Thursday, March 11, 2010

Si Kaya Raya Yang Pemurah & Baik.

Nowadays,cewah speaking London mak kali ni, nyiahhh. Ahaks! Sesuaiiii gitu ngan entry kali ni le Si Kaya Raya kan selalu speaking London. Orang kampung kampung macam mak ni baca dalam hati boleh lah. Cuba suruh bercakap...heheheh tak keluar langsung! Ok sambung cerita. Kat ofis i ni ramai yang layak di gelar Si Kaya Raya lebih lebih lagi yang duduk dalam 'bilik' hmmmm...fahamkan maksudnya?Ketua or bos la tu. Tapi dalam ramai ramai tu ada seorang tu yang sangat pemurah dan baik. Kenapa tak cakap baik hati?Babe, itu hati duduk dalam tarak nampak so, baik sudah cukup,ok? Balik cerita tadi. Si Kaya Raya yang seorang ini sangatlah rajin membawa makanan or barang barang or wutaver lah untuk dikongsi bersama rakan rakan dan staf.

Si Kaya Raya ini tidak berkira. Nampak dari gaya, raut wajah senang cakap body language nya itu dia ikhlas. Ikhlas babe...bukan semua orang boleh ikhlas. Ada juga Si Kaya Raya yang sungguh berkira ala ala kuda berlari tu....hehehehhe kedek**. Itu pun tak tau ke? Ish....hang ni Limah, lemau lah. Ada juga Si Kaya Raya yang suka memberi tapi tidak ikhlas. Ada udang sebalik mee. Ada...ramai  je yang macam tu. Ops! Ustaz kata jangan cerita perkara yang kita tak tahu...tak baik.

Moral of the story, ikhlas dalam apa jua perkara yang kita lakukan. Didik hati agar sentiasa ikhlas. Jangan mengharapkan balasan. Walau siapa pun kita, Si Kaya Raya @ Si Papa Kedana kita adalah sama di sisiNya.

p/s: Hmmm...tajuk macam tak relevan ngan isi cerita la. Lantak kau la labu...hahahahha

No comments:

kawan. oh. kawan.

Dalam dunia ni kita ada macam-macam jenis kawan. ada kawan menangis sama-sama. ada kawan makan sepinggan tidur sebantal. ada kawan yang ...