Monday, May 31, 2010

Tua Mengejar Kita! part 2

Masa berlalu begitu pantas sekali. Tau tau aje umur dah ke angka 35. hmmmm...apa pencapaian yang membanggakan selama 35 tahun ini ye? Semuanya biasa biasa. Tiada yang luar biasa. Setiap kali tahun bertukar digit setiap kali itu juga azam pun bertukar atau pun bertambah dan tambah dan tambah...tapi tak pernah tercapai...hehehehe tak tercapai ker?

Jadinya, di umur 35 tahun ini seharusnya ada perubahan dalam diri dan hidup. Betul? Memohon kehadrat Illahi :

i. Menunaikan Rukun Islam yang 5 dan Meyakini sepenuhnya Rukun Iman yang 6 itu! Allah memanggil kita 3 kali sahaja. huwaaaaah...aku takut nak cerita bab ni weyyy...!

ii. Semoga jodoh bersama my dear hubby berpanjangan dunia dan akhirat. Walaupun cerita kami....fuuh!boleh buat novel gitu. Cinta di bawah Pokok Rambutan! Aaaahahahahaha...Doakan apple hijau & big apple ye..Kenapa apple? kenapa bukan green rambutan & rambutan gading??

iii. Menjadi kebanggaan suami dan keluarga (juga family MIL). Walaupun dalam sesetengah part kita tidak bagus tentu saja ada part yang kita ni bagus, kan? "dalam banyak banyak lipstik merah mesti ada satu yang sesuai ngan kita" eerrrrr....peribahasa apa ni?

iv. Menambahbaik sifat keibuan DAN menjadi contoh kepada anak2. Walaupun sudah punya 3 princess perangai kadang kadang mengalahkan anak anak! DAN Aku nak hafal balik surah surah yang dah banyak lupa tu..tolooong!

v. Memperbaiki kelemahan diri. Walaupun orang kata kalau dah sifat semula jadi itu susah nak ubah. errrmmm...belum cuba belum tau! No moody moody, think positif, jangan cepat marah, jangan cepat merajuk tak tentu pasal, jangan cepat ambik hati, kiranya buang semua sifat2 mazmumah lah!

p/s: Lima sudah la weiyyy! Tak de privacy la pulak hidup ku ini nanti..

4 comments:

adekcomey said...

percayalah setiap yg hidup pasti mati pada satu hari nnt..jadi bersyukurlah atas nikmat yg diberiNya selama 35 tahun hidup di Bumi-Nya..

apple hijau said...

Betul tu cik adekcomey...cuma bekalan yang nak dibawak tu sikit benar. tu yg takuuuuut....hehehe. Syukran jazilan.

adeklagicomey said...

setiap manusia xdpt lari dari melakukan kesilapan..namun Tuhan Maha Pemurah & Pengasih...adek comey nk nasihatkan selagi kite ade peluang untuk bertaubat jgnla ditangguhkan..insyaAllah dimakbulkan..amin

apple hijau said...

baeeek adeklagicomey...hehehe sedang berusaha ke arah itu.InsyaAllah!

berapa banyak da...adekcomey n adeklagicomey..

kawan. oh. kawan.

Dalam dunia ni kita ada macam-macam jenis kawan. ada kawan menangis sama-sama. ada kawan makan sepinggan tidur sebantal. ada kawan yang ...