Wednesday, May 26, 2010

Bersantai...

Again! Lunch our time... Hajat utama sebenarnya saja saja nak melawat Kedai Buku dalam kawasan PTAR 1 tu.(pssst...nak gosip skit, PTAR 1 dapat Anugerah Perpustakaan Cemerlang tau, tahniah!). Ni asal cerita kerja sifu Wan ngan K.Shida la ni semalam si Wan ambik gambar novel novel yang ada kat kedai buku tu. Pastu saje je tunjuk kat aku...hehehehe...Tapi entry kali ni tak nak cerita pasal novel ye Joyah.. 
Membeli novel adalah agenda ke-1. Agenda ke-2nya ialah bersantai di tapak konvo. Kat UiTM kan sedang berlangsungnya Istiadat Konvokesyen kali ke 72. Jom lah kita layanzzz apa yang ada...

Inilah Dewan Sri Budiman, tempat berlangsungnya Istiadat. Dari luar memang la nampak tak lawa tapi dalam...wa cakap lu, babe! World Class University, kan?

 
 Khemah tambahan juga disediakan bagi menampung anggota keluarga yang turut hadir. TV besar pun ada Cik Tipah, abang Leman...siap dengan kipas air sekali. Hal Maklumlah kan, graduan yg grade untuk tahun ni jer seramai 15,115 orang.


Pengangkutan rasmi bagi ahli keluarga graduan. Anda tidak akan jumpa universiti yang menyediakan pengangkutan seperti di UiTM ini. Caya lah cakap mak ni nyiaaah!

Tempat/khemah untuk hadirin makan pun disediakan. Sebaik sahaja graduan keluar dari dewan, graduan dan ibu bapa juga disediakan dan dijamu dengan sedikit juadah (kuih muih jer la) di Foyer Menara SAAS. Ok la tu apa. 'U' lain mana ada bagi makan, betul? Khemah ini berdekatan dengan tempat bas tadi. So, sesiapa yang sidang pagi tengahari tu boleh lah menjamu selera di lapangan ini. Tak payah susah carik kat luar tu. Kelazzzz gitu UiTM. Ops! dustbin tu ter'enterprem' plak.

Di antara gerai yang menjual pelbagai jenis juadah. Pilih jer nak makan apa. Mereka akan melayan anda dengan ramah dan mesra gitu!

Aku rasa dah macam pekan sari/pasar/bazar pulak tempat ni. hehehehe...sukahati kau la labu..

Oh! I loike this! kalerpul nyiaaaah! Merah hitam coklat hijau oren kuning putih, hah! hambek kau Leha! Kau pilih aje nak warna apa.

Ingatkan mat saleh tadi. Rupanya Mat Salai...hehehe.. Food ala ala western la katakan. 


Cik abang ngan Cik kak kat atas ni aku hambik gambar diorang pun boleh tak perasan. Sedang leka menggubah bear dan munge munge...

Tak de sapa ke nak bangi munge kat i??? i nak munge kaler hijau, bley?

"Kak, beli bunga kak? Masuk dulu kak. Kat dalam banyak lagi bunga kak. Cantik cantik. Beli lah kak.. Semua gerai baut dialog sama ke hapa ni? Senyum je la kan....dalam hati "bila masa pulak aku jadi kakak korang ni???" hahahaha...

Ofis ngan tempat di atas boleh dikatakan jauh la jgk. Bukit lain lain.. Well, u know UiTM ni penuh ngan bukit bukau. Memandangkan tak de transport, tumpang lah sorang pegawai (buat muka tak malu).

lebih kurang 12.30 pm

me : Kak, nanti nak tumpang naik Menara bleh?
pegawai 2 : Ok no problem. 12.50 (in English) tau!
me : thumbs up..(isyarat jer)

12.50 pm (depan pintu opis)

me : Kak, u said 12.50 kan? 12.45 i already waiting for you here! hahaha
pegawai 2 : hahaha...terrible!

Dah sampai tempat yang dituju

me : Kak, sampai sini nanti pukul berapa (dia nak gi ambik anak dari sekolah)
pegawai 2 : 1.55pm pun ok.
me : orait.

1.50pm

me : Kak, td u said 1.55 kan? 1.45 i already here, waiting for you..hahahahaha
pegawai iteewww : hahahahahaha terrible la U!

p/s 1: harap maap, english aku memang tunggang terbalik. Janji aku speaking ngan dia... practise make perfect, babe!
p/s 2: boleh lawati blog http://www.myesteam.blogspot.com/ juga kalau nak tambah info pasal Konvo UiTM.
p/s 3 : sebenarnya kan masa dok sibuk snap sana snap sini mata tu melilau jugak kot ternampak my dear dahling...dia pun sibuk gak masa musim musim konvo ni tapi idak lah 'sibuk' macam isteri dia ni. kalau la terjumpa... "Hai dahling, jom kita bergambar sama..hehehe".
p/s 4: entry paling panjang aku rasa kali ni. p/s pun sampai 4!hahahaha...





No comments:

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...