Monday, May 3, 2010

Anak anak Melayu Kita...Di mana?

Kes A
Tempat : Stesen stesen Petrol
Pekerja : Warga asing - Bangladesh dan yang serumpun dengannya.

Kes B
Tempat : Kilang kilang Industri
Pekerja : Warga asing - Bangladesh, Indonesian dan yang sewaktu dengannya.

Kes C
Tempat : Tokey Restoran @ Warung makanan dan Kedai runcit
Pekerja : Warga asing - Indonesian, Bangladesh dan yang seiras dengannya.

Kes D
Tempat : Kawasan pertanian eg. ladang kelapa sawit
Pekerja : Warga asing - Indonesian dan yang sewarna dengannya.

Ini hanyalah beberapa kes yang sering saya lihat di sekeliling kita. Walaupun secara dasarnya kerja kerja yang dinyatakan di atas adalah bidang kerja yang tidak glamour (langsung!) tapi kalau dah semua warga asing yang buat....mana perginya anak anak muda melayu kita?

Well...kalau nak cakap semua anak Melayu kerja pejabat sedia maklum pejabat pejabat di kilang industri biasanya dimonopoli oleh pekerja berbangsa Cina atau pun India dan bangsa Melayu golongan minoriti sajer. Hmmm....mungkin berada di pejabat pejabat kerajaan. Boleh diterima tapi berapa banyak Jabatan kerajaan dan badan berkanun kat Malaysia ni? Tertampungkah? Itu pun ramai yang dah veteren, yang dah kerja berpuluh puluh tahun tunggu pencen 5 6 tahun lagi! Berapa peratus yang muda?

Persoalannya sekarang ke mana dan di mana anak anak melayu muda kita?
A. Pusat pusat Serenti
B. Penjara
C. Pusat pusat Pemulihan Akhlak
D. Tanam Anggur dan Berpeleseran
E. IPTA & IPTS

Risau sungguh bila melihatkan fenomena ini sementelah saya juga ada 3 anak dara yang sedang membesar. Fuh! berpeluh dingin kalau difikir fikirkan pasal anak anak ni. Sama-samalah kita sentiasa berdoa semoga anak anak kita sentiasa dibawah lindungan san kesejahteraan Allah SWT. Amin....

Menurut Bukhari dan Muslim, Nabi s.a.w bersabda dalam sepotong hadis yang bermaksud, “Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka kedua ibu bapalah yang mencoraknya sama ada menjadikannya Yahudi, Nasrani ataupun Majusi.”

No comments:

kawan. oh. kawan.

Dalam dunia ni kita ada macam-macam jenis kawan. ada kawan menangis sama-sama. ada kawan makan sepinggan tidur sebantal. ada kawan yang ...