Tuesday, May 17, 2011

keywords: Kasih Sayang. Ikhlas. Sabar. Adil.

Salam álaik...

Semua orang tahu. Seluruh dunia pun tahu. Ibu bapa juga tahu. Murid2 lagi lah tahu. Guru2 apatah lagi. Memang tahu. Sungguh2 tahunya. 16 Mei adalah hak milik mereka, guru2 aka cikgu2.

Pada asalnya saya tidak mahu menulis pasal guru aka cikgu ni. Bukan sebab tidak mengenang jasa. Bukan kerana lupa diri. Bukan ada sejarah pahit dan bukan ada rasa benci ataupun dendam. Tidak ada sekelumit pun rasa sedemikian. Ater, udoh semua belog ceghita pasal haghi cikgu cikgi ni, kan?

Tetapi...akhirnya terpanggil juga nak menulis bila membaca satu demi satu n3 rakan2 blogger saya yang kebanyakkan nya adalah berstatus guru. Hebat sungguh! Tabik spring gituh.. he he

Beberapa tahun dulu...mungkin sudah 15 tahun lebih (lama tuh..) saya juga pernah bergelar guru. Jodoh tak panjang...4 tahun sajer. Pengalaman? Superb! Lebih2 lagi bila tiba Hari Guru memang seronok bila murid2 bagi hadiah. Dan saya salah seorang top 5 guru yg paling banyak dapat hadiah saban tahun sepanjang khidmat saya disekolah tersebut. Penuh juga bonet kereta dengan hadiah dari mereka tu.

Ada juga rasa malu dgn guru2 yg lain sebab guru sandaran ini 'hover' plak drpd guru2 tetap lagi bertauliah. Apakan daya..."Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita menerima." Mungkin sebab dalam kelas tu kebanyakkan nya adalah anak2 orang 'ada2' atau memang mereka sayang saya (perasan!) atau juga keperihatinan ibu bapa dalam hal2 sebegini atau pun mungkin juga waktu itu saya adalah cikgu yg bujang! huhuhu...(terlebih sudah..)

Saya tidak pernah pun meminta-minta pada anak2 kecil itu untuk memberikan hadiah pada saya. Apatah lagi buat announcement "Esok adalah hari guru. Jadi, saya mahu esok setiap murid kene bawa hadiah untuk saya" Owwh tolong lah. Ini kisah benar. Saya pernah dengar seorang guru buat macam ni. Waktu tu saya rasa...Ya Allah, malunya... Bukan semua orang mampu nak bagi hadiah lah! Apa agaknya tanggapan ibubapa bila tahu guru/cikgu cakap macam tu? Menjatuhkan maruah betul!

Saya tidak pernah kisah apa pun yang mereka beri. Saya ucapkan dengan ucapan terima kasih yg sungguh2 ikhlas. Walaupun ia hanya sekadar sebatang pen merah! Pernah saya terfikir, mungkin anak2 kecil ini membeli pen merah itu dengan wang saku yang diberikan oleh ibu bapa.  Maka, saya simpan dan saya jaga dengan baik. Menggunakan pen merah itu untuk menanda buku2 anak2 kecil itu hingga habis dakwatnya. huh!syahdu gituh.

Saya bukanlah nak memuji diri tapi itulah kenangan namanya untuk dijadikan pengalaman dan pedoman kehidupan. Membimbing dan mendidik dengan kata kunci Kasih Sayang. Ikhlas. Sabar. dan Adil. Saya juga percaya pada..u get what u give!  Kita sayang mereka. Kita akan dapat kasih mereka.

p/s: nak bersiap. bawa anak2 beli hadiah untuk guru2 mereka. hujung minggu hr tu cuaca tak mengizinkan untuk kami keluar rumah. babah pulak kerja. (wesak day ni pun babah kerja jugak..hurmmm...)

from Puncak witk love... :D

13 comments:

Fifieyqa said...

Wah akak penah jd ckgu ek?hepi tcer's day la jugak! *belated..hehe

Prince Halilintar said...

hmm..yes,i got wat i gave..

Hepy Teacher's day

white rose said...

salam kak...
lama tak bersua disini...

seronok kan pengalaman jadi cikgu...

paling sy suke budak2 bagi pen merah...

kenapa?

ade perasaan tersembunyi...

Safiah Ibrahim said...

rajin betul tuka layout. (:

Fendi BL036 said...

hmmm...miss apple pernah jadi cikgu ek? memang cikgu ni ibarat lilin...letih dan sakit utk anak2 bangsa nya...semoga pendidik diberi rahmat dariNya...

shida mj said...

bebudak memang gitu..meraikan hari guru lebih daripada hari ibu, beriya-iya..tapi takpe guru2 tu la yg beri diaorg ilmu..

a.samad jaafar said...

ingatkan saya tersalah rumah tadi.. udoh cat baru ye..nasib ada buah epal ijo tu hihihi..

bila tiba hari guru, pasti saya sediakan budget utk mbeli hadiah2 utk diberi kpd cikgu2 anak saya..beli setakat yg termampu sbg tanda kita mhargai jasa2 yg dicurahkan kph anak2 saya..

fiqas said...

salam cah,
rindu banget sama cah... lama tak jenguk, serba baru nampak nya.., lagu baru yang best..mendayu2..



pst, selamat hari guru buat bekas cikgu ni..:)

apple hijau said...

@ misf fifieyqa ~ dulu punya cerita..sekarang jadi cikgu anak2 jer...:D

@ Prince Halilintar ~ sy doakan Prince jadi cikgu/lecturer satu hari nanti...hehe :P

@ white rose ~ pen merah pen biru...u marah i rindu...perasaan begitu kah? he he...

apple hijau said...

@ cik Fia ~ layout hr tu buat sy cepat bosan la Fia...hehe

@ nukilanaffiza ~ kisah dulu tu Fenn..guru2 Fenn mesti bangga dengan pencapaian Fenn sekarang.

@ shida mj ~ gitu lah budak2...ater deme semua tau ibu bapa sekrg pun sporting2...

apple hijau said...

@ a.samad jaafar ~ amboi yop...apel ijo setia di situ yop oii...

betul tu yop...sy tau cikgu2 tidak mengharapkan apa2 dr anak2 muridnya tapi sebagai ibu bapa apa salahnya kita 'tackle' guru2 anak2 kita tu.. :)

apple hijau said...

@ Fiqas ~ saya pun kangen sama kamoo sih.. hi hi. tak sabar nak baca kisah2 dari fiqas..

Fadzli Amir said...

Hehehe...selamat hari guru...sorry terlambat...ni cikgu femous la ni...Bagus2...( teringin gak nak dapat hadiah banyak2 )

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...