Tuesday, November 30, 2010

Happy Birthday Dear...

...dah bulan Disember...

1 Disember 2010 ~ hari ulang tahun kelahiran anak iols yang ke-2. Nurul Sakinah. Alhamdulillah...dah besar panjang dah anak ummi ni. Sekolah dah habis baru cukup umur 7 tahun. Satu jer yang tak berubah Nina ni...kuat nangis! ker...? sesiapa yang lahir 1 Disember ni memang kuat nangis? ahaks!

Cuti sekolah hujung tahun ni iols hantar dua beradik ni ke Bengkel Bacaan Al-Quran dari jam 8pagi hingga 5.00petang. Macam orang kerja plak. Punya lah susah nak memujuk dua beradik ni. Macam2 dia mintak (rasuah la tu)hehehehe... daripada duduk rumah dok tengok tv dan main basikal dan menyusahkan nenek nak masak tengahari baik iols hantar diorang ni gi sekolah.

Jadi, sempena hari jadi yang ke-7 ni... ada ke dia mintak permainan kereta remote controll yang harganyer.... peeeerrrrgghh...baik iols beli baju sekolah diorang tu. Kene kira balik bajet ni. heh! Uols jangan terkejut anak2 iols ni memang semua 'ladies' tapi dia punya lasak kalah anak lelaki! sepupu2 lelaki 3princess ni pun tak se'ganas' mereka. hmmm...anak bapak...

Seorang anak yang sangat rajin menolong di dapur macam babah dia. Muka pun fotocopy muka babah. Happy Birthday Dear...i love u!! Moga akan berjaya di dunia dan akhirat. Amiiin... Terima kasih pada abg Apad sebab belikan hadiah untuk Nina. Tak pasal2 K.Qin 'n' baby pun dpt jgk. Nanti ummi belanja abg Apad yer...

p/s: Happy Birthday juga untuk sesiapa yang menyambut hari ulang tahun kelahiran pada tarikh yang sama... jangan nakal2...

~Adios!~

Monday, November 29, 2010

Due Date Hantar Borang SKT 2010 @ 30 November 2010!!

Ya! hari ni adalah hari last untuk kami orang2 pejabat ini untuk menghantar borang SKT (Sasaran Kerja Tahunan) bagi tahun 2010.

Uwaaaaa...korang suruhlah haku gi kursus ke (jangan kursus Induksi sudah la). Suruh haku gi periksa PTK ke atau pun suruh haku jadi urusetia projek2 pejabat...haku rela!

Tapi...janganlah paksa haku isi SKT ni. Isi borang ini lah yang paling haku tak suka! Walaupun ia sangat penting. Serius mak tak suka nyiah oiii.

Copy and Paste?
Oh. No no no! Ini tahun haku punyer kerja sudah lari bidang. Bukan setakat lari lari anak tapi lari 400m BERHALANGAN! huhuhu! melampau tak?

p/s: nak sambung memeningkan kepala...

~Adios!~

Friday, November 26, 2010

kata kata tanpa suara 3

"Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang.
99 disimpan di sisi-Nya & hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia.
Dengan kasih sayang 1 bahagian itulah, makhluk sanggup berkasih sayang."

p/s: ater kabel camera teman tak tau mana perginyer...tak boleh nak hupdate belog bergambar..hahaha (alasan!)

~Adios!~

Tuesday, November 23, 2010

Friday, November 19, 2010

Jualan Mega less 70% @ PONEY vs. Jualan Buku MPH setakat 10-20% jer...hehehehehe

Hari Jumaat kalau tak keluar memang tak sah. Ada fulus ka tak dak fulus ka mesti mau keluar... Ada geng ka tak dak geng ka keluar tetap keluar.

Oh! itu CAH yang dulu.

CAH yang baru... hmmmm malas! Penat seh. Duduk ofis layan tenet lagi bagus. Tapi.... Jumaat hari ini ana mau cuci mata lah..hehehe...

Ground floor SACC.
Sebelah kiri - jualan mega jenama PONEY hingga 70% kau...
Sebelah kanan - jualan buku pelbagai genre, rentak dan irama(haha suka2 hati haku jer) tapi dia punya potongan banyak 10% jer. Kedekut betul MPH ni. hmmm...

Agak agak uols la kan siapa yang menang? Dua dua adalah feberet CAH. Cuba teka?

Jawapannya pada n3 akan datang. Boley?

~Adios!~

Thursday, November 18, 2010

berakhir...dan bermula...

Bukan ke mula dulu baru akhir? hehehe...mana mana pun boleh dek noon..kalau tak de akhir tak mula pulak cerita baru kat TV3 tu.

