Tuesday, May 24, 2011

Cemburu!

Bismillah...

Ya! betul.

Aku sgt cemburu.

Cemburu dengan kamu. Kamu. dan kamu.

Berapa n3 sudah kamu buat untuk minggu ini?

sedangkan aku...

Masa dan keadaan yang begitu membatasi.

Berebut dengan boss.

Berebut dengan jelingan2 sinis.

Berebut dengan 3princess.

Berebut dengan lambakan kerja rumah.

Kepenatan.

Akhirnya, terbiar sepi.

Sunyi tanpa bicara. Lagi.

Maka, adalah yang merindui.. (sudah sudah la perasan tu CAH oiii...ngeh ngeh ngeh..)

p/s: cemburu juga bila tengok result student yg best2 tu. Straight A's. Anugerah Dekan tiap sem. Last last dpt Anugerah Naib Canselor. Mulalah memasang hangan2...he he he...tak abis abis berangan.

from Puncak with love... :D


Thursday, May 19, 2011

My Day @ 18 May

Assalamualaikum wbt

Tahun ini tak de acara nyanyi2 yg gegak gempita kat pantry. Tak de acara snap2 dan posing2. Tak de acara potong2 kek. Tak de acara suap2 kek. Tak de hidang2 kek kat bos2 yg dalam akuarium tu.

Tahun ini ia disambut dengan keadaan yg sunyi. Sepi. Sayu. No body knows 18 Mei adalah hari ulang tahun kelahiran iols. Dua orang sajer yg tahu. Cik Fia  pagi2 dh dtg and wish. Terkejut sikit. Mana Pia tau ye. Owh rupanya Cik Fia geng FB. Terlupa seketika. Thanx Fia.. he he. Seorang lagi ialah Encik Kassim Baba (bukan nama sebenar) wish sewaktu berselisih. Itupun kebetulan dia minta no I/C beberapa hari sebelum hari kejadian. Thanx ye En Kassim Baba. Pandai diorg ni simpan rahsia.

Sunyi dan sepi hanya di ofis baru sajer...

Kat FB? Kat henpon? Kat Y!M?

Meriah gituh...

Huh! memang tak cukup tangan nak membalas ucapan2 dan kata2 selamat dan doa2 dari kawan2 semua. Bukan setakat kawan2 semasa. Kawan2 sekolah menengah, sekolah rendah pun ramai. Anak2 saudara yg lawa2 dan hensem2 tu pun. Bos2 ofis lama tidak ketinggalan. Bekas tunang iols pun wish jugak tau! errr...kekasih lama wish tak? he he he...

Seikhlas nya... you rock my day bebeh!! (ah terlebih sudah...).

Bila sunyi, sepi, sayu dan dingin itu melanda tidak bererti kita tidak bahagia.

Bila senyum, senda dan keriuhan itu menghimpit tidak bererti kita pun sangat bahagia.
psssst...bahagia itu subjektif.

p/s: semua yg mengucapkan selamat dan titipkan doa ku ucapkan terima kasih sayang yg teramat. Didoakan kalian juga sentiasa dibawah lindungan Yg Maha Esa, dikurniakan keberkatan usia dan rezeki, bahagia disamping keluarga tercinta dan berjaya dunia dan akhirat. Ameen. Maaf sekiranya ada yg tidak dijawab atau dibalas ucapan2 itu karena line streamyz problem ~ kene petir (ini bukan kerja Prince Halilintar ye). Terima kasih sahabat! Ku sayang kamu... :D

from Puncak with love... :D

Tuesday, May 17, 2011

keywords: Kasih Sayang. Ikhlas. Sabar. Adil.

Salam álaik...

Semua orang tahu. Seluruh dunia pun tahu. Ibu bapa juga tahu. Murid2 lagi lah tahu. Guru2 apatah lagi. Memang tahu. Sungguh2 tahunya. 16 Mei adalah hak milik mereka, guru2 aka cikgu2.

Pada asalnya saya tidak mahu menulis pasal guru aka cikgu ni. Bukan sebab tidak mengenang jasa. Bukan kerana lupa diri. Bukan ada sejarah pahit dan bukan ada rasa benci ataupun dendam. Tidak ada sekelumit pun rasa sedemikian. Ater, udoh semua belog ceghita pasal haghi cikgu cikgi ni, kan?

Tetapi...akhirnya terpanggil juga nak menulis bila membaca satu demi satu n3 rakan2 blogger saya yang kebanyakkan nya adalah berstatus guru. Hebat sungguh! Tabik spring gituh.. he he

Beberapa tahun dulu...mungkin sudah 15 tahun lebih (lama tuh..) saya juga pernah bergelar guru. Jodoh tak panjang...4 tahun sajer. Pengalaman? Superb! Lebih2 lagi bila tiba Hari Guru memang seronok bila murid2 bagi hadiah. Dan saya salah seorang top 5 guru yg paling banyak dapat hadiah saban tahun sepanjang khidmat saya disekolah tersebut. Penuh juga bonet kereta dengan hadiah dari mereka tu.

Ada juga rasa malu dgn guru2 yg lain sebab guru sandaran ini 'hover' plak drpd guru2 tetap lagi bertauliah. Apakan daya..."Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita menerima." Mungkin sebab dalam kelas tu kebanyakkan nya adalah anak2 orang 'ada2' atau memang mereka sayang saya (perasan!) atau juga keperihatinan ibu bapa dalam hal2 sebegini atau pun mungkin juga waktu itu saya adalah cikgu yg bujang! huhuhu...(terlebih sudah..)

