Thursday, July 15, 2010

belajar vs bermain

Salam semua...

Ada baca paper Mega(paper lampiran) Utusan Malaysia hari Khamis 15 Julai 2010. Fokus berkenaan Anak semakin Stres; Ingin cemerlang,anak tertekan; Ibubapa kena jadi contoh terbaik. 3 mukasurat penuh artikel/huraian mengenai isu fokus kali ini. Sila lah baca. Memang sangat berguna untuk semua.

Cik apple hijau bukan nak turut serta menyebok dan memberikan pendapat atau apa apa cuma nak menyatakan sangat setuju dengan isu fokus tersebut. Cik apple hijau selalu suarakan kepada big apple untuk menghantar anak dara yang 2 orang tu ke kelas tambahan atau orang sekarang panggil tuisyen. Nak tahu apa jawapan big apple? Tidak setuju dan tidak perlu. Dia tidak mahu anak anaknya menghadiri mana mana kelas tambahan buat masa ini! Muktamad. Sebabnya?

Babah tidak mahu anak anaknya stress. Babah tidak mahu anak anaknya tidak puas merasa zaman kanak kanak mereka. Babah tidak mahu anak anaknya asyik 'diulit' buku setiap masa. Babah tidak mahu ada paksaan yang terlampau di usia yang terlalu muda. Babah tidak mahu anak anaknya mengalami masalah psikiatri bila dewasa kelak.     

Babah mahu anak anaknya puas merasa keseronokan zaman kanak kanak. Babah mahu anak anaknya membesar secara normal tanpa ada sekatan sekatan. Babah mahu anak anaknya belajar dan bermain (waktu belajar, belajar betul betul. Waktu main, main sepuas puasnya). Babah mahu anak anaknya berjaya dengan cemerlang tetapi bukan dengan menggunakan cara paksa rela yang akhirnya akan membunuh kasih sayang anak anak kepada kami sebagai ibu dan bapa.

Masa big apple menyatakan keputusannya cik apple hijau diam jer. Dan mula memikirkan apa yang big apple katakan itu. Betul juga. Sedangkan sekolah pagi dan petang sudah cukup membuatkan mereka rushing setiap hari. Nak tambah kelas malam yang balik sampai jam 10.00pm. Bila masa nak buat homework? Nak tidur jam berapa? Kapasiti stamina dan akal kanak kanak bukan macam orang dewasa.  Bukan maksud kami mahu menongkah arus era global tapi belum masanya mereka harus harungi semua itu.

Ini hanyalah pendapat dan cara kami berdua. Tak semestinya baik dan betul. Cik apple hijau sedar ramai ibubapa diluar sana yang menghantar anak anak ke pusat2 tuisyen. Teruskan. Kami tidak pernah menyatakan apa orang lain buat pada anak mereka itu adalah salah. Tidak pernah sekali pun. Masing masing ada cara sendiri untuk menaiktaraf pendidikan dalam keluarga dan pandangan masyarakat. Teruskan jika itu yang terbaik. Untuk masa depan anak anak juga kan. Ibu bapa mana yang mahu melihat anak anaknya gagal dan terkebelakang. Betul?

p/s: Tidak ada perkara mudah jika mahukan yang terbaik. Berkorban, terkorban dan pengorbanan adalah lumrah.

~Adios!~

No comments:

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...