Wednesday, June 16, 2010

Orang orang kerje Gomen...Panas! Panas!

Dah lama cik apple hijau tak bukak forum.cari tu. Tetiba hari ini tergerak nak baca mana mana yang patut. Dan tetiba pulak mata dan otak cik apple hijau terangsang untuk mengetahui kisah selanjutnya berkenaan.... FB dan Kakitangan Awam @ Isu Semasa. Waaah...lain macam jer bunyi nyer. Well, biasalah orang kerja swasta memang suka kutuk kutuk orang kerja gomen hahahahha! statement... mak pernah kerja swasta bos cina lagi, mak tau la nyiaaah! Mari lah kita baca sikit apa yang pembuka thread tu tulis. (mak copy paste jer tak kuasa nak retype).

"Aku nak tanyala, adakah jbt2 kerajaan di Malaysia ni memasang firewall bagi menyekat penggunaan FB dan lain2 laman web sosial oleh semua peringkat kakitangan mereka. Bukan apa, aku seorang peniaga online yg mengguna FB sebagai medium untuk perniagaan aku. Aku ada terima tempahan dari kakitangan kerajaan yg menggunakan lama web sosial ni, dan tempahan dibuat secara chatt atau inbox. Yang aku musykilnya, pelanggan aku ni guna FB pada waktu pejabat, sempat juga mereka ye..kadang2 aku baca gak la komen2 mereka di FB mereka..ada yg kata letih dgn perangai bos, ada yg membuat network dgn kawan2 sekolah dulu2. Aku rasa dah tiba masanya Suruhanjaya Multimedia melaksanakan atau mengujudkan akta agar di pasang firewall di semua jbt2 kerajaan agar staff mereka tak leh nak berFB.



Aku nampak banyak mudarat dari kebaikkan, dan aku rasa dah tiba masala....insentif patut diberi kpd mereka ni utk memasang broadband di rumah memasing...agar mereka boelh tergolek terlentang untuk berFB...tidak mencuri waktu pejabat.


Bos pun kenala sacrifice gak....ni tak...bos pun 2 kali 5 aja...berchatting kat FB.....What say you all...especially org2 kerajaan."

So, apa kata uols yang rata rata pembaca blog cik apple hijau ni adalah staf gomen. Tapi yang pasti opismate cik apple hijau ni kerja pasti beres. Bukan setiap masa online dan yang penting UiTM memang dah block menda2 cenggini. Kalau nak bukak jugak pandai pandailah kan. Pandai makan pandailah simpan..eh betul ker??peribahasa ni. hihihihi....

p/s: sedikit sebanyak terasa juga cik apple hijau walaupun jarang berFB(jarang ker cik apple hijau?) tapi cik apple hijau sibuk berbolog bolog(bak kata Anuar) ni banyak guna PC opis...huwaaaa...

~Adios!~

1 comment:

ARNSHAH said...

Bukan tak boleh. . ade satu2 organisasi kerajaan yg tak ade laman web, tapi mereka mempromosikan jabatan mereka dgn FB. Jgn kata FB tak boleh diwaktu pejabat bagi kakitangan kerajaan, cube kita lihat FB PM kita, siapa yg uruskan? bukankah mereka org GOV? waktu bile mereka jln kan tugas tu? FB dlm GOV bukan tak boleh, tapi biarlah untk kemajuan organisasi. Kita gunalah teknologi yg ade utk kebaikkan. contohnya, dgn FB kita boleh merapatkan hubungan antara staf organisasi disesebuah negeri dgn negeri lain yg dgn cara yg santai. . antara boss dgn staf (untuk mengenali dlm suasana yg berbeza). yg pastinya biarlah ianya utk meningkatkan prestasi organisasi tapi bukan membuang masa dari pada tugas yg telah diamanahkan. Fikir2kan lah gaji yg kita terima utk diberi makan keluarga tersayang. .

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...