Berakhirnya penggal persekolahan dan bermula lah musim cuti sekolah. Lega sikit sebab dalam masa cuti sekolah ni kurang sikit nak menggosok baju baju sekolah. Walaubagaimana pun, baju baju untuk dilipat pasti bertambah...hmmmm...sama jugak.

CAH cuma nak cerita pasal anak anak yang akan naik kelas pada tahun depan. Qiqin akan naik ke tahun 4 dan Nina akan naik ke tahun 2. Sesi berlainan. Tu yang fenin sikit sebab masalah van/bas sekolah.

Pencapaian budak berdua ni pada peperiksaan akhir tahun ~ biasa biasa ajer. Cumanya Qiqin turun kelas. Ini yang membuatkan CAH hangin satu badan. Nak marah sangat pun tak boleh. Nina ~ Alhamdulillah. Walaupun tahun ini tak dapat naik pentas tapi kedua2 nya masih dalam kelas top 5 tahun depan.

Sekolah pinggir bandar yang kepadatan penduduknya agak melampau tu membuatkan sekolah dan isi kelas pun padat. Kelas tahun 3 ajer ada 15 kelas(kalau tak silap). Bayangkan! Ramai tu...Saingan pun sengit.
Budak budak dan ibu bapa zaman sekarang ni pun tak macam zaman CAH dulu. Masing masing nak menuju puncak.

Perancangan untuk kakak berdua tu dah ada untuk musim cuti sekolah ni. Tak boleh duduk rumah goyang kaki tengok TV jer. Tapi itu rancangan ummi dan babah ajer. Kalau ikut bebudak tu....hmmmm kompem kompem tak mau diorang tu join agenda yang dirancangkan.

Ups! terpanjang sudah. dah lah gambar tak de. bosan jer kan?

p/s: sedang mencari tarikh dan tempat nak bercuti sempena cuti2 sekolah @ cuti2 malaysia... Ramai pulak  buat kenduri kahwin... eemmmmm...

~Adios!~

Tuesday, November 16, 2010

Menjelang Aidil Adha

Salam...

Walaupun meja ku penuh dengan kertas kertas dan fail fail....hmmmmm....belog harus dihupdate.
Walaupun ku tahu kerja ini tidak boleh selesai hari ini...hmmmm....kerja harus dilunaskan juga.

Banyak pulak benda nak kene setle sebelum cuti ni. Geram plak haku. Nasib baik lah cuti sehari jer...
lupakan pasal kerja. Penat dah.

Kepada semua - selamat menyambut hari raya KORBAN!

"bukankah bila orang yang kita sayang dan cinta berasa bahagia, kita turut bahagia?secara tidak langsung ianya untuk diri kita sendiri juga.. mungkin bukan secara zahir, tapi bahagia dalam diri dan emosi =D ~ by nik fatimah ~

p/s: ...tidak salah kan kalau kita berkorban untuk kebahagiaan orang lain? lebih lebih lagi orang yang kita sayang. melupakan sejarah silam yang manis juga suatu pengorbanan, kan? : LOL

~Adios!~

Sunday, November 14, 2010

Memang jalan jalan makan hangin jer le...

Uols layan jer la....

Tetiba jadik pemalu plak Qiqin ni.


 Ummi ambiklah gambar Nina tengah makan ni...
Ye la..

 huuuu...sejuk.

 Spongebob spongebob where are u?



 Dah dah...jom balik. Ummi tak bawak duit ni.
uwaaa...ada ke patut nak gi berjalan kad ATM tak bawak...mati semua hangan hangan!

p/s: antara klang dan shah alam ~ dekat tapi jauh...

~Adios!~

Takziah untuk Jan.

Salam pagi Isnin yang suam suam kuku
sebab aircond macam hidup segan mati tak mau
Kecerahan pagi yang menyengat kulit
rupa rupanya membawa khabar yang kelam

Al Fatihah untuk Arwah bapa Reza aka Jan
salah seorang pegawai di pejabat CAH
Didoakan semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang2 yang beriman
untuk Jan ~ aku tau kau seorang yang tabah dan kuat. Dan, aku tau kau seorang anak yang taat walaupun kau budak nakal. Kau telah menjalankan tugas seorang anak dengan sangat baik. 

p/s: Uwaaaa...tiba tiba haku teringat kat arwah abah..Al Fatihah untuk abah jugak. sob sob sob..

~Adios!~

Thursday, November 11, 2010

3hari 2malam part 2

Cepatnya masa berlalu dah hari jumaat...seperti yang dijanjikan...

Layan....
Perjalanan weols di taja oleh Bas Mini UiTM...hehe...weols punyer barang ajer dah conquer semua troli yang ada kat hotel ni.

