Saturday, June 25, 2011

Sabtu owh Sabtu

Assalamualaikum wbt...

Hari ini hari Sabtu. Pada hari sabtu saya cuti. Hep! sapa cakap hari sabtu hari cuti? Sabtu lah hari bekerja yang paling memenatkan. Penat buat kerja rumah.

Buat sarapan, cuci kain baju (walaupun cikminah yang buat tapi bertrip trip menyidai dah macam kedai dobi plak), cuci bilik air, mengemop, masak tengahari, ambik anak dari ko-ko kat sekolah, cuci pinggan mangkok hayon, kemas bilik anak2 dara, ruang tamu, anjung...adoi! tolong.

Rasa macam nak patah pinggang dan kaki. Hal maklumlah umur pun bukan sweet seventeen lagi dah sweet and sour dah..ngeh ngeh ngeh...

Hari ini cadangnya nak melawat Pesta Buku Selangor kat Shah Alam Convention Centre (SACC). Apakan daya....dah tak terdaya nak berjalan. Akhirnya...melayan Shah Rukh Khan saje. Dil to Pagal Hey...sob sob sob...10kali tengok pun tak jemu.

Semalam sempat gi survey. Sempat juga menyambar buku ni....

hari tu cari kat MPH dah habis.

Teruja nak beli buku ni sebab masa jalan2 kat belog suka.suki.sakdi dia dah baca buku ni 80++ kali. fuuuh...dahsat tu cik sakdi. Kalau ikutkan hati mau saje memborong semua buku RAM. berhangan! Rayyan Fantasi tu pun tak habis habis lagi. heh! Dok cari booth jemari seni pun tak jumpa, nak beli Bening Merah Jingga ~ Nazurah Aisyah . Sedih dowh...

Hajat di hati nak ajak big apple main badminton dah sebulan raket tu tak disentuh. Nampak gayanya berhabuk la bulu tangkis tu sebab tak balik lagi big apple ni.

Hari pun dah petang. Masa untuk angkat kain di jemuran. Selamat berhujung minggu semua. Hargailah masa sebaiknya bersama orang2 tersayang. dah macam diary pulak dah....

salam sayang
dari haku yang sentiasa menyayangi diri mu...






Thursday, June 23, 2011

Bijak kah?

Bismillah...

Hari ini ceq kerja halfday. Kerana itu ceq agak kekalutan hari ini kerana ada arahan semasa yang belum settle. Ditambah pula ceq bertugas di Bilik Gerakan Peperiksaan pada minggu ini. Peperiksaan Intersesi Jun 2011 sedang berjalan. Walaupun tugasan di bilik Gerakan sudah pun ceq selesaikan tapi letih juga la melayan. Kejap kejap ke Aras 1. Kejap kejap ke Aras 16. Bisa kurus sih begini...

Tepat jam 1 petang ceq dah stand by nak balik. Encik Musang Berjanggut seperti biasa akan melewat lewatkan ceq dengan bahasa2 yang sangat puisinis. ceq pun bukannya suka2 nak ambik halfday. ceq sangat sayang mahu meninggalkan pejabat lebih lebih lagi kalau Encik Musang Berjanggut ada di pejabat. ha ha. Tapi ceq tak peduli. Hari ini ceq tak dak masa nak layan Encik. Bye bye Encik Musang Berjanggut. Esok kita jumpa lagi naa. heh heh!

musang berjanggut hok versi lama :) musang berjanggut kat ofis ceq pun lebih kurang sama...kih kih kih

Owh lupa pula nak beritahu, ceq halfday sebab hari ini ialah hari menandatangani kad prestasi di sekolah anak2 ceq. Suami ceq ambil turn sebelah pagi untuk anak sulung - tahun 4. Sebelah petang ceq lah pulak - tahun 2. Prestasi anak2? Alhamdulillah. Walaupun bukan yang terbaik tapi masih dalam lingkaran emas. ceq sudah cukup bersyukur. Kalau dipaksa2 takut lain pulak jadinya. Budak2 la ni main psikologi ja. Silap sikit  boleh terus jadi psiko.

Bertugas di Bilik Gerakan Peperiksaan ada macam2 cerita ceq dapat. Salah satu cerita pasal 'toyol'. Ada saja 'toyol' yang ditangkap walaupun pada exam short course! hebat betul budak2 la ni naa. Sekolah tinggi tinggi tapi akal tak dak. Awat lah sampai menipu, meniru ni dek noon?? Kalau pun lupa hukum hakam kasihan lah pada emak dan ayah. Terdesak sangat gayanya. Masa buat kerja tu tak hingat apa. Dah kena tangkap, masuk 'court' barulah nak menangis merayu bagai... Malu kat mak pak lah. Malu kat kawan2 lah. Malu kat 'marka' lah. haish!

Hang pa ghasa lah kan pasai apa depa jadi lagu ni? hang pa pikiaq la naa... 

hok ni desperate housewife..hok meniru tu desperate apa plak?

p/s: Ilmu dunia mudah untuk dipelajari tetapi ilmu keimanan? Sebab itu ramai bijak pandai yang tidak berakhlak. Memberi aib, jatuh menjatuh permainan hidupnya. Biarlah menjadi orang 'kebanyakan' asalkan masih lagi bijak mengawal perilaku. Berusaha untuk tidak menyakiti hati orang lain. Daripada menjadi orang 'bangsawan' yang tidak berpendirian.

