Thursday, June 3, 2010

ayat tanya, ayat perintah, ayat penyata dan ayat seruan versi cik apple hijau

Korang layanzzz jer la erk!
"Bila Iman nak dapat adik?" "Iman dah berapa tahun?"
Ape kene mengena nya umur anak aku ngan dapat adik ni???

"Iman dah besar boleh lah dapat adik ni..." "Mana tau kali ni dapat lelaki pulak"
Helloooo...big apple pun tak pernah sibuk sibuk nak kan anak lelaki. MIL pun tak pernah sebut apa apa. Rezeki Allah Taala babe... Ada sebab kenapa Allah beri cik apple hijau n big apple princess jer. Tak payah fikir benda yang tak mampu difikir dek manusia.

"Kakak kakak nya dah besar, dah senang! Boleh di suruh suruh ambik itu ini". Wah Wah Waaaah... ingat budak budak tak de perasaan ker??? nama pun budak budak. Cik apple hijau tak nak anak anak rasa bosan bila duduk rumah. Asik kene suruh itu dan ini sajer..kerja sekolah pun banyak yang nak dibuat. They need their own life as a children maa...

Kalau yang bercakap tu setakat opismate ataupun sedara mara yang tahu siapa cik apple hijau ni, cik apple hijau tak ambik hati pun. Sungguh! sebab diorang tau maintenance anak zaman sekarang ni macamana!

Tapi...kalau yang menanya tu pun jenis yang dok CATU CATU anak. Dah tu suri rumah...dah tu duduk kampung... dah tu jenis tak keluar rumah dah tu jenis tak bergaul dengan orang tapi lagi mahu cakap banyak.... waaaah...main kasar ni!

Kalau dah suri rumah sah sah lah tak beli susu lembu! (walaupun ada yg bekerja tapi boleh breastfeed secara exclusive) dan sah sah lah tak hantar anak ke nursery, kan?

Kalau yang bercakap tu pulak orang yang bekerja hah! sebulan gaji laki kau aje dah boleh buat downpayment kete Satria Neo! Siap ada bibik lagi. Cik apple hijau n big apple ni keje gomen dan taraf taraf kuli batak ajer. So, kene lah sedar diri. hehehehe...

Fuuhh!marah sungguh cik apple hijau ni. No No No! Tidak... cik apple hijau tak marah cuma sikit GERAM sebab ada orang yang bercakap tak fikir dulu. Princess yang 3 tu pun tak terlayan cik Kiah oiii...

Moral of the story: Bersyukur dengan apa yang ada...ALHAMDULILLAH YA ALLAH!!!

No comments:

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...