Monday, July 12, 2010

Bila ko-chef di dapur

Hujung minggu jer chef overtime. Asal hujung minggu jer chef overtime. 2 kali ayat ni berulang menunjukkan betapa tak suka nya ko-chef ambik alih tugas chef. Bukan nya apa takut ko-chef lebih terror dari chef pulak! Ndak tak ndak terpaksa lah juga masak sebab perut sendiri pun nak di isi jugak. Marilah kita lihat apa yang ko-chef masak hujung hujung minggu ini.

Asik makan nasik jer kali ni kita makan bubur nasik pulak yer anak anak....hehehe masak nasik sikit jer buat syarat.

Sambal sotong. ups! Lupa plak chef tak makan sotong nanti penyakit kesayangan dia datang balik. sorilah dah termasak dah...

Sayur ni celup jer kat air mendidih tu. Malah nak menumis numis bagai.

Ikan ni jer yang tinggal dalam peti ais. Sekor plak tu. Goreng pun sodap.

Tahu yang disumbat dengan toge dan timun.

Sos untuk tahu yang telah disumbat tadi ye. Weh...bukan sos segera Aminah Hassan tu tau dek non. Tak main sos sos segera tu.

Bubur chacha + sedikit sagu bijik. Yang hijau tu daun pandan bukan daun pinang.

Hah!hambik kau. Betapa kemalasan tahap melampau. Masak tengahari plus minum petang plus manisan sekali tengahari iteww. Penat seh kat dapur jer.. tu belum cuci bilik air lagi...nak gosok baju sekolah lagi. Aduh...bisa patah pinggang guwe...

p/s: menjelang petang dah tak de apa yang boleh dimakan. Licin! ish ish ish...

~Adios!~


No comments:

kawan. oh. kawan.

Dalam dunia ni kita ada macam-macam jenis kawan. ada kawan menangis sama-sama. ada kawan makan sepinggan tidur sebantal. ada kawan yang ...