Thursday, January 20, 2011

Kawan Vs Sahabat

Salam sejahtera...

Petang ini cuaca begitu cantik sekali. Angin pun bertiup...nyaman sekali. Alhamdulillah... Elok sangat kalau dapat main layang layang dan juga kereta control .. tapi apakan daya. Nampak gayanya hajat nak berriadah di tasik putrajaya cancel lagi.

Big apple dan baby apple sedang enak dibuai mimpi. CAH sendiri pun sebenarnya tidak begitu sihat. i got fever! batuk juga. Petang ni baru lah boleh bangun. Rindu pulak nak menaip something lalu bertemankan panji semerah* duduk di anjung sambil di tiup angin petang...damai jer rasa. Syukur juga hari ni memang hari cuti kalau tidak kompem dapat MC. huh!

Dikesempatan ini juga CAH ingin mengucapkan takziah kepada seorang sahabat yang telah kehilangan orang tersayang. Memandangkan sahabat CAH adalah menantu sulong jadi tanggungjawab besar lagi berat menguruskan ibu dan adik2 yang ramai itu telah berpindah ke bahunya. Semoga sahabat CAH itu dapat menjalankan tugas sebagai penghulu keluarga dengan baik dan bijaksana. You can do it dear!

Masa mula2 mendengar khabar dia kehilangan orang tersayang ringan sajer mulut ni nak bercakap.."dulu tak nak kawin dgn aku. kita kan sama2 bongsu..bla bla bla.." ha ha kejam sungguh bunyi nyer. Kami memang suka bergurau. Gurau tahap gaban punya tapi CAH tidak lah sejahat itu. Tak kan kita nak cakap benda cam tu waktu dia dalam kesusahan, kan? Lagipun kalau dia merajuk sampai tak nak kawan CAH lagi nanti susah lah...

Orang tua tua ada berkata "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa".  Jadi, jangan kerana sepatah perkataan persahabatan yang dibina berpuluh puluh tahun hilang begitu sajer. Lagi pula, hati kalau dah sakit susah nak cari ubatnya. Bukan macam demam CAH ni. Makan ubat klinik, suruh big apple sapu minyak angin sambil urut sikit dah elok. ha ha..

conclusion nya : Kawan ketawa bersama memang ramai. Sahabat menangis bersama? jawab lah sendiri.

salam sayang,
dari haku yang sentiasa setia pada persahabatan...

~Adios!~

11 comments:

nelly said...

nice entry and nelly suka conclusionnya ,.

izzatul atiqah azhar said...

betul3x ...

tiada sahabat nk bg tumpang bahu tok nangis ... hehehe ...

Prince Halilintar said...

takziah utk sahabat cah tu..patut la dah baik fever tu, big apple yg urut..haha

p/s:prince boleh tumpangkan bahu klu nak nanges..hehe=)

shida mj said...

wow! best nye angin sepoi-sepoi di ptg yg indah itu.

prince: standby bahu itu utk yg very special, mak2 org ni dah ada bahu soulmate nye masing2..hehe.. tlg jawab bagi pihak cah, bole ke...

apple hijau said...

@ nelly ~ tq dear.

@ atul ~ nak nagis kt bahu i pun boleh..tapi nanti i pun ikut nangis..haha

@ waktu demam ni la nak manja2 sikit(mengada2 sebenarnya!)
p/s: amboi2..sapa lah insan bertuah itu..:)

@ shida mj ~ angin sepoi2 i like, angin ribut i takut..hehe
p/s:setuju 200% ngan k.shida..

Fiqas said...

takziah utk kawan Cah tu... semoga dia tabah..

Cah, demam ke? dah sihat belum? hari ni keje ke mc..?

apple hijau said...

tq Fiqas..(bg pihak) :)

Demam sikit jer mengada2 jer lebih..hihi. Teringat kerja tu yg dtg gak la..tak pe sok cuti lagi kan?

AngahSayang2314 said...

wahhhh best....n3333

apple hijau said...

tq angah..ala angah ni blushing dibuatnya..ha ha. angah tu apa kurang nyer..:)

Prince Halilintar said...

hehe..dah kawin t boley lar..skrg, no!no!no! betul x cah n smj???hehe

apple hijau said...

betul!!!! dah kawen nanti bahu mu bahu ku jua...ha ha

kawan. oh. kawan.

Dalam dunia ni kita ada macam-macam jenis kawan. ada kawan menangis sama-sama. ada kawan makan sepinggan tidur sebantal. ada kawan yang ...