Saturday, January 15, 2011

Berpisah Jua...

Tajuk lain macam jer...ha ha

Dalam pada mencari2 idea nak post n3 tetiba nak tulis pasal perpisahan plak. Perpisahan ada 2. Berpisah cara suka. Dan, berpisah cara duka. Statistik haku jer nih.

Hari Jumaat lepas 14 Januari 2011 hari last kak Mai kat PPS. Rezeki kak Mai dapat pindah ke UiTM Tapah. Pasni turn haku plak la kot. hihi..UiTM Puncak Alam..here i come!! haha..tak sudah sudah berhangan jer haku ni. harap2 resolusi tahun ni tercapai. Masih berdoa. Boss, pasni bagi lah sy pindah plak.

Macam yg haku tulis kat status/wall FB haku: bertemu dan berpisah memang tidak boleh dipisahkan...walaupun memeritkan..hanya org yg pernah mengalami mengerti... ~Adios!~


Status kat wall fb ni haku tulis time diorg bersalaman dan berpelukan. haku pun buat2 sibuk sbb nanti tak pasal2 ujan aku lagi lebat dr ujan k.jun. ha ha.. Tapi kan, tabik spring betul kat kak Mai sebab dia relax jer..hati kak Mai dah jadi iceberg la haku rasa. nak nuntut ilmu k.Mai lah.heheh! Begitu lah adat resam kehidupan. Pertama kali bersua senyuman terukir dibibir. Terakhir kali bersama...senyum juga tapi bertemankan airmata. ermmm...
 
Moga kak Mai akan memperolehi apa yang k.mai impikan. Bagi k.mai mungkin...Perpisahan dalam Kebahagiaan. Bagi orang lain mungkin ia suatu penyeksaan. Doa saya pada k.mai sama macam masa k.mai sambut birthday. Tidak terluah dek kata2 tapi ikhlas. Kenangan dan pengalaman serta pengajaran selama bersama akan dijadikan panduan. Yg baik kita ambil yg tak baik jgn dilayan! ha ha

Sentiasa sedar dan faham dengan jelasnya bertemu dan berpisah tu sama ada mahu atau tidak kita akan laluinya. Memang ada sedih. Memang ada sebak. Walau hebat macam mana pun alternatif kita nak mengelak perpisahan akan tetap terjadi dalam rentetan kehidupan yg bernama makhluk. huh!kenyataan yg menyakitkan. Relakan dengan keikhlasan hati yg tulus dan mulus InsyaAllah kita akan dapat hadapi semua ini.

Kompem lepas ni haku tak nak close lebih2 ngan sapa2 kat opis ni. Persediaan awal nak mengelak ujan berlebihan di kawasan tertentu..huhu!

p/s: macam mana kalau pernah terpisah tanpa rela, bertemu semula...kemudian kene berpisah lagi ke?? tak dapat nak bayangkan bagaimana sedih pedih dan pilunya bila berpisah kali ke2 dgn org yg sama org yg kita sayang orang yg kita rindu org yg kita....ah!lupakan. double triple 'sakit' la kot eh.. Allah hu Akbar...Allah hul Alim...

~Adios!~

8 comments:

Fiqas said...

setiap pertemuan telah dijanjikan sebuah perpisahan ...:(

saya lebih suka meninggalkan drp ditinggalkan, kerana perit ditinggal pergi lebih dalam kan...:)

apple hijau said...

berpisah. terpisah. dipisah. memisah...
tinggal. tertinggal. ditinggal. meninggal.
i dont like!

hah? meninggal? Allamak!!
he he he...:)

sariah said...

Bertemu dan berpisah mmg dah adat manusia biasa....mula2 rindu membara...lama2 tinggal bara haha

apple hijau said...

ku genggam hingga jadi bara... boleh tak kak? heheh!

AngahSayang2314 said...

pertemuan & perpisahan adalah lumrah kehidupan

shida mj said...

sampai jadi abu..
dan debu di bawa pergi..
tinggallah sepi..
aku tetap di sini.noktah

p/s: bila lalu masih terpandang-pandang mai ada duduk kat depan..gila bayangkah ini..harap tidak.

apple hijau said...

ah..parah k.shida ni..ha ha

apple hijau said...

betul tu angah..sob sob sob..sedih lagi..

kawan. oh. kawan.

Dalam dunia ni kita ada macam-macam jenis kawan. ada kawan menangis sama-sama. ada kawan makan sepinggan tidur sebantal. ada kawan yang ...