Saturday, October 27, 2012

sebuah pengorbanan

salam

Salam Edul Adha untuk semua...

atau lebih dikenali sebagai hari raya haji. paling popular hari raya korban.
Istilah 'korban' itu sangat menarik perhatian saya.

korban.
berkorban.
pengorbanan.
terkorban.

memang mudah dilafazkan. macam kita makan gula-gula. manisnya akan terasa kalau gula-gula sudah berada dalam mulut.
selagi kita tidak diduga untuk sesuatu yang dipanggil 'korban' selagi itulah kita tidak akan faham maksud sebenarnya. korban itu sangat sinonim dengan sedih, sayu, airmata dan seumpamanya. Ubatnya cuma sabar dan doa.

kepada semua yang pernah atau sedang merasai sesuatu yang difikirkan sebagai korban, kuatkan semangat! tulus dan telus menghadapinya. kemanisan akan dirasai jua nanti. InsyaAllah.
kepada yang menjalankan ibadah korban (kibasy/kambing, lembu, unta) tahniah! semoga diterima Allah swt.
kepada yang balik kampung berhati-hati dijalanraya, awas jalan licin! semoga selamat sampai ke destinasi. Ameen.

p/s: "ummi....boleh tak kalau ummi tak payah balik melaka...." sob sob sob... :(


salam sayang dari kampung di pinggiran bandar     

Monday, October 8, 2012

suka suka hati

Salam semua...

apa agaknya mimpi makcik ni tetiba meng'update' blog...(makcik? yeah...i'm getting old and old and old..haha)
bukan la...ni release tension namanya..ate makcik baru abih exam paper BBM gitew...huhu. ada lagi 2 paper nak oiiii... nak cerita sikit pasal paper bbm ni...ate soklan mintak tulis karangan 450 patah perkataan tapi makcik dah terlebih lebih pulak sampai 900 patah perkataan wei... itu namanya syok sendiri ye anak anak... jangan ditiru aksi tersebut ye.

al-kekdahnya sebenornya udah lame bebenor makcik ni nak update belog tapi disebabkan punya lah lame tidak dibukanya menda ni tetiba makcik lupa cara-cara nak meng'update'... pulak??...
minggu dulu jenuhlah makcik menggodeh-godeh menda ni khonon nak tukar lagu...menjadilah juga... tu kuar lagu faizal tahir tu
lepah tu makcik cuba nak ubah apa ke name benda alah ni...background...udah tak menjadi kome...haih...
sampai lah la ni tak bertukar-tukar lagi...
nampak gayanya memang tak ubah la background ni sampai makcik jumpa sifu makcik tu....hmmmm....

ate sebenornya makcik ni memang teruja nak exam... pasal apa..lepas exam kan ada cuti sem...ha ha
walaupun sem ni cuti tak lama tapi kira ok la tu nak duduk diam-diam kat rumah layan anak2 sekolah plak...(musykil...boleh caya ke duk rumah diam-diam?)he he he...

udah la ye...makcik nak bukak buku OMT182 pulak.. kalau tak baca apa pulak la makcik nak buat dalam dewan 3 jam nanti nak oiii...

p/s: why i call myself as makcik? yessss...sudah tersedar dari lamunan yang panjang....huhu.. later la i story.. (itu tandanya belog ni tak akan sunyi sepi lagi atau apa????)

salam sayang dari persisiran selat melaka...

kawan. oh. kawan.

Dalam dunia ni kita ada macam-macam jenis kawan. ada kawan menangis sama-sama. ada kawan makan sepinggan tidur sebantal. ada kawan yang ...