Wednesday, March 30, 2011

kenangan... terindah? tersedu? ternyilu?

Assalamualaikum...

Lama juga tak hupdate. Nak kata sibuk...orang lain lah sibuk kot. Orang dah nak pindah macam haku ni dah tak sibuk buat kerja dah.. Sibuk tang lain plak. Menyibuk sebenarnya. Ate, teman udoh tak ade kerusi meja terpaksalah menyibuk tempat orang.

Semalam 29 Mac 2011 opis haku mengadakan majlis sempena sambutan hari lahir staff bulan Mac dan juga majlis perpisahan haku...sob sob sedih sebenarnya. Rasa macam mimpi sebab tak pernah terpikir nak pindah walaupun haku yg beria ia buat surat mohon pindah sejak tahun 2008 dulu.

Memang kene dera betul lah haku rasa semalam. Diorang dere aku bagi speech daa... banyak benda nak cakap tapi gemuruh jiwa abis hilang idea haku. heh!

Layan gambar je la ye...tulis panjang2 kang meraung pulak haku nih. ahaks!

Thanks to Encik Apad merangkap photographer PPS.

Inilah dia big boss nya. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi). Boss yang cool jer.

Kata2 semangat dari big boss.

Blogger nukilanaffiza khusyuk mengaminkan doa dari Imam Muda Z. Cuba perhati betul2 mata dia pandang mana? ha ha...

Menerima hadiah kenang2an dari PPS.

Terima kasih kepada Prof Madya Dr Norhayati. will miss u, Dr Y.

En Khairul pun dapat hadiah gak sebab berjaya menjadi ayah untuk kali ke-6. hihihi....bravo En Khairul!

Tiga jejaka idaman memotong kek harijadi. Dr Ahmad, En Khairul dan En Fadzli (Apad).

Sebelum bermula acara memasing sibuk menyiapkan juadah. Makanan memang banyak...Alhamdulillah...semoga murah rezeki buat mereka yang bertungkus lumus menyediakan makanan yg lazat2 itu.he he he...

Memasing malu2 kucing nak ambik makanan..udah nya berposing jer kat luar bilik mesyuarat. Yang baju hitam tu ialah owner http://duniasyraftoday.blogspot.com/ 

Lupa plak nak enterprem...siap ada video pasal haku... haish...bikin mata ku bergenang air mata saja mereka ini.

Terima kasih blogger Prince Halilintar sebab buat n3 untuk saya ! C.A.H ! Tak tahu nak tulis apa lagilah. Sedih!

salam sayang
dari haku yang akan berHIJRAH..

peace with love... :D

8 comments:

suzie said...

Hehe..tacing la acik..xpela acik..berhijrah untuk menambah pengalaman...

shameel Iskandar said...

salam kunjungan.
Berpindah kerja dan lokasi itu lumrah. Adakalanya perlu utk mematangkan kita dlm hidup dan kehidupan. Apple Hijau ni keja U mana yer.

fiqas said...

hijrah satu perjuangan... selamat berjuang ditempat baru..

shida mj said...

sob..sob..tak terkata..

Prince Halilintar said...

amboi si fandy tu dah xsabar nak mkn bila nampak makanan..

apple hijau said...

@ Suzie ~ kalau ikutkan nak tulis lagi tacing haha tapi nanti acik yg nangis.. kekekeke..

@ shameel ~ tq ye... dari uitm shah alam nak pindah ke uitm puncak alam...bukannya jauh sgt pun.. ha ha

@ Fiqas ~ tq fiqas...kita sama2 berjuang di tempat baru.. :)

@ shida mj ~ apa nak di kata...sob sob :((

@ prince ~ perut dia da bunyi kriuk kriuk kriuk...

izzatul . A . A said...

:(

Pakcoh said...

macam kat uitm je?

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...