Thursday, November 18, 2010

berakhir...dan bermula...

Bukan ke mula dulu baru akhir? hehehe...mana mana pun boleh dek noon..kalau tak de akhir tak mula pulak cerita baru kat TV3 tu.

Berakhirnya penggal persekolahan dan bermula lah musim cuti sekolah. Lega sikit sebab dalam masa cuti sekolah ni kurang sikit nak menggosok baju baju sekolah. Walaubagaimana pun, baju baju untuk dilipat pasti bertambah...hmmmm...sama jugak.

CAH cuma nak cerita pasal anak anak yang akan naik kelas pada tahun depan. Qiqin akan naik ke tahun 4 dan Nina akan naik ke tahun 2. Sesi berlainan. Tu yang fenin sikit sebab masalah van/bas sekolah.

Pencapaian budak berdua ni pada peperiksaan akhir tahun ~ biasa biasa ajer. Cumanya Qiqin turun kelas. Ini yang membuatkan CAH hangin satu badan. Nak marah sangat pun tak boleh. Nina ~ Alhamdulillah. Walaupun tahun ini tak dapat naik pentas tapi kedua2 nya masih dalam kelas top 5 tahun depan.

Sekolah pinggir bandar yang kepadatan penduduknya agak melampau tu membuatkan sekolah dan isi kelas pun padat. Kelas tahun 3 ajer ada 15 kelas(kalau tak silap). Bayangkan! Ramai tu...Saingan pun sengit.
Budak budak dan ibu bapa zaman sekarang ni pun tak macam zaman CAH dulu. Masing masing nak menuju puncak.

Perancangan untuk kakak berdua tu dah ada untuk musim cuti sekolah ni. Tak boleh duduk rumah goyang kaki tengok TV jer. Tapi itu rancangan ummi dan babah ajer. Kalau ikut bebudak tu....hmmmm kompem kompem tak mau diorang tu join agenda yang dirancangkan.

Ups! terpanjang sudah. dah lah gambar tak de. bosan jer kan?

p/s: sedang mencari tarikh dan tempat nak bercuti sempena cuti2 sekolah @ cuti2 malaysia... Ramai pulak  buat kenduri kahwin... eemmmmm...

~Adios!~

7 comments:

✿....rossa alina....✿ said...

ahakkss!!bru nk rileks dari gosok baju,dah kene lipat baju..kuikuikui..

15 kelas??mak oooi..banyaknyee...dulu 10 je kot??mase zaman acik dulu lg la sikit kan??huhuhu..

waaahhh...nak g cuti2 malaysia ke??best2!!jgn lpe g kenduri kawen lak..da jemput tu..kikiki...

;p

apple hijau said...

kalau rajin berlipat le baju tu. kalau malas..hmmmm...boleh buat tilam daa...

zmn acik dulu 5 kelas jer...nampak sgt acik dah jd 'org lama' hahaha..

mana nak gi erk? ada cadangan tak?ko sok kawen jgn cuti sekolah tau Lin..ahaks!

✿....rossa alina....✿ said...

haaa..pergi la kat gambang tu..kalo tu jauh sgt,g pantai morib..dekat sikit..hahaha.. ;p

kalo nak kawen xnak la time cuti sebab ramai sangat kawen..bek amek tarikh yg org xcuti..hihihi..baru la semua boleh datang.. ;p

Prince Halilintar said...

CAH klu nk bercuti kene cari tempat yg sesuai gak..maklumlah skrg kan musim hujan..xtvt mandi manda tu risau la jgk kan..ape kate CAH bawa mereka gi bercuti di shopping kompleks je..hahaha

apple hijau said...

@ Alin ~ morib pun ok tp tak boleh mandi manda daa...

@ Prince ~ amboi kau Prince...ape kelazz shoping komplex tu menghabiskan duit..uwaaaahahaha...

Prince Halilintar said...

sekali sekala abeskan duwet tuk anak2 ape salahnya CAH..tapi jgn sampai anak2 demand mcm2 dah lah..kering poket..haha

izzatul atiqah azhar said...

c.a.h : air terjun ...

kawan. oh. kawan.

Dalam dunia ni kita ada macam-macam jenis kawan. ada kawan menangis sama-sama. ada kawan makan sepinggan tidur sebantal. ada kawan yang ...