Friday, April 16, 2010

Hikayat 1001 Malam. Alkisah…

Ini hari Ana mahu bercerita lah. Adakah anda semua ingin tahu?
Of course! Cerita dongeng apakah itu wahai penglipur lara?
Tahukah wahai all my dear decent redears asal bermulanya hikayat 1001 malam?
Ada yang mengangguk angguk dan ada juga yang menggeleng geleng kan kepala…
Hmmm…tidak mengapalah. Apa lagi teruslah scroll ke bawah.

Ha! Sila lah sila lah baca…

Al-kisah….cerita bermula dari seorang King yg mempunyai Queen yang tersangatlah cantik jelita ayu rupawan. Tetapi, sungguh kasihan sama itu King kerana Queen ada affair dengan Laksamana. Ceh!Sungguh kurang ajar ini Queen. Maka bila King mengetahui perkara ini, sudah tentulah King sangat murka. Lalu memerintahkan Queen dijatuhkan hukuman mati mandatori. Laksamana pun kene hukum mati jgk lah. Sapa suruh, kan?

Tragedi ini menyebabkan King menjadi sangat anti-wanita (sah sah tak bleh nyanyi lagu Aku Pencinta Wanita tu). Tetapi peliknya King tetap mahu berkahwin. Kawin tetap kawin beb…cumanya King akan membunuh new Queen sehari selepas mereka berkahwin. Ish…ish…ish…kejam King ni. Psycho tul! Perilaku King terus bermaharajalela sehingga beratus ratus anak dara yang menjadi mangsanya. Dato’ Bendahara dan memanda memanda menteri pun tak tahu nak buat macam mana dengan King ni. Semua fenin fenin lah memikirkan feel King mereka. Rakyat jelata apatah lagi, kan? Semuanya takut. Tak pasal pasal kene bom pulak, lagi naya.

Pada suatu hari, jeng jeng jeng….

King telah terjumpa dengan seorang perempuan yang sangat comey. Hatinya pun terpikat lah….rupa rupanya si comey tu anak seorang memanda menteri. King pun apalagi teruslah melamar si comey untuk dijadikan isterinya yg ke berapa ratus pun tak tahu lah. Memanda menteri berasa sangat sedih kerana apabila si comey berkahwin dengan King sure si comey tu akan mati. Dah lah si comey tu satu satunya anak yang dia ada. Jika pinangan ditolak dia dan si comey akan mati, diterima pun akan mati juga. Huh! Bingung bingung….

Dalam keadaan mengong mengong tu memanda menteri telah didatangi si comey.

Comey : Daddy, daddy terima sajalah pinangan King itu. Comey tidak kisah. Tahulah comey nanti nak buat macam mana kat King tu Daddy.

Memanda menteri: Oh my beloved dotter, benarkah begitu? Daddy tidak mahu kehilangan mu dear dahling. Kaulah satu satunya anak daddy.

Comey: Daddy, daddy cool…daddy cool...i can handle it daddy. Don’t worry.

Memanda menteri: Baiklah. I folloowwww…..

Maka, berkahwinlah King dan si comey dalam suasana yang amat gilang gemilang ala ala majlis kahwin Dato’ CT n Dato’ K hari tu…

…to be continued

No comments:

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...