Tuesday, August 3, 2010

Apa ada pada C.I.N.T.A???

Salam Ogostos, salam bulan kemerdekaan untuk semua...

N3 ni dah lama dah nak buat tapi tak tercapai dek akal ku. Ku gagahkan jua jari jemari ku yang lembut halus lagi mulus (ahaks! jangan marah) untuk ketuk mengetuk papan kekunci memandangkan C.I.N.T.A ini  memanggil manggil menyeru nyeru terus terusan bermain di akal fikiran ku.

betul ker cinta dulu dan cinta sekarang berbeza?
cinta yang berbeza kah atau orang yang berbeza?
atau... memang peredaran zaman yang bercorak global mengubah definisi cinta itu sendiri?
Adeeeh... berat ni.

yang pasti dan aku memang cukup yakin cinta membuatkan seseorang itu buta!
Buta hati? Buta mata? Buta akal? Buta fikiran?
Kalau dah buta... apa pun tak nampak. Walaupun pendustaan luas terbentang di depan mata. Betul?
alahaiiii.... cinta, cinta.

apa yang ingin kita lihat dan yang ingin kita dengar hanyalah... wajah orang yang kita cintai itu dan kata kata indah mempesona kekasih hati kita itu. Demi cinta ini la katakan...
Aduuuuh... bahaya ni.

bukankah cinta itu bererti perkongsian susah senang kita harungi bersama. bukankah cinta itu bermaksud percaya mempercayai sesama insan tercinta. bukankah cinta itu membawa kita kepada airmata suka dan duka. bukankah cinta itu mengharapkan pengorbanan. Khonon!

maka jadilah kita sang pencinta yang di kaburi dengan bayangan sang pendusta!

Cakap banyak pun tak guna... kita dengar tan sri nyanyi dan hayati seni kata nyer yer...



Cinta dulu cinta sekarang-tan sri s.m salim

Hai cinta dulu-dulu
Cinta malu-malu
Cinta dulu-dulu
Memang susah nak bertemu
Bila sudah dapat bertemu
Nak cakap apapun tak tahu
Tegak berdiri tersipu-sipu
Seram sejuk kaku membisu
Sejak kecil sudah diasuh
Pantang larang dipegang teguh
Mulia sungguh cinta dulu
Adat resam budaya Melayu

Ala.. cinta zaman sekarang
Sudah terlupa pantang larang
Cinta zaman sekarang
Di khalayak ramai dipegang-pegang
Kalau ditegur dia meradang
Macam harimau nak menerkam
Maruah bangsa sudah terancam
Kerana perbuatan segelintir orang
Hidup penuh poya-poya
Kalau kahwin pun tak kekal lama
Bila dah dapat yang diidam
Habis manis sepah dibuang

Hai cinta dulu-dulu
Ikut nasihat ayah dan ibu
Cinta dulu-dulu
kalu nak kahwin bertanyalah dulu
Berisik-risk bertanya-tanya
Ayah dan ibu dan anak siapa
Bila sudah berumahtangga
Kekal hingga sampai ke tua
Cinta dulu cinta mulia Ikut aturan budaya kita
Hidup mereka sungguh bahagia
Cangkul dan tanah memisahkannya

p/s: banyak lagi yang nak dibebelkan pasal cinta ni dek non tapi nanti panjang benar lah pulak jadinya kan... udah udah la tu.. namun ku punya hati...

~Adios!~

4 comments:

Prince Halilintar said...

cinta itu cahaya sanubari,kurniaan Tuhan fitrah insani dan di mana terciptalah cinta di situ rindu bermula,cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela, rasa bahagia biarpun sengsara berkorban segala-gala...

apple hijau said...

peeergh!ayat Prince macam cerita P.Ramlee la...haha.
itu cinta sebelum kahwin. bila dah kahwin tak terbuat semua benda2 yg dok praktik masa bercinta...dah kahwin itulah realiti kehidupan. tapi tak semua orang mcm tu la...hehe ada gak yg semakin menambahbaik dan terus mengembangkan rasa cinta itu.
p/s: ayaaak...kan udah bilang cerita pasal cinta ni tak kan habis.

~Adios!~

shida mj said...

cintai Allah s.w.t dan cintai diri sendiri dulu sebelum mencintai orang lain..

carilah kekuatan diri sendiri supaya tak terpedaya dengan cinta. insan biasa selalu menggunakan cinta untuk melemahkan insan lain. jgn mudah terpedaya dgn kata-kata cinta....pendirian kena teguh, baru bole jumpa cinta sejati...

apple hijau said...

betul betul...setuju ngan k.shida! kalau lah 'diorang' baca komen2 kita ni dan menjadikan ikhtibar dan panduan...alangkah...
p/s: cinta sejati... i like that!

kawan. oh. kawan.

Dalam dunia ni kita ada macam-macam jenis kawan. ada kawan menangis sama-sama. ada kawan makan sepinggan tidur sebantal. ada kawan yang ...