Wednesday, June 16, 2010

Surat Rasmi...heheheheh!

KEPADA PIHAK BERKENAAN


Tuan/Puan

PEMAKLUMAN BERCUTI

Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk.

2.   Sukacita dimaklumkan bahawa saya akan bercuti dari 17 hingga 18 Jun 2010.  Sehubungan itu, blog Butterflies & Flowers ini tidak akan menyiarkan sebarang entri untuk beberapa hari. Ini adalah kerana saya turut memberi cuti rehat kepada laptop saya iaitu 'Panji Semerah'. 

3.   Walaubagaimana pun, pengunjung-pengunjung blog ini boleh mengulang baca entri-entri terdahulu dan digalakkan meninggalkan komen-komen pada ruang yang disediakan.  Komen-komen tersebut akan diterbitkan sekembalinya saya dari bercuti (jika ada).

Sekian, keprihatinan dan kerjasama daripada tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Yang benar










Cik Apple Hijau

p/s: hehehe...jangan mare. Kalau lah bos cik apple hijau baca surat rasmi ini pasti dia tepuk dahi. heheh..

Salam sayang dari cik apple hijau untuk pengunjung tetap blog ini. Cik apple hijau pasti merindui anda semua! (macam lah lama benor cuti nyer) dan lagi Jangan ditanya ke mana aku pergi...aku pergi membawa hati nan lara.

~Adios!~

2 comments:

yimz said...

selamat bercuti..jgn jadi tarzan..hehe

apple hijau said...

hehehhehe....TQ yimz. saya tak jadi Tarzan, saya jadi Jane (kekasih Tarzan).

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...