Monday, April 17, 2017

kawan. oh. kawan.


Dalam dunia ni kita ada macam-macam jenis kawan. ada kawan menangis sama-sama. ada kawan makan sepinggan tidur sebantal. ada kawan yang kita boleh panggil teman tapi mesra. ada kawan yang layak digelar sahabat. ada kawan yang takat kawan gitu-gitu je. dan pelbagai lagi jenis kawan.

che nab selalu dapat kawan yang jenis kawan si makan-makan. ha ha ha. pelik kan? maksudnya bila dia nak happy-happy nak berjimba dia datang dekat kita. part paling best bila dia nak makan dia akan cari kita. lebih dahsyat kawan jenis ni berani minta belanja dari kita. 

TAPI... bila kita minta tolong hal-hal berkaitan kerja.. hmmmmmm HAMPEH! jangan kata bayang dia kita tak nampak. hilang terus lah! lebih sakit hati bila mana banyak kerja dia kita yang langsaikan. dia boleh duduk diam-diam kat tempat dia layan henpon. kadang-kadang siap perli kita lagi. 

Kawan ke tu nama nya? ganti nama apakah yang sesuai dengan orang sebegitu? 

bukan selalu pun kita minta tolong dari dia. kes-kes terpencil. dan yang kita minta buat tu pun memang dalam bidang tugas dia juga. alaaahaii...mana nak berkat gaji kau tu. kita datang kerja untuk apa? apa niat pergi kerja? kalau pergi kerja tapi tak nak buat kerja...apa kes?? 

frust. 

bila kita menjalankan tugas bukan bermakna kita rajin bekerja. itu adalah amanah. itu adalah ibadah. kerja bukan untuk mendapat pujian. bukan untuk tunjuk siapa pandai siapa hebat. rezeki yang kita peroleh adalah untuk anak-anak dan keluarga kita. jangan salahkan orang lain jika anak-anak kita 'meragam'. semak balik punca rezeki kita. 

Sekian. 

#muhasabah
#peringatanuntukdirisendiri



Tuesday, April 4, 2017

Kembali Terjalin

Assalammualaikum

Bertemu kembali kita di sini.

Okey. setelah berfikir punya fikir punya fikir...akhirnya ahkak mengambil keputusan untuk 'menghidupkan' kembali blog ini.

ahkak tak kisah kalau ada yang kata blog untuk luahkan perasaan. mengadu-ngadu (jangan mengada-ngada udah le kan). syok sendiri atau apa-apa lah.

sebab ahkak rasa dunia sekarang ni kadang kita tak boleh luah perasaan tak puas hati pada sembarangan orang. kalau kita simpan dan pendam kita yang sakit. bila kita luah pada kawan..hmmmm ramai pulak yang jenis kawan makan kawan sekarang ni.

soooo...here we are. ahkak nak tulis balik apa2 yang nak ditulis. ahaks! kiranya ahkak punya come back la ni.

and i dont mind if tak de sape yang baca. tak de sape yang comment. tak de sape yang like or what so ever. because i love my blog. dan ramai lagi orang diluar sana yang msih aktif berblog. kan kan kan...

Facebook... sangat tidak sesuai untuk ahkak berceloteh yang bukan2. ha ha.
Twitter... ahkak tak de akaun twitter dik.
instagram... privacy hokey. org terterntu je ahkak approve.
Blog.. ini je lah medan yang ahkak ada untuk tulis panjang ala2 novelis gitew.

However, ahkak terpaksa 'menutup' kisah2 lalu dalam blog ni. biarlah ia menjadi sejarah dan kenangan ahkak saje.

that's all for today. nanti ahkak tulis lagi naaa...

didoakan semua yang berkunjung blog ahkak diberi kesihatan dan dilindungi Allah SWT selalu. Doakan ahkak juga ye.

Sekian, Assalam...

p/s: no more cik apple hijau sebab apple hijau dah lebam..tak sesuwaiii lagi dah..hehehe

kawan. oh. kawan.

Dalam dunia ni kita ada macam-macam jenis kawan. ada kawan menangis sama-sama. ada kawan makan sepinggan tidur sebantal. ada kawan yang ...