Thursday, March 24, 2011

kisah pagi ini

Assalamualaikum....

CAH nak cerita kisah pagi tadi...

walaupun hujan lebat CAH tak terhingin pun nak naik kereta ke ofis. Tau dah kompem2 masa tumb print jam tu tunjuk angka 8.35am...maap incik ipin sy lewat lagi...hujan...jammed kat pintu masuk depan ni...sambil sengih2 sumbing..alasan!ha ha

Tapi apakan daya...telefon big apple(BA) berbunyi time dia mandi. ndak tak ndak terpaksa lah angkat. PA boss rupanya yg called. Keperluan mendesak. hurmmm.... Jadi, sebagai seorang isteri yang mithali (???) dengan rela hati yg separuh volunteer nak hantar Nina ke sekolah.

Alkisah...bukak jer pintu rumah mata terus terpandang cermin depan kereta. Tak ada? ish? haku tak simpan la benda tu. BA simpan? tak mungkin... ah! sudah... nak tanya BA ke tidak nih? di buatnya benda tu betul2 hilang...uwaaa....abis la haku... tak payah tanya la. Takut tengok muka BA. hehehe...takut soami. bukan takutlah. malas nak bising2 jer pepagi celik ni.

Nina kata dia tak usik pun. agagagagagaga...
Tanya Qiqin pulak. Kakak simpan kat kerusi.
Kerusi mana? Dia tunjuk kerusi tengah.
Lega sekejap.
Carik punya carik punyaa carik....tak jumpa!
Haish...tak pe la. hantar Nina gi sekolah dulu lah. Sampai ke sudah tak jumpa.

Hadoooi...tak dapat dibayangkan kalau balik nanti masih tak jumpa. Tak kuasa nak berbaris panjang kat tol tu kak limah oiii... musim2 hujan ni ramai yang naik kereta. Mau delay setengah jam tau.

Sebenarnya mau sajer CAH ni membebelkan Qiqin tu..
"Kakak, berapa kali ummi cakap kalau barang tu bukan kakak punya jangan usik, jangan dialih alihkan."
Tapi...memandangkan Qiqin pun nak pegi sekolah tak baik dan tak bagus untuk tumbesaran anak2 dan mood pembelajaran dia...kan?betul tak? hi hi...

Ups! terpanjang sudah...

moral of the story: kalau sesuatu tu bukan hak milik kita ia tetap bukan kita punya. kalau kita dapat pun ia tak kan lama dengan kita. fuuh...cakap pusing2. tak relevan dengan kisah diatas. langsung! haha...suka hati aku la labi...

peace with love... :D

6 comments:

Prince Halilintar said...

ibu yg baik betul cah ni...slmt qiqin kene gi sekolah klu xhabis la kene bebel slh sorg future wife prince tu..hahaha =D

suzie said...

Ohooo...baca sekali,tertanya2 apa ke bendanya yg acik kehilangan..baca kali kedua,kali ni penuh penghayatan..ooo.. Benda yg boleh wat kita lalu kat tol laju je..xyah beratur panjang..he3

apple hijau said...

@ Prince ~ amboi...ni puji ada makna ni... future wife? nak kene Prince nih... ha ha

@ suzie ~ sajer tak nak tulis..bagus betul lah baca dua kali dan dengan penuh penghayatan...mcm baca novel..heheheh!

AngahSayang2314 said...

kak kalau x leh cakap pusing2 cakap belit2 leh hehehee

apple hijau said...

@ Angah ~ sape boleh cakap belit belit tu satu bonus tu...berkebolehan. ha ha

♪..aq[daN]pUteraku..♪ said...

tharunyaa sissssss.......... :'(

kawan. oh. kawan.

Dalam dunia ni kita ada macam-macam jenis kawan. ada kawan menangis sama-sama. ada kawan makan sepinggan tidur sebantal. ada kawan yang ...