Wednesday, March 9, 2011

Kongsi Bersama


Assalamualaikum...

Minggu bekerja dah hampir ke penghujung nya. Esok dah Jumaat. Sepanjang minggu bekerja pastinya ada pelbagai permasalahan yang timbul. Yang tidak menyenangkan hati. Yang menyesakkan perasaan. Yang menyenakkan jiwa. Secara tidak langsung semua itu membuatkan kita rasa tidak bahagia.

Memang mudah untuk kita lafazkan...sabarlah... ada hikmahnya... Allah Maha Tahu... tapi bila kita sendiri yang mengalami perkara2 sedemikian kita mahukan kata2 yang lebih daripada itu. Betul tak?

Jadi...untuk menyejukkan hati, perasaan dan aqal fikiran juga untuk memuhasabahkan diri sendiri, saya copy & paste email yang telah saya simpan sejak tahun 2009 untuk kita hayati bersama.

Layannn...

"Setiap manusia yang baru dilahirkan berada dalam keadaan MAK SUM yang bebas dari sebarang dosa. Pabila kita telah mencapai umur aqal baligh barulah Allah swt perintahkan setiap amal kebajikan dan perbuatan kejahatan kita ditulis dalam buku amalan kita oleh malaikat Raqib dan Atiq.



Di bawah ini izinkan saya perturunkan petikan dari satu artikel yang sangat baik untuk kita baca dan ambil ikhtibar oleh kita semua. Petikan ini tidak saya tujukan kepada sesiapa samada hidup atau pun yang telah mati. Cuma untuk kita berkongsi ilmu Allah swt yang maha luas.


9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA


Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :


1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.


2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.


3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.


4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.


5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.


6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)


7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.


8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..


9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Kesimpulan


Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.


Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.


Wallahualam"
 
p/s: Semoga n3 ini akan dapat membantu kita semua menjadi orang yang lebih baik.
 
salam sayang
dari haku yang ingin berubah jadi lebih baik... :p
 
peace with love... :D

8 comments:

AngahSayang2314 said...

mamang betul kata apple kalau kita ada sifat2 kat atas tue pasti tak bahagia..cth kalau dengki kat org mesti tak duk diamnyer kan...so sekarang pengajaran dah banyak di beri cuma fikir2kan je

shida mj said...

terima kasih cah, ingat mengingati amalan mulia..makin lama hidup makin banyak yg kita lupa.

Prince Halilintar said...

cah: Pahala memang tak nampak di mata,tak spt tumpukan harta dunia yang dicari2 manusia,x spt gadis cantik yg diidam2kan para pemuda dan
x seperti nilai 'A' yang didambakan mahasiswa..Hanya Tuhan yg mengetahui nawaitu kita asalkan niat kita ikhlas..

Fendi BL036 said...

alhamdulillah...santapan di hari khmais sempena menuju malam jumaat...

toyolkiut said...

tu la..
bila rasa ati ni x gembira je, mesti ada sebab kan..
trima kasih atas ingatn tu..

izzatul . A . A said...

alamak ...

cmne ni ..

ade sifat ini .. hehe ..

bertukar skrg :)

fiqas said...

terima kasih Cah..kadang2 kita tak sedar diri kita ni ada nilai2 diatas tu..kita kadang2 terlalu leka..

♪..aq[daN]pUteraku..♪ said...

entry yg cukup bermkna siss...sy sukaa!!!

sifat2 sperti tu hrus d kikis..scra plhn2..brubah demi kbaikn.. ^^

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...