Sunday, May 23, 2010

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010- Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai

Fuh! panjang tajuk entry kali ni. Heh! Esok, 24 Mei 2010...hari aku gaji...boleh beli novel lagi! aahahahahaha...tak lah..gurau jer yer.. hari pertama PPT untuk princess Qiqin dan Nina. Tak tahu lah. Cuti 2 hari ni penat ummi suruh bukak buku. Tak juga...dia bukak TV tu adalah. Tak tahu nak cakap macam mana lagi.

Last last terpaksa lah main kasar. Hah! ugut lah apa lagi. Kalau ada subject yang 'merah' jangan harap nak mintak apa apa dari Ummi. Hujung tahun tak naik kelas...no more TV n basikal! Duit belanja 50sen jer! Barulah pelan pelan bergerak masuk bilik ambik buku. Panjang lagi ugutan nya sebenarnya tapi tak yah tulis. Hal anak beranak...ngeh ngeh ngeh.

Hmmm...berdoa sahaja lah semoga semua nya berjalan lancar dan kejayaan menyebelahi anak anak ummi ni. Amin...

p/s: Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai ni sekolah saya jugak. Dari Darjah 1 sampai Darjah 6. Terlalu banyak perubahan yang berlaku kat sekolah ni. Hebat sekolah ni.... Kerana kawan kawan SKSB ni la saya ada 'mukabuku'. Menjejak jejak jejak bertapak....

No comments:

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...