Salam sayang
dari haku yang sekadar di pinggiran... :D

Tuesday, June 21, 2011


Salam 'alaik...

Lamanya saya tak hupdate,kan? bukan tak nak malah hati sentiasa meronta ronta nak berceloteh di sini...cikapplehijau ada baaaaanyak perkara nak tulis tapi apakan daya. di ofis memang mintak maap lah. lunch hour pun tak berkesempatan. kesian sungguh!

malam? berebut dengan kain baju yang minta di cuci, dilipat dan digosok. pinggan mangkok hayun. periuk kuali belanga pun mintak perhatian. 3princess tu jangan katalah memang tak boleh berenggang.

sedih juga lama tak menjenguk sahabat2 belog. jenguk mana yang sempat jer.
InsyaAllah bila free cikapplehijau terjah dan tinggal jejak ye.

p/s: rindu zaman dulu dulu... :(

from Puncak with love...:D

Friday, June 17, 2011

seriang kanak kanak...

Assalamualaikum...

Jangan tukar. Jangan alihkan siaran anda! Ini memang belog saya, Cikapplehijau punya.

saya ingin bertukar hangin. bukan naik hangin. he he

template layout asal begini rupa nya. cute jer...yang sebelum ni punya layout macam skima jer..

(NOTE: Side elements such as girl on swing and kids on fense will only be seen on bigger - widescreen monitors. hurmmmmm.....)

harapan saya...semoga kehidupan akan lebih ceria, happy, fun and best! macam kanak2 riang.

bersambung...


p/s: sentiasa berpijak di bumi nyata... :)

from Puncak with love... :D

Monday, June 13, 2011

'keadaan'


aku tidak pernah sesal
meninggalkan mu
dulu

aku tidak pernah sedih
berhijrah ke daerah ini
semalam

aku tidak pernah ingin
pulang ke sana
buat masa ini

aku tidak pernah mimpi
bertemu kisah duka
lagi

yang aku kesal
kepalsuan,  kepuraan

yang aku pedih
keangkuhan, kebodohan

yang aku hilang
kemesraan, keikhlasan

yang aku impi
kesejahteraan, kerukunan

by:zmj14jun2011


from Puncak with love :(

Sunday, June 5, 2011

cuti sekolah...apalagi kalau bukan kenduri kendara...

Assalamualaikum wbt...

Baca tajuk pun dah tau apa kisah. Halmaklum la cuti sekolah...time ni lah nak buat kenduri kawin, nak bertunang, nak berendoi, nak jalan2 makan hangin...kasi can la.. dapat juga tangkup periuk... he heh!

Bila difikir2 bagus juga kene jemput ni. Ini tandanya orang ingat kat kita. Hargai ikatan persaudaraan, kejiranan, persahabatan. Bayangkan kalau orang tak nak jemput kita ke majlis mereka....mesti sedih kan? Bersyukur la cik siti wan kembang oiiii.... :D

Layan gambar la eh...
Rumah pertama: Saudara belah mak. Tempat kejadian: Kpg Kundang, Sg. Buloh. Tema: Hitam putih.

Lepas tu kami 'lari' pula ke...
Nina dengan gaya selambanya.

Rumah kedua: Jiran sebelah rumah. Tempat kejadian: Kampung Baru, Kuala Lumpur. Tema: Khunin diraja + putih.
Tuan rumah (berkopiah putih) ni memanglah jiran kami, betul2 sebelah rumah. Majlis kali ni diadakan di Kpg Baru sebab dia memang menetap disana. Rumah kat sebelah tu macam rumah tumpangan je rumah hujung minggu gitu. Dua majlis walimah anak nya yg sebelum ni memang buat kat Meru kali ni jer buat kat KL.

E eh...nampak KLCC la... memang dekat benar. Jalan kaki beberapa minit dah sampai. gambar ni iols snap sendiri ye bukan ambik dr mr. google okey.. :)

Yang ni pun iols snap juga sebab tu tak cantik.,blurr jer. huhuhu!

Arah tuju seterusnya...
Rumah ketiga: rumah emak kepada my BFF, GG. Tempat kejadian: Belakang petrol pum Petronas, Meru. Tema: 'ntah ye...pink utk baby girl dan grey utk baby boy kot..
Majlis doa selamat dan cukur jambul aka berendoi dan aqiqah anak2 buah nya (adik adik GG). Sori Gee iols copy paste gambar ni dr FB uols.. he heh!

Kak Qin tak sabar nak tengok apa yg auntie GG letak dlm tu.

Comel kan 'berkat2' dari rumah auntie GG ni. 3princess kata rumah auntie GG la yg paling best sebab diorang dapat pilih sendiri jajan yang banyak tersedia tu,bungkus dan bawa balik. Makanan pun superb! macam2 ada. Kambing panggang pun ada tapi... perut kami dah kekenyangan la auntie GG.

Itulah kisahnya...aktiviti biasa hari ahad pada musim cuti sekolah begini. Cuti sekolah kali ni tak dapat nak bawak jalan2 sangat sebab bajet kene jaga juga. heheh! Jalan2 kenduri kawin pun booooleh lah!

p/s: Fuuh! penat betul. Lepas ni kene buat surat lantikan dan minta elaun sebab asyik jadi pemandu jer... Big apple?jadi co-pilot kat sebelah.

salam sayang
dari haku yang rasa...dekat tapi jauh....dengan blog sendiri.

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...