Sunday, August 15, 2010

Kad Raya 2010

Salam berpuasa...

Bulan puasa ni malas pulak nak hup date belog 'rama2 dan bunga2' ni...tapi kalau tak hup date tak bess plak, kan?kan?kan? ker...haku jer yang syok sendiri...hikhikhik suka hati haku la labi..belog haku.

hmmm...nak cerita apa yer post kali ni?? kita cerita pasal kad raya nak? tetiba teringin plak nak terima kad raya. lawak tak? ye la masa jadi budak sekolah dulu kalau tiba bulan pose ni memasing sibuk nunggu abang posmen hantar kad raya. atau pun memasing sibuk gi cari kad raya dan beli setem kat pejabat pos. aduuuuh...rindunya saat itu.


Dulu, tau ajer kad raya fesyen baru tu macamana rupa dan harganya. tapi itulah...zaman dah berubah. nak jumpa kad raya pun dah susah. memasing ucap selamat hari raya melalui SMS ajer. ataupun hantar email kad raya. Dan, dah tak jumpa dah kad raya gantung kat pokok bunga atau dinding dinding rumah. Trajis sungguh haku rasa!


abang abang posmen sekarang pun sudah tidak sesibuk macam dulu dulu. Kalau dulu tak cukup kakitangan haku dengar pejabat pos tu sebab nak melayan kad raya yang berjuta juta tu. apo nak buek...peredaran zaman merubah segala...


haku sendiri pun dah tak layan kad kad raya ni sejak bertahun tahun yang lalu...sejak ada anak bersekolah barulah layan semula. itu pun sebab anak anak kata nak bagi kat cikgu diorang. apa kata tahun ini kita berutus utus kad raya, nak tak?hihihi...

p/s: kawan kawan lama cik apple hijau sekelian, awas!anda mungkin akan menerima kad raya daripada cik apple hijau tahun ini. huhu!

~Adios!~

7 comments:

Prince Halilintar said...

jangan lupe pos kad raya kat prince juga..salam perantauan dari prince..hehe

✿....rossa alina....✿ said...

cik,nak kad raye gak..hahahahaha..bg yg spesel2 ade lagu2 pnye..bule??hehehe..

**mcm nak bg kad raye kat org je tp xtau nk bg sape..huhuhu... ;p

shida mj said...

kita tak nak kad raya..kita nak duit raya jek..bole..hehehe

Prince Halilintar said...

mak org xley dapat duit raya..bg duit raya kat prince je..cian prince xkawin lagi..haha

apple hijau said...

Prince, bak sini kau punya address. kampung. bukan kat ofis.

apple hijau said...

k.shida, egegegegegge...duit raya untuk tahun ni dibekukan...ha ha ha bajet tak cukup.

apple hijau said...

alin nak kad jugak ker?boleh boleh boleh...alin bg kad nya nanti ciknab tulis pastu cik nab letak kat box kat pokok pelam depan rumah tu ye...rajin2 la jenguk box tu. hihihi..

p/s:ala buat buat tak tau pulak nak bg sape. jgn malu malu bagi jer...

kawan. oh. kawan.

Dalam dunia ni kita ada macam-macam jenis kawan. ada kawan menangis sama-sama. ada kawan makan sepinggan tidur sebantal. ada kawan yang ...