Sunday, June 5, 2011

cuti sekolah...apalagi kalau bukan kenduri kendara...

Assalamualaikum wbt...

Baca tajuk pun dah tau apa kisah. Halmaklum la cuti sekolah...time ni lah nak buat kenduri kawin, nak bertunang, nak berendoi, nak jalan2 makan hangin...kasi can la.. dapat juga tangkup periuk... he heh!

Bila difikir2 bagus juga kene jemput ni. Ini tandanya orang ingat kat kita. Hargai ikatan persaudaraan, kejiranan, persahabatan. Bayangkan kalau orang tak nak jemput kita ke majlis mereka....mesti sedih kan? Bersyukur la cik siti wan kembang oiiii.... :D

Layan gambar la eh...
Rumah pertama: Saudara belah mak. Tempat kejadian: Kpg Kundang, Sg. Buloh. Tema: Hitam putih.

Lepas tu kami 'lari' pula ke...
Nina dengan gaya selambanya.

Rumah kedua: Jiran sebelah rumah. Tempat kejadian: Kampung Baru, Kuala Lumpur. Tema: Khunin diraja + putih.
Tuan rumah (berkopiah putih) ni memanglah jiran kami, betul2 sebelah rumah. Majlis kali ni diadakan di Kpg Baru sebab dia memang menetap disana. Rumah kat sebelah tu macam rumah tumpangan je rumah hujung minggu gitu. Dua majlis walimah anak nya yg sebelum ni memang buat kat Meru kali ni jer buat kat KL.

E eh...nampak KLCC la... memang dekat benar. Jalan kaki beberapa minit dah sampai. gambar ni iols snap sendiri ye bukan ambik dr mr. google okey.. :)

Yang ni pun iols snap juga sebab tu tak cantik.,blurr jer. huhuhu!

Arah tuju seterusnya...
Rumah ketiga: rumah emak kepada my BFF, GG. Tempat kejadian: Belakang petrol pum Petronas, Meru. Tema: 'ntah ye...pink utk baby girl dan grey utk baby boy kot..
Majlis doa selamat dan cukur jambul aka berendoi dan aqiqah anak2 buah nya (adik adik GG). Sori Gee iols copy paste gambar ni dr FB uols.. he heh!

Kak Qin tak sabar nak tengok apa yg auntie GG letak dlm tu.

Comel kan 'berkat2' dari rumah auntie GG ni. 3princess kata rumah auntie GG la yg paling best sebab diorang dapat pilih sendiri jajan yang banyak tersedia tu,bungkus dan bawa balik. Makanan pun superb! macam2 ada. Kambing panggang pun ada tapi... perut kami dah kekenyangan la auntie GG.

Itulah kisahnya...aktiviti biasa hari ahad pada musim cuti sekolah begini. Cuti sekolah kali ni tak dapat nak bawak jalan2 sangat sebab bajet kene jaga juga. heheh! Jalan2 kenduri kawin pun booooleh lah!

p/s: Fuuh! penat betul. Lepas ni kene buat surat lantikan dan minta elaun sebab asyik jadi pemandu jer... Big apple?jadi co-pilot kat sebelah.

salam sayang
dari haku yang rasa...dekat tapi jauh....dengan blog sendiri.

6 comments:

nukilanaffiza... said...

hmm...cuti ni mesti penuh kan jemputan ..sampai tak ter pergi pun..huhuh....abg fenn dah tak larat nk makan nasi minyak dah..tiap2 minggu berkompang umah org kawin....

apple hijau said...

kalau kat kenduri kawin sy paling suka tengok dan dengar kumpulan kompang buat show...mak dan anak sama2 terpaku..ha ha

cik sakdi said...

dekatnye ngan KLCC. syok la selalu lepak sane. haha

Fiqas said...

pendek kata, dapur mmg tak berasapp la ye Cah musim kenduri nih...

Mohamadazhan hjDesa said...

sakit perut da makin byk ni.hehe

white rose said...

fuuhh...
jenuh time cuti2 ni...
banyak kenduri kendara kan...

yg pasti 1 pun sy xdpt hadir...
kesian kan

kawan. oh. kawan.

Dalam dunia ni kita ada macam-macam jenis kawan. ada kawan menangis sama-sama. ada kawan makan sepinggan tidur sebantal. ada kawan yang ...