Monday, April 19, 2010

cont'd...

Usai majlis yang cemerlang gemilang terbilang tu memanda menteri kat rumah punyalah resah gelisah sebab pasti si comey akan mati esok. Ops!stop kejap…bila dah kawin si comey mestilah tukar jadi Queen kan? Ok tukar comey jadi Queen yer. Jangan confuse tau...

Di istana pulak….
Kedua mempelai diraja itu begitu gembira dan bahagia sekali. Tatkala bulan mengambang, King pun dah menguap nguap nak tidur Queen pun berkata pada King,

Queen : Dahling dahling…I ada story ni..nak dengar tak?
Dengan suara lunak merdu manja menggoda. Auww.. heheheh

Sambil tersengih sengih gatal.
King : . Yes dear, I love to hear your story.

King memang sangat suka mendengar dan juga membaca novel. (Macam i…ahaks!)

Queen pun mula lah berstory mory pada malam itu…..King mendengar dengan penuh khusyuk wa tawadhuk hingga tidak terasa mengantuk langsung. Bila sampai ke klimaks Queen pun menghentikan penstoryannya dan berjanji akan continue keesokan malamnya. King kata okey dan mereka pun….zzzzzzzz.

Keesokan harinya, King menjalankan tugas tugas pemerintahan seperti biasa. Pabila bulan menjenguk King sudah pun ready di tempat peraduan untuk mendengar kisah selanjutnya daripada Queen. Dengan asyik mahsyuknya lah King mendengar (macam lagu Asyik-Amelina tu..). Bila sampai je part klimaks, kisah berhenti dan akan bersambung malam berikutnya. Begitulah keadaannya sehinggalah tanpa disedari oleh King yang Queen telah pun bercerita sebanyak 1000 stories. Ini bermakna….1 tahun ada 365hari. Kalau 1000hari dekat 3 tahun jgk lah ye? Hehehe sori SPM paper Math i fail la.

Akhirnya, pada the end of kisah yang ke-1001, Queen mengingatkan sesuatu pada King, tentang perilaku King yang tidak baik dan kejam. King berasa menyesal akan tindakannya selama ini dan memohon maaf pada seluruh rakyat jelatanya. Rakyat juga memanda memanda menteri berasa sangat senang hati dengan keadaan King mereka. King kembali memerintah dengan adil dan bijak. And they lived happily ever after….

The End.
Conclusion:
Keberanian + Kebijaksanaan = Kejayaan.
Keberanian dan kebijaksanaan permaisuri sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri dalam menangani seorang raja yang psycho sekaligus dapat melihat solusi masalah kerajaan. Menegur dengan cara yang begitu berhemah dan halus tanpa disedari oleh Raja itu sendiri akhirnya berjaya menyelamatkan sebuah negara. Apakah yang akan terjadi kepada seluruh rakyat dan juga negara jika permaisuri tidak menegur kesalahan Raja? Membiarkan terus Raja bermaharajalela melakukan kesalahan? Pastinya akan hancur sebuah kerajaan dalam sekelip mata.

Jika anda hanya mempunyai keberanian tapi tidak bijak – anda memang akan menemui kegagalan.
Jika anda hanya mempunyai kebijaksanaan tapi pengecut – anda hanya akan menjadi pengkritik tanpa berani bersuara.

Begitu juga hubungkaitnya dengan organisasi : Sesebuah organisasi/ seorang ketua memerlukan pembantu pembantu yang berani dan bijak untuk membangunkan organisasi yang dipimpin. Bukan yang akan menghancurkannya. Sanggup berkorban demi kejayaan dan kegemilangan organisasi yang telah diamanahkan bukan hanya setakat melepaskan batuk ditangga! Merebut kerusi dari yang sememangnya berhak. Mengharapkan nama dijulang dan disanjung. Sedangkan hasilnya?? Hampeh!

Moral of the story: Jangan jadi jaguh kampong! Hahahahahah…..

No comments:

kawan. oh. kawan.

Dalam dunia ni kita ada macam-macam jenis kawan. ada kawan menangis sama-sama. ada kawan makan sepinggan tidur sebantal. ada kawan yang ...