Tuesday, July 6, 2010

Apa ni????

Pengunjung blog ni jangan lah cakap yang empunya blog ni tak de kerja pulak ye...hihihi...buat 'kerja' ni time tuan Dr. tak de. Dok snap snap...pastu ontok ontok jer kat tempat duduk... ye lah dulu cik apple hijau dok merayau kat tempat Puan Sri tu ada yang ber pssst pssst psst... jadinya, cik apple hijau sekarang buat lah kerja sendiri takkan itu pun tak boleh...jangan risau kerja cik apple hijau dah settle (buat masa ini).

Nak tayang gambar yang bagi cik apple hijau menarik. Kalau pengunjung blog kata tak menarik langsung @ ntah apa apa ntah @ boring jer.... ada aku kesah???(tiru sifu punya ayat).

Lollipop pemberian Prof Pau kepada Encik KMK. Gambar diambil time lunch tengahari semalam. Rasa macam cantik jer bila dua batang lollipop berbentuk hati warna biru dan hijau digandingkan di atas tray. Hati terus tertarik dan tangan pun terus tekan capture! Ssyyyy...jangan beritahu Encik KMK ye yang saya ambil gambar lollipop dia.

Hellloooo....ini bukan banner filem terbitan UiTM yg terbaru yer...ini adalah kad jemputan kahwin daripada kak Aziah - exEO PPS. Majlis walimah anak sulungnya Ku Intan. InsyaAllah kalau tak de apa apa hal kami warga PPS(bila dilantik jadi jurucakap PPS ni cik apple hijau?) akan hadir ke majlis yang pastinya grand & glam. Betul tak kak Aziah? hehehehehe....

Ini isi kandung kad tersebut. Nampak tak nama cik apple hijau? hikhik... Bila tengok kad ini memang rasa kad ni sangat cantik dan penuh simbolik. Ada cerita di sebalik kad yang istimewa ini. Lain dari yang lain. Ye lah...idea makin berkembang selari dengan zaman yang berjalan merentasi waktu. Apa aku tulis ni? hantam sajalah labi...aku pun tak faham!

p/s: sesekali kene kosongkan minda. Tu yang buat kerja yang bukan bukan ni... Benda benda yang tidak memerlukan otak untuk berfikir. Tapi....bila dah menulis mestilah kene gunakan otak untuk fikirkan ayat ayat cinta nyer, kan?apa apa ajer lah...

~Adios!~


4 comments:

ms shadow said...

wah..suka-suka, cantek. ada ummph!

apple hijau said...

TQ k.shidah...hihihihi...lepas ni sy kene tulis dgn bhs yg sopan santun la nampak nyer.

sariah said...

Skg i boleh bukak bila2 je blog u walaupun Dr Zaini ada duduk terconggong kat kerusi dia sbb warna sudah tukarlah...

apple hijau said...

puan sariah ni....hehehe... i tak kisah la U..ape ape pun terima lah kasih i ni..hikhikhik

kawan. oh. kawan.

Dalam dunia ni kita ada macam-macam jenis kawan. ada kawan menangis sama-sama. ada kawan makan sepinggan tidur sebantal. ada kawan yang ...