Saya tidak pernah pun meminta-minta pada anak2 kecil itu untuk memberikan hadiah pada saya. Apatah lagi buat announcement "Esok adalah hari guru. Jadi, saya mahu esok setiap murid kene bawa hadiah untuk saya" Owwh tolong lah. Ini kisah benar. Saya pernah dengar seorang guru buat macam ni. Waktu tu saya rasa...Ya Allah, malunya... Bukan semua orang mampu nak bagi hadiah lah! Apa agaknya tanggapan ibubapa bila tahu guru/cikgu cakap macam tu? Menjatuhkan maruah betul!

Saya tidak pernah kisah apa pun yang mereka beri. Saya ucapkan dengan ucapan terima kasih yg sungguh2 ikhlas. Walaupun ia hanya sekadar sebatang pen merah! Pernah saya terfikir, mungkin anak2 kecil ini membeli pen merah itu dengan wang saku yang diberikan oleh ibu bapa.  Maka, saya simpan dan saya jaga dengan baik. Menggunakan pen merah itu untuk menanda buku2 anak2 kecil itu hingga habis dakwatnya. huh!syahdu gituh.

Saya bukanlah nak memuji diri tapi itulah kenangan namanya untuk dijadikan pengalaman dan pedoman kehidupan. Membimbing dan mendidik dengan kata kunci Kasih Sayang. Ikhlas. Sabar. dan Adil. Saya juga percaya pada..u get what u give!  Kita sayang mereka. Kita akan dapat kasih mereka.

p/s: nak bersiap. bawa anak2 beli hadiah untuk guru2 mereka. hujung minggu hr tu cuaca tak mengizinkan untuk kami keluar rumah. babah pulak kerja. (wesak day ni pun babah kerja jugak..hurmmm...)

from Puncak witk love... :D

Saturday, May 14, 2011

Sana. Sini. Situ.

Assalamualaikum wbt...

i'm back!!!
ceh! poyo!!
ha ha

kembali sebab...bukan ada cerita baru yang best pun.
kembali sebab...dah rasa segan dan malu yg amat sangat.
apa tidak nya asyik bertandang ke belog orang tapi belog sendiri tak berhupdate.
malu lah kalau rakan2 blogger dan followers baru datang sini tapi...there are nothing.
umpama orang dtg rumah kita tapi kita tak hidang juadah tapi kita suka pergi rumah orang sebab diorang hidang dengan macam2 makanan dan kuih muih...errrr...buleh ke gitu?

Memandangkan ini adalah n3 pertama untuk bulan May kita mula kisah awal bulan hari tu lah ye...

Layan....

30 April 2011 ~ Sabtu: 12.30pm

ready to go home! carik hadiah utk pengantin @ JJ Bandar Baru Klang. Ada sorang budak kat kaunter bayaran menegur "Ramainya kak.." sambil matanya memerhati anak2 yg berderet2 kt belakang haku. Dengan selambanya haku menjawab "a'ah...cuti2 ni bawak la semua" hahaha...ngutuk haku la tu kata anak haku ramai. Padahal yg lagi 4 tu anak2 saudara. Ibu mereka pun join tapi kami berpecah sebab mengejar masa. Petang ada agenda lain.

30 April 2011 ~ Sabtu: 2.30pm


amboi...suka ambik gambar kat pelamin ye? acara rewang2 waktu petang.
sebelum pengantin posing biarlah Fawwaz Hassan, Aisyah Iman dan Izzatul Hafini posing dulu.
semua boleh isi borang iklan ubat gigi nih..

30 April 2011 ~ Sabtu: 2.30pm



Aisyah Iman, anak dara kene sopan....duduk elok2.

Dia mula dah...

Cuba perhatikan mata Iman tengok apa?

Habislah... Babah, kompem lepas ni anak dara babah ni mintak Ultraman.
Tu tengah termenung reka ayat nak pujuk babah belikan ultraman la tu. :)

1 Mei 2011 ~ pagi hingga 1.00pm

Tada...inilah pengantin nya. Sporting betul kak Yang, kan? Peace gituh..


Babah...dulu masa majlis kita ada tak acara pencak silat ni? ngeh ngeh ngeh...

Hambuih tuan rumah berat dah poket tuh.... he he.
Inilah tuan rumahnya aka sepupu CAH aka pengasuh si Aisyah Ïman.

1 Mei 2011 ~ 3.00pm @ Dewan Melati Seksyen 7, Shah Alam. Kejohanan Karate-Do antara Sekolah2 peringkat daerah 2011.

Kak Qin (tudung hitam) dan rakan sekolah Qistina berdebar2 menunggu turn.

Kak Qin kene paksa masuk pertandingan ni. Nina Sakinah lagi la ngelat langsung tak nak masuk. Pada dasarnya CAH paksa Qiqin masuk pertandingan ini ialah supaya Qiqin berkenalan dengan senario perlawanan dan menambah pengalaman. Sebagai anak sulung Qiqin perlu memberi contoh kepada adik2 nya. Kemenangan bukan lah tuntutan utama CAH kali ini. Dan, memang Qiqin cuma menang saguhati jer... tak pe..yg penting dia sudah mencuba. Juara grup ni ialah Qistina. Congrats Qistina.  

* rakaman perlawanan qiqin tak boleh upload la pulak.... huh! ku kiciwa.. ha ha..

p/s: Hujung minggu itu memang sungguh memenatkan. Berkejar ke Sana. Sini. Situ. Lupakan hal kerja dan perkara2 yang menyakitkan. Enjoy ur life! Banyak perkara berfaedah boleh kita lakukan bersama orang2 tersayang :) Hargai lah mereka....

from Puncak with love... :D

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...