 En Khairul dan Pn Zu sibuk uruskan chek-in weols para2 uruscurang ups! silap urussetia.heh
 Lorong/jalan menuju ke bilik iols. Nasib baik dapat yang dekat...kalau dapat yang jauh macam bebudak jantan tu....hmmm terpaksalah naik buggy yang disediakan oleh pihak hotel. ahaks!
 Rumah atas air uols! iols yang gayat  ni terpaksalah bermuka muka menjadi  macho..hahaha...
 Rumah atas air ini tidak senget yer uols. iols yg ambik gambar senget benget.
Jom kita masuk rumah plak.

Masuk masuk rumah ajer...terkezut mak! Apekah??? 
No no no. 
Ini lubang bukan sebarang lubang. Uols hentak, loncat2 pun ia tetap kukuh disitu.

 Yang dihujung itu ialah tandas ye tuan2 dan puan2.

 Tempat mandi la apa lagi...tak nampak shower tu?heheh!
 Yang ini pun tempat mandi. Bath tub nama dia. Uols pilih lah tempat yang mana satu uols nak mandi!

Mirror mirror on the wall...who's the prettiest in this blog. Hahahahha...

 
Pintu masuk bilik. Chalet ni pelik sikit. Uols jumpa bilik air dulu baru jumpa bilik tidur. ish ish ish...

 Ta da.... Ini yang syiok.. King size. hihihihihi...
Sambil baring baring rehat kan badan kita layan TV -Chinta & Asmara - tajuk drama kat TV3 beb...

 Sudut membaca. errrrr..ker sudut mengintai. Tak de benda yang nak di intai dek noon!

 d' beranda aka tempat memancing. Pemandangan dari dalam.
Pemandangan dari luar. 
Meja/tempat iols buat kerja malam2..haha Poyo! iols buat keje la. hupdate belog dan berFB.
So? okey tak tempat ni? Bagi iols, seikhlasnya tempat ini BOLEH LAH. Sesuai untuk orang berhoneymoon. Kalau iols yang dah ader anak 3 ni...sempit kau bilik dia! Mau bilik besar kasi bayar mahal lah. Iols tak mampu dek noon. hikhikhik..

Lagi satu, tang makanan dia...hmmmm....baik uols pegi makan kat luar! Terseksa jiwa dan raga. (sila baca ikut intonasi ceritera melayu lama zaman hang tuah!). 

Harap maap ye uols gambar tidak cantik. Terlebih plak dari segi penataan dan biasan cahaya. (Padehal camera murah. haha..)

Untuk keterangan lanjut sila lawati laman sesawang atau taip ajer kat google : The Legend Water Chalets Port Dickson. 

p/s: antara Port Klang dan Port Dickson ~ jauh tapi dekat.  

~Adios!~

Wednesday, November 10, 2010

hajat di hati

Salam uols....

Pagi pagi kene ceria. Walaupun hati tidak sebahagia mana... hahaha...dia mula dah... ada orang kata i ni jiwang. ahaks! penchenta novel memang jiwang. i like that..huhu...belasah la labi...

Hajat di hati...

hari ni nak hupdate belog dengan gambar gambar yang i ambik masa 3hari 2malam tu
carik punya carik...korek punyer korek...halmaklum dalam beg i tu macam2 ader...heheh!
ish ish ish... tak jumpa!

makanya...

harap maaf. n3 tak boleh post hari ni. mungkin malam ni.  mungkin esok. mungkin juga minggu depan. eh!minggu depan tak boleh. dah tak de feel. feel kene ada beb. itu sangat penting.

p/s: lamanya tak gi MPH carik novel. Senarai panjang tajuk novel dah lama menunggu...

~Adios!~

Tuesday, November 9, 2010

3hari 2malam

anak2 okey ke bang?
okey
baby nangis tak?
tak. biasa jer
dia tak tanya ummi ker?
tak de pun.
kenapa dia tak tanya ummi?
dia sibuk main basikal dia

huk huk huk
sedih lah pulak....

anak kecik ummi tu tak rindu ummi ke bang?
dia tau ummi gi kerje..
kakak yang dua tu okey?
okey...
ye lah...tak pe lah...

p/s: gara-gara tak pernah berjauhan dengan anak...anak tak apa2 mak yg over...heheh!

~Adios!~

Wednesday, November 3, 2010

nyanyi nyanyi hiburkan hati

Hai...

Jom lah kita nyanyi nyanyi hiburkan hati. Macam dalam cerita melayu dulu dulu. kalau sedih nyanyi kalau gembira pun nyanyi sambil main buaian.hehehehe...Khonon khonon ber 'kara o.k.' pun boleh...

