Monday, August 16, 2010

Gaji Nan 1! Siri Beraya # 1

Alhamdulillah, syukur kepada Allah, sudah 6 hari kita berpuasa. sudah hampir seminggu rupanya kita menjalankan ibadah ini. Pejam celik pejam celik tup tup takbir bergema. hahahaha....hangan hangan!baru 6 hari dek non! ada lagi 24 hari lagi.

Seperti biasa bila nak raya ni macam macam benda yang terlintas kat kepala ni. nak beli itu. nak beli ini. lagi lagi bila berbelanja ketika perut lapar. berbelanja atau bershopping memang syok wooo...lagi lagi ada anak dara 3orang yang dah pandai bergaya. pilih ajer apa yang berkenan dan bayar. Dan, yang lebih besss bila bayar guna kad kredit. hahahha...mampus!

Tapi bagi cik apple hijau ramadhan dan syawal yang bakal menjelang untuk tahun ini begitu menguji. nak tahu sebab apa?? sebab... Gaji Nan 1! uwaaaaa.....hampeh betul. eh! korang ni faham ke tak Gaji Nan 1! ni apa? Gaji Nan 1! ni ialah....

perasan tak dulu dulu kalau nak raya kita (orang kerje gomen la) akan menerima gaji 2 kali. satu dalam bulan pose dan satu kali lagi masa dah dekat dekat nak raya seminggu sebelum raya la gitu. time tu boleh kita dok kaber kaber mana mana yang tak settle lagi. kan? tapi ini tahun...tunggu lah 25hb tak de tarikh lain dah. Ha!itulah maksudnya Gaji Nan 1! faham tak?

Waktu ni la teringat masa kerje swasta dulu. dah la dapat gaji, bos bagi duit raya sebulan gaji lagi pastu bos cina bagi duit raya jugak setengah bulan gaji (lebih kurang la) dapat kuih raya 5-6 jenis lagi berbalang balang. mewah siut... tapi time tu jer la haku mewah. bulan bulan lain cenggitu jugak la sebab bos tak nak naikkan gaji walaupun kerje dah bertahun tahun. maka jadilah haku seorang pekerja Gomen. ha ha ha.. nasib badan.

p/s: Apa sebenarnya yang kita dapat bila Ramadhan Al-Mubarak berakhir? Apa sebenarnya yang kita cari ketika Hari Raya Aidil Fitri menjelma?


~Adios!~

2 comments:

Prince Halilintar said...

raya begitu bererti kalau kite berjaya melalui ibadah dan amal kita dengan sempurna...semoga mendapat keberkatan dariNya

apple hijau said...

Prince yg budiman...ah speechless mak baca komen kau nyiah!

kawan. oh. kawan.

Dalam dunia ni kita ada macam-macam jenis kawan. ada kawan menangis sama-sama. ada kawan makan sepinggan tidur sebantal. ada kawan yang ...