Sunday, March 27, 2011

Kerusi PANAS!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....

Cuaca sungguh indah hari ni kan? Alhamdulillah... kering kain baju di ampaian.. ha ha dia mula dah..

Ate, begini sebenarnya kisah hari ni...

Sejak hari Jumaat lepas tetiba iols kene jadi bidan terjun. Bidan terjun tu pun sebenarnya telah dipersetujui di hadapan bos pentadbiran iols, Incik Timbalan Pendaftar. Begini bunyi nyer... iols hendaklah menggantikan Puan PA sekiranya Puan PA tetiba tidak sehat (MC le tu) atau ketika Puan PA pergi berkurussus di dalam atau diluar kawasan atau ketika Puan PA berCuti cuti Malaysia/Oversea.(psssst...puan PA iols suka gi over the sea. :P)

Jadi, antara mau atau pun tidak iols kene katakan Yes boss! accepted boss. Ahli ahli mesyuarat tingkap tentulah bertepuk bergembira. Memasing kompem berkata dalam hati legaa... Betul tak uols? Pujuk hati sendiri... tak pe lah bukan selalu, carik pengalaman... bla bla bla... al khonon belaka jer tu.. ha ha

Yang iols nak ceritakan di hari yang sungguh berbahagia ini ialah... iols kelaparan dalam bilik sejuk ni wey... tak sempat nak breakfast boss sudah masuk semula. Mesyuarat tak jadi. Uwaaaaa..... sampai la ni iols belum makan lagi uols! Setia tak setia iols jadi bidan terjun. i setia, u ajer yg tak pernah setia. hu hu!

Dan motip sebenar iols cerita ini ialah kerusi PA ni memang PANAS walaupun bilik ini tersangatlah sejuknya. sebab apa iols kata gitu? sebab PA bidan terjun sebelum ini pun telah selamat bertukar ke Tapah dan menjadi DUN di sana. PA bidan terjun yang ada sekarang ni (iols ler) pun akan bertukar ke Puncak Alam. Siapa siapa yang duduk di kerusi ini pasti tak lama. Dapat kuasa kejap - meninggal. Dapat kuasa kejap - meninggal.... meninggalkan tempat duduk... Lepas ni tak tahulah siapa plak yang menjadi mangsa. ngeh ngeh ngeh...

Aduyaii... siapa kata jadi PA ni senang? Jaga bos jer? Fuuh... berpeluh melayan macam ragam orang yang menelefon dan yang nak jumpa. Pulak hari ni ramai yang tak nak angkat telefon. Cis! Sekarang (dah lama sebenarnya) barulah iols tahu kenapa theyols(bos2)  memang sangat2 menghargai PA2 mereka. Company swasta selalunya sanggup berhabis beli tiket2 mahal untuk PA2 ni gi menonton konsert Anuar Zain, Rossa, Anita Sarawak, Salleh Yakob dan ramai lagi lah. Ate, kalau PA tak ada...mau patah tangan bos bos ni (tak semua).

Hamboi...panjang lebar plak merepek iols hari ni. Sampai sini dulu lah. Big boss ada dalam tu...Can cin cau...

p/s: agak2 kalau iols sambung study nanti nak ambik course PA (tak nak jadi bidan terjun lagi) boleh dak eh? berhangan tak abih abih... :P

peace with love... :D

12 comments:

Prince Halilintar said...

ciannya cah..prince dari tadi nak makan sama gan cah, tapi xmncul2 kelibat cah..tapi jgn risau prince mmg setia..calling2 je prince klu bos kuar nanti..hehe

apple hijau said...

@ Prince ~ bukan setia tapi TAKOOT ha ha.. sok kita makan besar sama2 yer...hihi

alin said...

hihihi..jadi bidan terjun kejap pn ok la ye??xpayah kursus2 dah..hihihi..

apple hijau said...

@ Alin ~ yg sekejap sekejap ni la yang letih...semua mengejut mengejut...sentap kejap... seb baik tak de sakit jantung ha ha ha

shida mj said...

haha...memang setia btul..dah macam tikus mondok takutkan kucing..
PA yg ori tu pun sempat berbual..ni langsung cam takde peluang..muahahahaha
ptg ni nak minum tak? jom la....hihi

apple hijau said...

@ shida mj ~ hambuih hambuih.. tetiba hari ni kenyang manjang...hahahahhahaha...

a.samad jaafar said...

sibuk2 pun sempat kuar n3 baru..huiii.. hebat !!! hahaha.. memang betul la org kata, blog tempat mengadu dan melepas tension ye cik apple..

nak komen lebih2 pun saya tak tahu tentang idang kerja cik apple.. takat baca.. pas tu senyum sorang2.. susah nak bayangkan..

apple hijau said...

@ yop mad ~ hehe...tulis n3 senyap2 dlm hati berdoa...jgnlah bos tetiba keluar bilik.. haha

bahaya senyum sesorang tu yop.. he he

AngahSayang2314 said...

akak kalau macam tue kan jadi pa angah jap (bidan terjun leh??? hehehe gurau jer...
ala x yah ambil course pa....

Bunga said...

haha..leh..leh..

apple hijau said...

@ Angah ~ boleh jer
Angah oiii....ha ha

@ bunga ~ boleh eh? hehehe...

AngahSayang2314 said...

akak hehehe

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...