Wednesday, January 12, 2011

Lipatan Sejarah Semalam aka Imbasan 2010 #1

Salam 'alaik..

2011 hampir 2 minggu kita lalui.  CikAppleHijau percaya kenangan peristiwa sejarah pahit manis masin masam tawar kelat yang telah kita tinggalkan tetap dalam ingatan.

Banyak kenangan dan sejarah perjalanan kehidupan yang boleh dirakam. Bagaimana dengan memoir kehidupan yang tidak boleh disimpan secara 'hardcopy'? Situasi sedih gembira pilu silu gelak ketawa suka duka nestapa dan airmata yangselalu bersangkut paut dengan hati dan perasaan??  Tetap disimpan dalam ingatan dan sanubari. Hingga hujung nyawa akan ku kenang! dia mula daaaah.... ngehngehngeh..

Untuk permulaan #1 ni uols layan jer lah pic2.

Lipatan Sejarah Semalam 1 ~ Team Building Pusat Perancangan Strategik @ Kem El Azhar, Banting @ 8 June 2010.





Biarpun keberadaan kami di sini hanya 1 hari sahaja namun fasilitator yang memang cukup power dan superb menjadikan kami mengalami kegembiraan dan keletihan yang sukar dilupakan.  Pelbagai perkara yang kami dapat. Hadir ke sini umpama baru mengenali rakan sejawat walaupun sebenarnya sudah bekerja bersama lebih 5 tahun! hmmm...tidak terucap dengan kata2.  Biarlah semuanya disimpan di lubuk hati dan kekal abadi dalam ingatan.  

Lipatan Sejarah Semalam 2 ~ Pesta Buku Selangor 2010 @ Kompleks PKNS Shah Alam

Syud, me and Nazurah Aisyah. Luv u bebeh. ha ha..

Kak Mariah - Pengurus Penerbitan JS Publishing. sangat baik orangnyer.

Huh? uols ingat senang ker nak jumpa ngan pebelet novelis mak ni? berpeluh tau mak tunggu theyols ni. hehe... Syud n Nazurah Aisyah. Novel2 dioranglah yang haku dok pegang malam2 kalau bosan atau boring atau moody atau apa2 pun! Novel bukan sebarang novel..bila kita baca novel secara tidak langsung kita akan belajar mempelajari watak2 manusia. Dari situlah kita akan belajar menangani masalah diri sendiri. Mengawasi hati dan perasaan serta keperibadian diri. hmmm...itu pendapat iols ler..pendapat uols..terpulang.

p/s: sumber inspirasi ku hilang entah ke mana...agak2 kalau naik Inspira boleh dapat balik tak inspirasi ku iteww??? ha ha ha..apa daa...

~Adios!~


6 comments:

Prince Halilintar said...

cah..lupe nak bgtaw kat menara ada wat pesta buku...jom kite gi nak??hehe

apple hijau said...

sampai bila? nak nak nak gi..esok eh.. tapi...nak naik aper? motor awak ke? ekekekekke...

shida mj said...

nak ikut..pegi pesta buku tu bole..jom le kita naik lori kecik ms serena akak tu...tak de hal.. kita buat rombongan cik kiah nak..hehe

apple hijau said...

best best best...sedap nama bas kecik k.shida tu..miss serena..i loike! hihi

fiqas said...

aduh cah, saya tak miss ke pesta buku, tp segan la nk bergambar ngan diorang..setakat minta autograf jek,...

apple hijau said...

hehehehehe...saya tebalkan muka. buat bodoh jer..walaupun sebenarnya...malu!haha

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...