Friday, March 26, 2010

Mari Bermain Warna

Hish!tak syok betul lah bila nak menulis tapi tak de gambar nak letak. Tajuk dan idea dah ada tapi gambar yang colourful takde tak best la, kan? Halmaklumlah...kamera ku masih lagi 'menyorok'. Jadinya, alternatif yang i jumpa marilah kita bermain warna untuk sepanjang minggu. Yeah!lets go bebeh!

Bukan nak ajak pergi pertandingan mewarna ye adik adik ku sayang...hehehhe. Uols ada tak rasa malas jer, tak best jer bila nak gi kerje? Ala...jangan nak tipu mesti ada punyer. Kajian mengatakan colours memainkan peranan dalam kehidupan kita. Oleh sebab itu (wah!ayat buku nampak...) colour baju yang kita pakai sehari hari juga perlukan keserasian kerana ia akan mempengaruhi kehidupan seharian. hmmm...mcm ayat berulang jer....

Isnin - uols pakailah baju colour PUTIH tapi jangan lah over nyiah oii jgn pakai baju pengantin.
Baju yg basic putih dah memadai. Okey?

Hari Selasa pakailah PINK/merah jambu. Tak kiralah baju ke tudung ke serba pink pun oker aper?
kasut handbag pink. Auw!!

Tak kiralah apa jenis biru pun biru tua ka biru cair ka biru laut ka biru firus ka pokoknya BIRU untuk hari Rabu!

Baju ini hanyalah hiasan semata mata ye Cik Piyah. Orang kerja gomen kan kene pakai baju Batik hari Khamis. Kalau ada baju sutera batik colour KUNING/JINGGA lagilah dialu-alukan dipakai pada hari tersebut yer.

Amboi cantiknya baju Datuk ni ye...HIJAU is my pebelet colour woo..kalau disuruh pakai hijau sepanjang minggu dari Isnin ke Jumaat pun boleh. Hijau amat serasi dengan Jumaat.

Hari Sabtu kan hari untuk kita bersantai santai jadi MERAH amat sesuai pada hari ini. Orang kata merah tanda berani, betul ke?

Selalunya ada kenduri kahwin kan hari Ahad ni tapi uols jgnlah bantai pakai hitam gi kenduri plak walaupun tak salah. But,colour for sunday is BLACK! Bukan ke black is beauty? hmmmm....

Sebenarnya setiap colour itu membawa maksudnya yang tersendiri hingga boleh mengawal emosi kita pada 7 hari itu. Nanti kita cerita lain entry okey? Ini kira basic la ni...Adios!

No comments:

kawan. oh. kawan.

Dalam dunia ni kita ada macam-macam jenis kawan. ada kawan menangis sama-sama. ada kawan makan sepinggan tidur sebantal. ada kawan yang ...