Assalamualaikum...
memandangkan hari ini adalah hari sabtu dan esok cuti maka dengan sukahatinya CAH nak share resepi kek coklat paling sedap dan paling senang nak buat. kalau kek yg susah nak buat tu CAH pandai juga...pandai oder.. oder ngan
adnazthie-kek. ngeh3x
Janganlah malu2 nak buat ye...very simple, murah dan mudah.
Bahan2
1. coklat ~ 1 cawan
2. minyak masak ~1 cawan
3. Gula ~ 1 cawan
4. susu pekat manis ~ 1/2 cawan
5. Susu cair ~ 1 cawan
6. 3 biji telur
7. Esen vanila ~ 1 sudu teh
8. tepung gandum ~ 1 suku cawan
9. soda bikarbonat ~ 1 sudu teh
10. baking powder ~ 1 sudu teh
Terbahagi kepada 3 adunan.
Adunan 1
1) coklat ~ 1 cawan
2) minyak masak ~ 1 cawan
3) Susu pekat manis ~ 1/2 cawan
4) Gula ~ 1 cawan
5) susu cair ~ 1 cawan
~ semua bahan masukkan dalam satu adunan. Masak atas api sampai jadi pekat. Lepas tu, biarkan sejuk.
Adunan 2
1) 3 biji telur
2) 1 sudu teh esen vanila
~ pukul telur sampai kembang dan masukkan esen vanilla. Bila sudah kembang, masukkan coklat masak tadi, letakkan tepi.
Adunan 3
1) Tepung gandum ~ 1 suku cawan
2) soda bikarbonat ~ 1 sudu teh
3) baking powder ~ 1 sudu teh
~ masukkan bahan dalam 1 adunan, ayakkan dan masuk dalam campuran coklat dan telur tadi.
* Kukus selama 50minit hingga 1 jam. InsyaAllah jadik punya sebab kukus...kompem tak hangit hangus rentong cik gayah oiii...ha ha
ta daaa....
inilah hasilnya. walaupun terpahit sebab terlebih coklat kek ini tetap laris masuk ke dalam mulut. Dinamakan
kek coklat cinta hati sebab CAH masak kek ni untuk big apple sempena hari bapa bulan june hari tu. tak sempat nak update kat sini. hal maklum la sejak jadi orang fakulti ni idea tak berkembang..huhuhu!
oh ya lupa pula, terima kasih pada cik nadiah amni yang menyokong CAH untuk menjayakan projek ini. nadiah yg beri resepi mudah lagi murah tapi sedap tak hengat ni. so, apa lagi selamat mencuba!
p/s: habis dah baca Bening Merah Jingga...giller seddih.
salam sayang
dari haku...di angin lalu... :P