Wednesday, March 3, 2010

Alahai Nina Sakinah - my2ndprincess

Aduh...sabar aje la dengan anak yang seorang ini. Wajah matangnya tidak menggambarkan wataknya yang sebenar. Nurul Sakinah nama sebenarnya yang bermaksud Cahaya Ketenangan. Sangat manja dan 'cengeng'. Tahun 1 walaupun sebenarnya umur tak sampai 7thn lagi dah habis tahun 1 nanti baru cukup umur sebab date of birth 1 Dis.  Kita tengok je la ye...

 
Umur 2 tahun.


Tak ingat umur berapa waktu ni tapi yang pasti belum menjadi 'kakak' sebab dialah yang bongsu adik panggilannya. Mak tak sangka nyiahh akan mengandung dan si Nina ni dapat adik. Jeles yang amat kat little princess tau budak Nina ni. Biasalah anak no. 2 memang mcm tu.


Ayu bertudung semasa di Majlis Konvokesyen umur 6 tahun hujung tahun 2009. 


Jangan tak percaya walaupun anggunjelita berambut panjang masih minum susu botol lagi my2ndprincess ni...ish ish ish - kenduri walimahtul urus kat kampung tahun lepas.


Suka sangat2 menyakat little princess. Ni kat kampung babah raya tahun lepas. Rambut dah potong pendek sebab tak suka ikat rambut. Apa lagi zassss kasi pendek la. Tapi Nina tak sesuai rambut pendek, sekarang sedang berusaha bersabar untuk tidak memotong rambutnya biarkan panjang macam dulu. Masalahnya dia tak suka sikat atau pun ikat rambut. Aduuuh...kita yang rimas!


Kat belakang rumah 'nenek jauh' - dah penat menyakat little princess pi menyakat babah plak. Sebijik perangai babah dia!Muka pun fotostat muka babah, kan? Sorilah erk...belakang rumahlah katakan...
Kalau Nina demam atau tak sihat sunyi rumah!naik risau dibuatnya!!


Nina the latest!ngan ummi...ops!terinterpremla plak.

"Nina yang manis jangan nangis nanti anak ummi tak cantik..." bukan apa Nina memang suka nangis pantanglah silap sikit sakit telinga dibuatnya. Walaupun begitu, (ceh! macam buat surat pulak) Nina rajin menolong ummi atau siapa saja yang perlukan pertolongan. Kadang kadang keluar jugak ayat ayat yang tak sedap di dengar..

Nina : Asyik kak nina jer...
          Ayoo...apa nak jawab ni? 
Ummi : K.Nina kan baik, rajin, nanti dapat pahala tau ummi ngan babah pun dapat pahala sebab anaknya rajin dan baik.

Walau apa pun Nina, ummi n babah sentiasa menyayangi anak anak dan mendoakan kesejahteraan serta semoga kita semua hidup bahagia. Jangan lupa mendoakan ummi dan babah juga kak Qin dan adik Iman ye. Kasih sayang kami tiada tolok bandingnya. Sayu la pulak....




No comments:

kawan. oh. kawan.

Dalam dunia ni kita ada macam-macam jenis kawan. ada kawan menangis sama-sama. ada kawan makan sepinggan tidur sebantal. ada kawan yang ...