Thursday, December 13, 2012

malas nak bercakap


Diam seribu bahasa.
sejak kebelakangan ini rasa sangat malas nak bercakap.
i prefer untuk diam saja. itu lebih baik.
daripada i cakap yang boleh menyakitkan lebih baik diam saja.

dulu, saya pernah 'serumah' dengan rakan2 yang masing2 diam. tak bercakap sesama diorang pun. masing2 buat hal masing2. bukan bergaduh. cuma tak bercakap. tak bercerita. tak de gelak2. mula2 tu rasa pelik. lain macam. sebab saya bukan orang yang boleh diam seribu bahasa. mesti nak bercakap. nak mengomel. tapi dah dapat rakan 'serumah' yang begitu layan jer la kan...what else i can do. tapi lama2 rasa selesa pulak bila banyak diam. mengelak kan dosa pun iya juga..keh keh keh..

sekarang? heheheheh saya pulak yang malas nak bercakap. buat hal sendiri. kalau boleh nak duduk sendiri. it's more privacy and i'm free to do what i want. tapi apakan daya tak mampu bayar rumah sewa sendiri sendiri giteww...huhuhu...eh? tak waras ke aku ni tak nak bercakap sampai nak dok sorang2?heeeee....

******

minggu2 terakhir sebelum sekolah bermula. anak2 join aktiviti surau kawasan rumah. 3 hari dari jam 9:00am - 12:30noon jer pun. cuti sekolah yang lepas2 3 princess tak pernah berkesempatan join aktiviti2 surau tu sebab ada saja hal lain. Alhamdulillah cuti kali ini dapatlah pergi. itu pun sebenarnya kene paksa dengan nenek!

litle princess cukup excited. dia memang dah tak sabar nak kembali ke sekolah. asyik bertanya bila nak sekolah. nak jumpa cikgu. nak jumpa kawan2. huh! anak seorang ni memang la....
hari2 la ummi call tanya macam mana aktiviti? buat apa? seronok tak? makan apa? ramai kawan tak? baju pakai elok2. kemas2. comel2 jangan comot2. hiiiish..ummi pulak yang hover.

dan hari ni last day ada perarakan katanya. dari mana sampai mana pun ummi tak tahu. but the end of the story perarakan tu ada kaitan dengan Save GAZA! sangat teruja mereka bertiga bercerita dengan ummi siang tadi. sambung lagi malam ni. Alhamdulillah anak2 se kecil itu sudah didedahkan sudah tahu about GAZA, Palestin, Israel. and of course they are proud to be a part and help walaupun hanya dengan aktiviti kecil2an. anak2 kecil pun tahu pasal GAZA tapi ada juga orang dewasa yang tidak alert pasal isu ini.

moral of the story: tak daya membantu dengan kudrat 4 kerat membantu dalam diam pun memadai. diam itu pula bukan sembarangan diam. diam mulutnya tapi hati tidak pernah lupa untuk mendoakan saudara seIslam....

sekian. Wassalam.

p/s: tak sabar nak balik esok...Ya Allah selamatkanlah kami semua. Ameen...


Sunday, December 2, 2012

disember datang lagi, semoga saya kuat!


cuti saya dah abis sebaik saje saya menghidupkan enjin kereta pada jam 2.15petang tadi. perjalanan dari klang ke melaka tidak lah jauh mana tapi penatlah juga. sedih tetap ada walaupun dah setahun saya mengharungi situasi yang sama saban minggu. setiap jumaat habis je kelas saya akan rushing balik ke klang. pagi pagi buta hari isnin saya sama laju dan sibuknya memandu ke melaka macam orang nak pergi kerja je gayanya. rakan2 'serumah' saya yang lepas memang sedia maklum hari ahad dan isnin adalah hari 'mata merah' bagi saya...ha ha ha.

kesian anak2 kene tinggal lebih2 lagi time cuti sekolah.. hmmmm....tapi kadang2 saya terfikir juga...ada juga ibu bapa yang sibuk bekerja dari pagi hingga malam dan tak jumpa anak2 pun...sibuk mencari RM RM RM...senang cakap pegi bulan balik bulan (anak2 belum bangun tido dah pegi kerja, anak dah tido baru balik rumah) ramai je yang macam tu di luar sana. hujung minggu pula sibuk main golf! yang membezakan mereka ni fulusnya menimbun2 sedangkan saya??...hu hu hu.

rasa rindu pula dengan rakan2 sekerja. cuti hari tu sekali jer saya menjenguk ofis. huh!bizi benar saya ni kan sampai nak jenguk rakan2 dan bos yang jauhnya cuma 15minit tu pun tak terpergi pergi. biasalah kerja rumah memang tak pernah abis. alasan! saya memang rindu rakan2 sekerja saya semua juga rakan2 di PPS tapi malangnya saya tak pernah rindu nak kembali bertugas semula!walaupun dugaan saya di sini sangat-sangat menggugat kesabaran dan kekuatan saya. sungguh tidak patut saya ni kan...ish ish ish.
  
Eh! apa sebenarnya yang saya nak cerita tadi ye? macam dah lari tajuk plak...maafkan la saya ye. halmaklum la lama tak berbelog...he he he.

sampai jumpa lagi...salam sayang dari persisiran selat melaka

p/s: kes pujuk hati sendiri & semoga saya kuat :(

kawan. oh. kawan.

Dalam dunia ni kita ada macam-macam jenis kawan. ada kawan menangis sama-sama. ada kawan makan sepinggan tidur sebantal. ada kawan yang ...