Monday, January 17, 2011

TV3 gila rating ke hapa ni??

Salam 'alaik...

Huh. tajuk macam marah jer ni..heheh

Sejak dua menjak ni haku tengok TV3 ni suka buat rancangan2 'ntah hapa hapa. Oh! tolong lah...

Siapa ada tengok siaran langsung Wanita Hari Ini edisi Isnin 17 Januari 2011. Salahkah besarkan payu dara? Cis, memalukan! sungguhpun dunia umumnya sudah berfikiran terbuka (khonon!) janganlah semua perkara nak dijadikan bual bicara. Haku tak tengok tapi baca kat paper jer..ekekeke..

Bila sudah ramai yang mengkritik, ini balasan WHI dlm FB (haku retype semula)

WHI : Sila bagi pandangan dari segi perubatan dan penampilan diri. Yea kami tahu, dari hukum memang berdosa. Tetapi perbincangan kami ialah dari sudut perubatan dan kosmetik, bukannya agama yang dah jelas hukumnya. Harap semua jelas...:) Terima kasih

Hello dek noon..bila Allah SWT telah menegah, melarang, mengharamkan sesuatu itu kompem kompem ada sebab dan musababnya yang sangat2 munasabah. Yang manusia macam kita semua ni tak tercapai dek akal nak memikirkannya. Tak payahlah susah susah nak bincang dari sudut perubatan dan kosmetik semuanya jelas nyata dan terang. Haram tetap haram.

Kenapa Allah haramkan babi?
Kenapa Allah haramkan arak?
Kenapa Allah haramkan zina?
Kenapa ada Rukun Iman dan Rukun Islam?

Haku bukan marah. Semua orang berhak menyuarakan pendapat dan pandangan masing2. Berhak memberikan apa jua perkara untuk dibincangkan. Bersopanlah. Berfikirlah. Banyak lagi bahan ilmiah yang boleh meningkatkan martabat wanita.

akhir zaman ni terlalu ramai bijak pandai. Oleh kerana kebijakan dan kepandaian itu lah mereka menjadi bingai!

salam sayang,
dari haku yang tidak tahu apa2 lagi banyak dosa!

~Adios!~

12 comments:

Prince Halilintar said...

pengkritik yg hebat cah ni..hehe

betul3x..prince stuju gan cah jgk..hehe

p/s: jgn kritik prince udah le..haha

apple hijau said...

sesekali jer jadi pengkritik bebas.

p/s:tak suka nak mengkritik sebenarnya..hehe

alin said...

xtengok lak rancangan tu sebab xde tv kt opis..hihihi..lgpun,dah jarang tgk cite kat tv..kalo ade cite best je baru tgk..hehehehe..

bagus2 acik mmg btol kate2 acik tu..pe la..kalo dah haram tu haram je la..huhuhu..

apple hijau said...

ada ke cite best kat tv tu?ups! huhu..tv tgk kita..

kekeringan idea kot TV3 ni..provoke!

izzatul . A . A said...

smlm pun tgk gak topik psl alah tu .. mmg memalukan ... hehe ... dah la dr. tu lelaki ... huhu

apple hijau said...

pihak2 tertentu itu sudah tidak ada rasa malu...

p/s: aku masih lagi seorang yg pemalu..auw! ha ha..

shida mj said...

memang tak patut buat program bual cara pasal benda itu..ish..ish

apple hijau said...

cari lah tajuk2 yg boleh membimbing wanita2 zaman ini, kan? aish..ish.. ish..

Adnazthie said...

Cah..

TV 1Malaysia. Lebihkan sekular. Kekadang meluat juga segmen-2 semasa slot WHI. Pakai skirt baca Sabda Rasulullah s.a.w. Ceita hal orang bercerai berai..adusss
Ya Allah, KAU selamatkanlah kami dan zuriat keturunan kami dari semua gejala yang -ve.

apple hijau said...

Betul tu k.mila..tu yg kdg2 malas nak tgk rancangan2 kt TV tu. kalau tgk kita yg hangin2 tak pasal2 bertambah dosa. tgk katun lg bagus..ha ha..

fiqas said...

dah lama tak layan tv, tak de yg menarik..lebih baik layan novel...:)

apple hijau said...

fiqas ~ hehehe...betul tu..setuju2.

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...