Layannnnn....

Dan Bila Esok - Sofaz

Di dalam hati selalu tersimpan
rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
kau diam tanpa kata
saatku ungkap semua rasa

Di saat ku ingin dekat denganmu
kau semakin jauh meninggalkanku
dan kau diam tanpa kata
saatku ucap semua rasa

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
tuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
tuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya

Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatiku
untuk cinta yang pernah engkau miliki
untuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
untuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
untuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu

Untuk cinta yang pernah kita miliki tuk selama-lamanya

p/s: lagu ini bertujuan untuk bersuka suki yer hadik hadik...tidak ade kene mengena dengan yg idop atau yg dh tak idop. ngeh ngeh ngeh...

pujuk hati sendiri....

Helo helo helo...

N3 kali ini haku copy n paste ajer dari emel yg haku baru dapat. hihihi...malas ke haper CAH ni hari ni.. ala sesekali copy n paste ape salah nyer, kan? kalau ada sesiapa yg pernah dapat dan baca sila abaikan.heh! yang belum pernah baca...silakan. (* haku suka part moral of the story....hikhikhik.)

Heart of Gratitude

  
A blind boy sat on the steps of a building with a hat by his feet. He held up a sign which said: "I am blind, please help." There were only a few coins in the hat.

A man was walking by. He took a few coins from his pocket and dropped them into the hat. He then took the sign, turned it around, and wrote some words. He put the sign back so that everyone who walked by would see the new words.

Soon the hat began to fill up. A lot more people were giving money to the blind boy. That afternoon the man who had changed the sign came to see how things were.

The boy recognized his footsteps and asked, "Were you the one who changed my sign this morning? What did you write?"

The man said, "I only wrote the truth. I said what you said but in a different way."

 
I wrote: "Today is a beautiful day but I cannot see it."

Both signs told people that the boy was blind. But the first sign simply said the boy was blind. The second sign told people that they were so lucky that they were not blind. Should we be surprised that the second sign was more effective?

Moral of the Story:

Be thankful for what you have. Be creative. Be innovative. Think differently and positively.

  • When life gives you a 100 reasons to cry, show life that you have 1000 reasons to smile.
  • Face your past without regret.
  • Handle your present with confidence.
  • Prepare for the future without fear.
  • Keep the faith and drop the fear.
The most beautiful thing is to see a person smiling…And even more beautiful is, knowing that you are the reason behind it!

Enjoy your day with a heart of gratitude.

 
p/s: Bila kita jatuh, nak bangun semula memang susah. Sakit tetap terasa. Bila kita dah bangun semula, selalu lupa yang kita pernah sakit kerana terjatuh. Tapi, tak semua orang lupa rasa sakit itu, kan? Lebih lebih lagi kalau jatuh yang meninggalkan parut. C.A.H goreng ikan pun boleh dapat parut inikan pula jatuh dek noooon!! miahahahahhaha...(ketawa jahat).

~Adios!~

Tuesday, November 2, 2010

no title...

Salam November...

Huh..lama ke tunggu n3 baru C.A.H? Idea banyak pun kalau tak nak post tak kan ade n3 baru. Betul?

Ketika emosi tidak stabil eloklah kita mendiamkan diri. Duduk diam diam. Jangan bercakap dan buatlah perkara2 berfaedah yang lain. Walaupun hupdate belog No No No!

Tatkala emosi jahat mula menguasai  minda dan akal eloklah kita mengambil sikap bersabar , tunggu dan lihat.
Hati yang terluka akan lebih melukakan hati yang lain. Tangan kene jaga. Mulut jaga!

Pabila fikiran kembali waras ....masa inilah kita mengatur langkah mengleraikan kekusutan yang mengganggu  tidur perjalanan hidup.

Saat sudah pulih jangan mudah lupa dengan apa yang telah dilalui. Mungkin itu adalah balasan. Mungkin juga ia adalah ujian. Atau...mungkin juga itu hanyalah cabaran. Pengalaman pahit mungkin juga.

Kita ini manusia beb...sedangkan rambut yang nampak ajer sama warnanya ~ hitam. Tapi bila kita datang dekat dan perhati betul2. Ada hitam pekat. Ada hitam yang pudar. Ada hitam campur karat2 sikit. Inikan pula hati yang sah sah duduk kat dalam badan. Kita pun tak pernah nampak hati sendiri.

Kalau tersalah cakap sikit2 atau terlepas kata tu lumrah lah... Kalau benda kecik pun nak ambik 'port'...hmmmmm.....




p/s:  Diam itu bukan aku. Andai itu adalah yang terbaik untuk aku, maka jadilah aku begitu. 


~Adios!~

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...