjung setia (ada ker?)

Berikut adalah aktiviti hari ahad, minggu yang lalu. Sebenarnya bukan lah family day sangat pun cuma sekolah ini menggantikan nama Hari Sukan kepada hari keluarga. For me elok ajer sebab bila dah berjumpa dan berkenalan antara ibu ibu dan bapa bapa secara tak langsung mengeratkan silaturrahim. Walaupun sebenarnya masing masing sibuk melayan anak anak.

And again, yang hadir ke majlis ini cuma ummi & k.Qin saje. Nina masih lagi belum sihat (waktu ini) dan si kecik itu tak mahu bangun la pulaaaaak....

Stadium Sultan Suleiman Bandar Diraja Klang. Memang tiap tahun buat kat sini.

Untuk pelajar Tahfiz mereka ditempatkan di trek C sebab trek A dan B adalah untuk pelajar Taski. 

 
Para guru adalah orang yang paling sibuk waktu ini. Caiyok cikgu!

Kak Qin berada dalam rumah unggu yang mewakili pasukan Saidina Uthman bin Affan. Rumah sukan yang lain ialah Biru, Hijau dan Merah/Pink yang masing2 mewakili Saidina Abu Bakar, Umar Al-Khatab dan Ali Abi Talib.

 
K.Qin menerima qiliran dalam acara Ping Pong! Go go k.Qin.

Relax jer k.Qin bawak bola Ping Pong dalam sudu.


K.Qin sedang menerima pingat. Pasukan Uthman menang Perak untuk acara Ping Pong!

K.Qin menunggu giliran untuk menerima pingat kedua melalui acara Baling Guli ke hapa ntah. hehe...tak hengat la..

Ready to go home walaupun majlis belum habis.

moral of the story: tiada pemenang atau pengalah dalam sesuatu pertandingan. Mengaku kalah sebelum memulakan sesuatu itu lebih dahsyat dari tewas di tangan musuh!

~Adios!~

Wednesday, August 4, 2010

One man Show!

Salam tengah minggu uols!

Hujung minggu yang memenatkan. Apa tak nye ke sana ke sini bergerak solo. orang puteh kata lone ranger sebab big apple balik kampung ada urusan keluarga dan cik apple hijau la yang ke sana ke mari menguruskan hal ehwal anak anak.

Sabtu pagi : Hari karnival sekolah kebangsaan sg binjai bermula dari 8.00 pagi hingga 12.00 malam.

gambar gelap seh... snap waktu malam - walaupun hujan renyai renyai datang juga la sebab kupon ada lagi. rugi kalau tak abis.

k.Qin ngan baby (sori, little princess i ni memang seksi skit) sedap jer makan ice cream. Nina not feeling well. sedih jer muka Nina. Kesian Nina.

Lihatlah betapa ramai nyer pengunjung karnival. Artis pun ada. Dafi, Aida Rahim, Jamali Shadat (sesi malam)dan sapa ntah lagi (sori aku tak ambik tau artis2 ni). Macam2 ada lah!

Baby ummi yang dah besar ni lapar rupanya... Beli makanan dan barang barang dengan kupon saje.

Ramai benar dok mengerumun artis gambar plak blurrr... haha...camera murahan nyiah!

Sabtu tengahari : Majlis walimah anak k.aziah.(baju dalam gambar gambar dibawah sama yer sebab hari yang sama)
Di antara rakan rakan yang juga bergerak secara solo pada tengahari/petang itu!

Ha! inilah gelagat si kecik kalau dah terlalu lama duduk dalam satu tempat. Tak kose nak menegah dah.

Pergi kenduri kahwin kene bawak belon sendiri. Pihak penganjur tidak menyediakan belon ye anak anak... Daripada dia merengek membingitkan telinga baik ummi standby awal awal. hehe..
  
Dah kenyang balik la... Anak anak plak request nak bergambar kat batu batu ni. Layan kan ajer la...

Sabtu petang : Gi carik 'ubat' untuk Nina yang dah seminggu demam tak elok elok. (nanti cerita lain n3)

p/s: Malam itu pergi semula ke tapak karnival menghabiskan saki baki kupon dan membuat persediaan untuk aktiviti hari Ahad pulak. Penat seh...

~Adios!~

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...