Monday, April 17, 2017

kawan. oh. kawan.


Dalam dunia ni kita ada macam-macam jenis kawan. ada kawan menangis sama-sama. ada kawan makan sepinggan tidur sebantal. ada kawan yang kita boleh panggil teman tapi mesra. ada kawan yang layak digelar sahabat. ada kawan yang takat kawan gitu-gitu je. dan pelbagai lagi jenis kawan.

che nab selalu dapat kawan yang jenis kawan si makan-makan. ha ha ha. pelik kan? maksudnya bila dia nak happy-happy nak berjimba dia datang dekat kita. part paling best bila dia nak makan dia akan cari kita. lebih dahsyat kawan jenis ni berani minta belanja dari kita. 

TAPI... bila kita minta tolong hal-hal berkaitan kerja.. hmmmmmm HAMPEH! jangan kata bayang dia kita tak nampak. hilang terus lah! lebih sakit hati bila mana banyak kerja dia kita yang langsaikan. dia boleh duduk diam-diam kat tempat dia layan henpon. kadang-kadang siap perli kita lagi. 

Kawan ke tu nama nya? ganti nama apakah yang sesuai dengan orang sebegitu? 

bukan selalu pun kita minta tolong dari dia. kes-kes terpencil. dan yang kita minta buat tu pun memang dalam bidang tugas dia juga. alaaahaii...mana nak berkat gaji kau tu. kita datang kerja untuk apa? apa niat pergi kerja? kalau pergi kerja tapi tak nak buat kerja...apa kes?? 

frust. 

bila kita menjalankan tugas bukan bermakna kita rajin bekerja. itu adalah amanah. itu adalah ibadah. kerja bukan untuk mendapat pujian. bukan untuk tunjuk siapa pandai siapa hebat. rezeki yang kita peroleh adalah untuk anak-anak dan keluarga kita. jangan salahkan orang lain jika anak-anak kita 'meragam'. semak balik punca rezeki kita. 

Sekian. 

#muhasabah
#peringatanuntukdirisendiri



1 comment:

Pakwi said...

Salam singgah..
Kawan masa senang..kat pasar berlambak..
Org tganu kata..w

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...