Thursday, March 31, 2011

hari terakhir & ikhlas part 1

Bismillah...

moga hari ini tiada air mata yg tumpah. kalau nak tumpah biarlah dalam hati jer.

haish...tetiba tak tahu nak cerita apa. hurm....

untuk tidak menghampakan peminat2 saya..ahaks (perasan!) ini adalah antara ucapan selamat tinggal yg saya terima daripada salah seorang pegawai di PPS.


ye...begitulah luahan rasa abang Z (nama glamour).

nak tau apa saya balas balik?

"sob sob



tak tahu nak kata apa


tapi sebagai menghargai en nizam sebagai bos dan juga rakan


seperti biasa saya akan jadikan ini sebagai kenangan


dan abadikan ia di blogspot sy...he he


ikhlas dalam persahabatan itulah punca keceriaan saya...ngeh ngeh ngeh..."

saya bukan nak masuk bakul angkat sendiri tapi saya memang amat2 mementingkan keikhlasan dalam persahabatan. nak bercerita pasal ikhlas ni memang panjang. apa apa pun pokok pangkalnya adalah ikhlas.

saya tidak memandang pada jawatan, gelaran, pangkat, darjat kedudukan, kekayaan dan kecantikan untuk saya jadikan 'dia' sebagai rakan/kawan/teman. InsyaAllah semua boleh. Boss2 dan pegawai2 saya hormat sebagai ketua. Dan, saya layan semuanya sama dari pintu depan sampai pintu belakang tak lebih tak kurang.

ok. ok nanti kita sambung lagi bab ikhlas ni ye... nak cari idea macamana nakbuat agar airmata tak tumpah bah...

salam sayang
dari haku yang ingin lari lagi... :)

peace with love... :D




9 comments:

Prince Halilintar said...

cah, sy pun memohon maaf sekiranya sepanjang perkenalan kite ade salah silap yg prince buat, terlanjur kata2, dan sikap yg xmenyenangkan cah..moga persahabatan yg terjalin berkekalan ke akhir hayat.. =)

shida mj said...

keikhlasan dlm persabahatan akan lebih terserlah jika tidak pernah dikhianati..

moga kita akan kekal bersahabat walau bukan satu pejabat lagi.

mungkin ada salah silap, tutur kata yg tak sedap, harap cah dapat maafkan
al-maklumlah kekadang terlebih cakap...

moga jumpa lagi..(memang la akan jumpa lagi..hihi)

white rose said...

nak lari kemana lagi kak oooiii...
jangan lari2 ye, nanti jatuh...

sariah said...

Tiada apa nak dikatakan cik Apple Hijau ooi...cuma kita ingat mengingatilah perkataan 'IKHLAS'
Salam penuh keikhlasan dari sahabatmu....jaga diri baik2 bah....
(KAK SARIAH)

apple hijau said...

@ Hai Prince ~ mana ada Prince buat salah kat CAH ni...hari ni minum mana? nak ikut...hehehe

@ hai shida mj ~ biasalah tu k.shida...salah silap manusia tu lumrah...keluar dari PPS semalam terus ku hapuskan cerita2 duka...yg manis2 jer ada...ngeh ngeh ngeh

@ white rose ~ nak lari menuju puncak dik oii.. tinggal lah segala he he tapi tak nak jatuh. sakit kalau jatuh tuh..

@ k.sari ~ miss u bah...nanti mau nuntut ilmu nenek kabayan lagi bah...5tahun tak cukup bah... ha ha ha

Cy-Rule said...

mls bnyk ckp..bace sndrik..xlari jauh pn mak mertua aku nih..hahaha..

http://archangelkhairul.blogspot.com/2011/04/dari-kayangan-ke-puncakselamat-tinggal.html

shida mj said...

tumpang lalu.....

cy rule: sejak bila mula malas ckp ni..wakakaka rasa nak gelak jap.

shameel Iskandar said...

salam kunjungan apple hijau.
saya tertarik dgn yg ni "ikhlas dalam persahabatan itulah punca keceriaan saya...ngeh ngeh ngeh..."


Sabda Nabi s.a.w “ Bandingan teman berbual yang baik dan buruk seperti pembawa kasturi dan tukang besi. Adapun pembawa kasturi , sama ada dia berikan engkau kasturi, atau engkau beli daripadanya, atau engkau dapati harumnya. Sementara tukang besi, sama ada ia membakar pakaian engkau, atau engkau akan dapati bau yang busuk”( Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Mesej yang ingin disampaikan oleh Nabi s.a.w menerusi hadis Sahih ini amatlah mudah untuk difahami, iaitu , kita hendaklah memilih teman( termasuklah TEMAN TAPI MESRA dan TEMAN UNTUK BERMESRA)dalam kalangan orang yang baik. Ini kerana kesan kebaikan itu akan menjalar kepada kita. Dengan bahasa yang mudah, tempias kebaikan orang itu akan terkena kepada kita. Atau dengan bahasa yang paling mudah, kita turut menjadi baik lantaran pengaruh kebaikan teman kita itu.

apple hijau said...

@ shida mj ~ cy rule jadi pendiam? tak de makna nya! he he

@ shameel ~ tq shameel. akan sy ingat kisah ini dan jadikan sebagai panduan untuk meneruskan kehidupan di tempat baru.

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...